Mereka kawan saya

Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Wednesday, August 15, 2012

Adab-adab ketika menyambut hari raya


Assalammualikum dan salam sejahtera.

Korang apa khabar?sihat x??Ya Allah berhabuk-habuk la blog ni..tak nak cerita panjang-panjang..meh nak share ngan korang adab-adab menyambut hari raya..Jom terjah!!!

Adab-adab ketika menyambut hari raya

1.       Disunatkan mandi dan memakai pakaian yang paling baru dan cantik

§  Dari Hassan As Siibth telah berkata : “Rasulullah s.a.w telah memerintahkan kami pada kedua-dua hari raya supaya kami memakai pakaian yang paling elok daripada simpanan kami.”
§  Waktu disunatkan mandi idul Fitri bermula pada malam raya sehingga keluar ke masjid hendak menunaikan solat raya
§  Disunatkan juga memotong kuku dan memakai bau-bauan

2.       Disunatkan makan terlebih dahulu sebelum keluar menunaikan solat sunat idul Fitri

§  Anas meriwayatkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w tidak keluar (ke masjid) pada idul Fitri kecuali Baginda memakan beberapa biji buah tamar dengan bilangan ganjil (3 atau 5 atau 7 biji) Riwayat Bukhari dan Ahmad

3.       Amat digalakkan supaya semua keluar ke masjid samada perempuan, lelaki dan kanak-kanak.

4.       Berlainan jalan

§  Dari Abu Hurairah r.a : “Adalah Rasulullah s.a.w apabila Baginda keluar pada hari raya maka Baginda akan pulang melalui jalan yang lain.”

5.       Disunatkan bertakbir

§  Waktu takbir pada hari raya idul Fitri, bermula malam raya sehingga imam sembahyang raya. 
§  Disunatkan bertakbir dengan suara yang nyaring samada di masjid, rumah dan di mana-mana sahaja.

6.       Cara solat raya

§  Niat ( sahaja aku sembahyang sunat hari raya fitr dua rakaat kerana Allah Taala) 
§  Takbir pada rakaat pertama sebanyak 7 kali selepas membaca doa iftitah dan sebelum membaca al Fatihah
§  Takbir pada rakaat kedua sebayak 5 kali selain dari takbir  qiyam (bangkit dari sujud) dan rukuk
§  Hendaklah diselangi di antara tabir dengan bacaan tasbih
  
7.       Disunatkan mengucap tahniah

§  Dari Jabir bin Nufair : “Adalah sahabat-sahabat Nabi s.a.w apabila mereka berjumpa pada hari raya mereka mengucap tahniah di antara mereka dengan ucapan TAQABBALA MIN NA WA MIN KA  {semuga diterima amalan kami dan amalan kamu}

P/S: Kawan-kawan..Yang kenal or tak,mungkin Anny ada terkasar bahasa or tersalah cakap antara sedar or tak..Anny susun 10 jari memohon maaf. Selamat berhari raya, xmo main mercun k.. Psssttt korang..tahun ni my 1st time berhari raya berdua.. ;)




Sunday, May 6, 2012

B2B - Menjahit manik & Teaser goodies

Assalammualaikum dan salam 1 blogger,

Dear all, how are you? 
Always pray, 
Ya Allah bahagiakan lah mereka ini dengan caramu, semoga iman mereka tetap milikmu.. 
Amin..
Anny, Alhamdulillah.. Still counting day..
Malam dah xlena tido,
Pukul 11 tido, pukul 1 terjaga,
tengok jam..
Laaa..belum pagi lagi ke??

For this last month to call our self as a BUJANG,
we decide to reduce dating and spend quality hours with friend and family,
Working almost 10hour per days,
make me so damn tired to hang out wif my lovely BFF.
So i decide to do something unexpected..
Guess what??
I'm learn to beading.

kelaka kan..
Bayangkan Mak cik yang ganas ni pegang jarum n manik..
Adik ijah kata tak seswai *tangandidadamatakeatas*
jom terjah yang tak seswai tu..

Pic 1: Comel x?? Anny jahit sendiri tau..I dont have any basic in sewing.
Ingat tuk baju nikah nak jahit sendiri,tp bila pikir-pikir balik,
dengan tinggal lebih kurang 3 minggu lagi,
mana nak sempat..keje operation macam ni..
memang pening..
So Anny akan tempah kat seorg kakak kat kerteh ni..
Doakan Baju Anny jadi sweet n comel..

Teaser goodies:

pic 2: Ada dalam 300 pcs jer, sapa cepat dia dapat..untuk vendor nant akan di review.

P/S: Ada dalam 25 hari jer lagi..
Segala macam perasaan bercambur baur..
Hanya Allah yang tahu apa yang tertulis di hati ini.. 
Sahabat, jaga lah diri. 
Perkahwinan langkah terbaik dalam hidup kita.
Simpan segala kemesraan untuk zaman perkahwinan..

Regards,
Anny.

Monday, October 3, 2011

Halal untuk darah daging

Assalammualaikum dan salam 1 blogger,

Hye semua, apa khabar? sihat?

Anny nak kongsi ilmu ngan kawan-kawan ri ni..Jom luangkan masa seminit dua kat sini.. 

All begin from home and pasti kan makanan kita yang halal i.e baik dari bahan dan juga punca duit yang kita beli ada lah halal. Rasa nya kalau kita buat analisa, kemewahan hidup kita hari ini adalah keberkatan hasil titik peluh abah dan mak yang HALAL memberi kita makan dan membesarkan kita semua

So, lets continue this legacy....

