Mereka kawan saya

Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Wednesday, August 15, 2012

Cara solat sunat hari raya aidilfitri


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,


Sharing is caring rite..  :]


HUKUM MENGERJAKAN

Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat Muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah sentiasa mengamalkan Solat Hari Raya ini selama baginda hidup.

WAKTU SOLAT

Solat Aidilfitri diadakan pada 1 Syawal. Manakala Solat Aidil Adha diadakan pada 10 Zulhijjah. Ia dilakukan selepas naiknya matahari dan sebelum tergelincirnya matahari. 

KAIFIAT

Pada Rakaat pertama kita dikehendaki supaya takbir sebanyak 7 kali iaitu selepas takbiratul ihram dan doa iftitah. Pada setiap kali takbir kita dianjurkan supaya membaca tasbih berikut :

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر

Kemudian di baca Al-Fatihah dan surah. Surah yang dianjurkan ialah surah Qaf atau Al-A'la atau Al-Kafirrun.

Pada Rakaat kedua pula dikehendaki supaya takbir sebanyak 5 kali. Pada setiap kali takbir kita dianjurkan supaya membaca tasbih. Kemudian di baca Al-Fatihah dan surah. Surah yang dianjurkan ialah surah Al-Qamar atau Al-Ghasyiah atau Al-Ikhlas.

Selepas dari solat diadakan khutbah.
Dalam khutbah hendaklah berisi dengan peringatan tentang zakat fitrah atau hukum qurban, haji dan hikmah-hikmahnya.

NIAT SOLAT HARI RAYA


أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan Eidil Fitri / Adha 2 rakaat kerana Allah Taala.


LAFAZ-LAFAZ TAKBIR

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ .


Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan.

P/S: Tinggal lebih kurang 3hari jer lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Zakat fitrah bayar dah ker??Waaaa..asben Anny pun tak bayar lagi..katanya nak byr ri jumaat ni..Nant kn ingatkan dia balik.. Berpada-pada yer makan di hari raya nanti...jangan rosakkan diet anda..  :]


Sunday, May 6, 2012

B2B - Menjahit manik & Teaser goodies

Assalammualaikum dan salam 1 blogger,

Dear all, how are you? 
Always pray, 
Ya Allah bahagiakan lah mereka ini dengan caramu, semoga iman mereka tetap milikmu.. 
Amin..
Anny, Alhamdulillah.. Still counting day..
Malam dah xlena tido,
Pukul 11 tido, pukul 1 terjaga,
tengok jam..
Laaa..belum pagi lagi ke??

For this last month to call our self as a BUJANG,
we decide to reduce dating and spend quality hours with friend and family,
Working almost 10hour per days,
make me so damn tired to hang out wif my lovely BFF.
So i decide to do something unexpected..
Guess what??
I'm learn to beading.

kelaka kan..
Bayangkan Mak cik yang ganas ni pegang jarum n manik..
Adik ijah kata tak seswai *tangandidadamatakeatas*
jom terjah yang tak seswai tu..

Pic 1: Comel x?? Anny jahit sendiri tau..I dont have any basic in sewing.
Ingat tuk baju nikah nak jahit sendiri,tp bila pikir-pikir balik,
dengan tinggal lebih kurang 3 minggu lagi,
mana nak sempat..keje operation macam ni..
memang pening..
So Anny akan tempah kat seorg kakak kat kerteh ni..
Doakan Baju Anny jadi sweet n comel..

Teaser goodies:

pic 2: Ada dalam 300 pcs jer, sapa cepat dia dapat..untuk vendor nant akan di review.

P/S: Ada dalam 25 hari jer lagi..
Segala macam perasaan bercambur baur..
Hanya Allah yang tahu apa yang tertulis di hati ini.. 
Sahabat, jaga lah diri. 
Perkahwinan langkah terbaik dalam hidup kita.
Simpan segala kemesraan untuk zaman perkahwinan..

Regards,
Anny.

Saturday, March 3, 2012

Day 4 & 5 # Pencarian ideal - Jom Berperang

Assalammualaikum dan salam 1 Blogger,

Dear u olls,
Sorry lambat..
Janji tinggal janji..
Last minit tukar plan..
Weekend di rumah FMIL..

So seperti yang dijanjikan..
Menu untuk hari khamis dan jumaat..
Jom terjah:

01/03/2012

Pagi: Telan sebiji VCO
Breakfast: Roti Bun 2 ketul (inti cocunut) + Teh o
In Between: air suam
Lunch: Nasi suku pinggan + ikan kembung rebus + sayur 3 jenis + air suam
In Between: Big apple..1 je donut k ;)
Dinner: 2 slice Pizza Hawaiian chicken (Sila tumbuk mak cik)
Menu yang sangat berat..

02/03/2012

Pagi: Telan 2 biji VCO (semalam lupa nak telan b4 tido)
Breakfast: Mihun Goreng + Teh o
In Between: Mihun goreng + teh o
Lunch: Nasi sepinggan + kari kepala ikan + ikan gelama goreng + air suam
(MIL masak sangat sedap)
In Between: Bantai tido kekenyangan
Dinner: Rojak Keling 
Before tido: Telan sebiji VCO, then ambik setablet lagi cucuk boh kat muka dan letak kat rambut.

