Mereka kawan saya

Monday, October 3, 2011

Halal untuk darah daging

Assalammualaikum dan salam 1 blogger,

Hye semua, apa khabar? sihat?

Anny nak kongsi ilmu ngan kawan-kawan ri ni..Jom luangkan masa seminit dua kat sini.. 

All begin from home and pasti kan makanan kita yang halal i.e baik dari bahan dan juga punca duit yang kita beli ada lah halal. Rasa nya kalau kita buat analisa, kemewahan hidup kita hari ini adalah keberkatan hasil titik peluh abah dan mak yang HALAL memberi kita makan dan membesarkan kita semua

So, lets continue this legacy....

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinyadoa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.


Kedua:
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihatdunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.


Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid (THIS IS FOR THE GUYS) - It's notmandatory for the ladies) terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana punlangkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukankerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang berimanuntuk memakmurkan masjid Allah.


Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah,kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.


Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, danmalaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.


Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Katakhalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa iaakan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikatdengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".


Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yangterjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, makakita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu adapenghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya.Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikirberbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia darisifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

P/S: Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

1 comment:

  1. Good info sis, i like it sgt2..menambhkan info agam terhadap dri sy...but sy ni selalu lupew nk buat semua itu..hurmmmm.....

    ReplyDelete