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinyadoa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.


Kedua:
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihatdunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.


Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid (THIS IS FOR THE GUYS) - It's notmandatory for the ladies) terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana punlangkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukankerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang berimanuntuk memakmurkan masjid Allah.


Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah,kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.


Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, danmalaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.


Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Katakhalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa iaakan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikatdengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".


Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yangterjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, makakita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu adapenghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya.Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikirberbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia darisifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

P/S: Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

Friday, April 1, 2011

WTF..April Fool??

What the fact bout April Fool? Definition through Wikipedia ; The day is marked by the commission of good humoured or funny jokes, hoaxes, and other practical jokes of varying sophistication on friends, family members, teachers, neighbors, work associates, etc.

Ramai yang pikir hari ni adalah hari sunat menipu sedunia.. Hari sunat tuk mempermain-mainkan orang lain..Kita selalu terdedah dengan budaya barat yang sambut benda pelik-pelik dan kadang perayaan yang tak de faedahnya malah membazir. Kadang bercanggah dengan Islam. Tapi seperti biasa, yang bercanggah tu lah yang ramai orang kita suka ikut~~




Jom terjah sejarah April Fool or yang di kenali sebagai April Mop..

The Aprils Fool Day berawal dari satu episode sejarah Muslim Spanyol di tahun 1487 atau bertepatan dengan 892 H. Islam telah menerangi Spanyol. Karena sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Spanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. 
Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Spanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Spanyol, namun mereka selalu gagal. Akhirnya Spanyol jatuh dan dikuasai pasukan Salib. Satu persatu daerah di Spanyol jatuh, Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. 
Dengan lantang tentara Salib itu meneriakkan pengumuman, bahwa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan diperbolehkan berlayar keluar dari Spanyol. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Spanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan! demikian pujuk tentara Salib.
Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentara Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Tentara Salib membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.
Sedang ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan hanya bisa terpana ketika tentara Salib juga membakari kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Spanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anaknya yang masih kecil-kecil. Sedang tentara Salib itu telah mengepung mereka dengan pedang terhunus.
Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentara Salib itu segera membantai dan menghabisi umat Islam Spanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. 
Seluruh Muslim Spanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian setiap tanggal 1 April sebagai April Mop (The Aprils Fool Day). 
SUMBER: berita harian

So dah taukan..memang sedih, saudara seIslam kita dibunuh beramai-ramai..tapi yang paling menyedihkan bila saudara seIslam kita turut meraikan April Fool's Day. Hari ni 27 Rabiulakhir, hari Jumaat yang berkat...Dari sambut benda pelik-pelik yang tak de faedah lebih baik ambik berkat hari Jumaat..So Selamat beramal~~


Monday, October 18, 2010

kisah cinta lagi???

note ni ak ambik kat fb..de kwn send via inbox tntg note ni..ingin sekali ku berkongsi sbuah crt yg dah wat ak mnngis..mohon izin share ya penulis..tp telah ku edit2..ambik key word dia jer..pnjng sgt..jenuh kamu smua nak bc...

Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.." 

"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.

jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. ."

REDHA~~
Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu.. 
Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "

=================================
st lg story about kasih ibu..tang ni tnpa malu2 sayer ngaku sayer nangis..rindunya ngan mak..sebagai gadis yg dduk jauh dr mak kdg2 sayer sndiri lupa tntg tnggngjwb tuk mjaga nama baik mak, family n islam itu sendiri..sayer juga manusia yg kdg kala khilaf dlm perbuatan..
 
Kasih ibu..tak ada pengakhiran..xseperti cinta sesama manusia..kita tak tahu bila hati kita akn dipalingkan walaupun kita berusaha untuk setia..

tak ada ibu yang mahu anaknya menconteng arang di mukanya..tak ada ibu yang percaya anak y dididiknya tidak mengikuti didikannya..melainkan kalau ia telah terbukti..

lembutnya hati ibu,sedia memaafkan diri walaupun anak telah buncit dikerjakan orang,walaupun anaknya sudah ternoda dek sentuhan lelaki,walaupun anaknya telah merosakkan anak dara orang lain...

lembutnya hati ibu,lebih rela menyalahkan diri sendiri walaupun ia bukan salah ibu mengandung...=(

IBU...
EMAK..
MAMA..
UMMI...
MUMMY...
MUM..

semuanya 1 dalam seribu..tiada pengganti dan tiada y terbaik selainnya..

Wahai muslim n muslimah budiman...
bayangkanlah wajah ibumu..
bila kamu dilanda gelora cinta..
bila kamu ingin masuk ke pelukan pasanganmu..
bila kamu ingin berbicara melebihi batasan bersama pasanganmu..
bila kamu ingin membalas semula cinta dr insan y xhalal bgmu..
bila kamu terfikir utk melakukan dosa...
bila hatimu berdebar atas perbuatanmu...
bila kamu sudah melupakan ibumu akibat hebatnya panahan cinta itu.....
bila2 masa sahaja...

agar kamu tahu...
kepercayaan yang dipatri oleh ibumu terhadapmu...
tak mungkin akan dimiliki lg andai engkau cairkan...

agar kamu tahu...
apabila ibumu terluka...
tercatat sudah namamu sbg anak derhaka...

agar kamu tahu...
bahawa dialah insan yang melahirkn n mmbesarkanmu..
dgn titis susunya..
dgn sedaya upayanya..
dgn 1 juta pngorbanan y xmungkin kau balas....

PELIHARA DIRIMU.....SEMOGA KITA SEMUA D LINDUNGINYA (*-*)