Kalau mak cik tak kurus jugak, sila salah kan jiwa makcik yang memang tak boleh tahan nafsu makan..I.Allah next week starting Monday nak start puasa ganti.Kenduri bulan 6, bulan 7 dah puasa..So better ganti awal dr tunggu last minit iaitu bulan 6..kang sian lak kat en suami (after bulan 6) aka incik tunang (before bulan 6)..


P/S: FMIL wat DIY pelamin..Cantik sangat..

Incik Tunang tengah cat kayu penganti kayu kerawang..Semangat DIY sampai tak sempat tukar baju keje..
Semalam dah pasang tirai and bunga2..
tak ley la upload pic,nant basi..
Kenduri 10 march ni..
Malam semalam FMIL wat solat hajat..jemput jiran-jiran mai makan..
Tak sampai seminggu jer lagi..
Tengok dia rileks jer..
Semoga Allah permudahkan segala-galanya..
Amin.

Monday, August 15, 2011

Semanis Kurma- muhasabah diri.

Assalamualaikum,

Ri ni Anny just nak share emel dari sahabat.

Dear Anny, free ker??Spend seminit dua baca statistik ni occay..Cuci mata and minda..

Saya paparkan statistik berkenaan umat islam di Malaysia utk renungan kita bersama:

1. 50% sahaja umat islam di Malaysia memiliki Al-quran di rumah dan hanya 5% membacanya dan 1% lagi membaca tafsirannya

2. 80% umat islam memliki ASTRO decoder dan hanya 5% menonton ASTRO OASIS

3. 70% umat islam tertarik dengan perkara yg membawa kepada "Karnival" atau unsur yg membawa kepada hiburan

4. 50% menyokong program seperti Akedemi Fantasia, Tomtombak, Mentor dan rancangan yg seumpamanya

5. Hanya 10% umat islam dari satu taman perumahan yg membantu masjid atau surau di sebuah kawasan

6. Hanya 20% yg menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama

7. 80% remaja hari ini tidak reti atau tidak pandai mengaji

8. 90% remaja atau kaum wanita suka berseluar panjang dan memakai T-Shirt

9. 80% pasangan baru yang belum berkahwin akan menonton wayang setiap bulan di panggung wayang

10. 95% umat islam tidak pernah mencari atau pergi ke kelas mengaji untuk mendalami ilmu agama islam itu sendiri

11. 95% wali kepada pengantin perempuan tidak tahu syarat-syarat sah mewalikan anak mereka dan 99% bapa menyerahkan pernikahan anak mereka kepada berwlikan imam

12. 100% anak-anak islam bawah 12 tahun cenderung kepada kartun seperti Ultraman, Mask Rider, Digimon, Pokemon dan banyak lagi kartun seperti ini yang unsurnya merosakkan minda

13. 50% umat islam adalah kaki botol dan minum arak

14. 50% pasangan yg telah berkahwin dan dan mempunyai anak mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain dan mempunyai tabiat melanggan pelacur

15. 90% cenderung kepada keduniaan dengan ingin memliki rumah mewah, kereta mewah dan duit yg banyak

16. Hanya 30% umat islam lelaki menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu

17. 3% umat islam menunaikan solat suboh secara berjemaah di masjid atau surau setiap hari

18. 90% umat islam tidak ambil tahu tentang soal kejiranan atas konsep tidak suka jaga tepi kain orang

19. Hanya 10% umat islam yang akan membantu saudaranya yg lain terutamanya dalam soal duit

20. Dan hanya 1% sahaja umat islam yang mengetahui Sifat 20 dalam ilmu ketuhanan

21. 90% umat islam percaya, faham, berkehendak, terikut-ikut kepada benda yang Tahyul, pelindung diri, pelaris business, tarik duit, seri muka, kebahagiaan rumah tangga, santau, pukau dan semua elemen yg menjuruskan kepada Syirik kepada ALLAH

Saya paparkan semua statistik di atas usaha untuk menyedarkan diri saya sendiri dan saudara saudari tentang betapa kroniknya kefahaman islam di negara kita sendiri hari ini. Dari peratusan yang tinggal berapakah yang boleh digolongkan kepada "orang muqmin" dan berapakah yang boleh digolongkan sebagai "Makhluk"

Sama-samalah kita buat kiraan untuk diri kita sendiri,

Yang paling penting, selepas kiraan dibuat, adakah kiraan itu dapat menyedarkan dan mendekatkan kita dengan ALLAH S.W.T?

Wallahua'alam

P/S: Time dapat emel ni Anny termenung seketika, tak dinafikan ada betulnya..Bila la nak berubah.. ;)

Friday, August 12, 2011

Entry ringkas: Wanita

Assalammualaikum dan salam 1 blogger..

Entry ringkas untuk hari ini..

Al-KHAWARIZMI ---->>

Jika wanita solehah dan beragama = 1 
Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10 
Jika dia kaya; tambah lagi 0 = 100 
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000 
Tetapi jika yang "1" tiada, maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0"


Wanita solehah tidak pernah membisikkan rasa sayu, tidak pernah rasa keresahan jika tidak pernah didambakan oleh mana-mana lelaki. Tetapi hanya mendambakan cinta Ilahi yang diutamakan. Keindahan rupa paras yang mempersona tidak pernah terhakis dengan hasutan Syaitan. Keaiban diri sendiri tidak digayakan. Keindahan susuk tubuhnya ditutupi mengikut syariat, keindahan itu dijaga.

P/S: Sedang mencuba mencari dan menjadi angka 1  ;)