note ni ak ambik kat fb..de kwn send via inbox tntg note ni..ingin sekali ku berkongsi sbuah crt yg dah wat ak mnngis..mohon izin share ya penulis..tp telah ku edit2..ambik key word dia jer..pnjng sgt..jenuh kamu smua nak bc...
Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."
"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.
jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. ."
REDHA~~
Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu..
Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "
=================================
st lg story about kasih ibu..tang ni tnpa malu2 sayer ngaku sayer nangis..rindunya ngan mak..sebagai gadis yg dduk jauh dr mak kdg2 sayer sndiri lupa tntg tnggngjwb tuk mjaga nama baik mak, family n islam itu sendiri..sayer juga manusia yg kdg kala khilaf dlm perbuatan..
Kasih ibu..tak ada pengakhiran..xseperti cinta sesama manusia..kita tak tahu bila hati kita akn dipalingkan walaupun kita berusaha untuk setia..
tak ada ibu yang mahu anaknya menconteng arang di mukanya..tak ada ibu yang percaya anak y dididiknya tidak mengikuti didikannya..melainkan kalau ia telah terbukti..
lembutnya hati ibu,sedia memaafkan diri walaupun anak telah buncit dikerjakan orang,walaupun anaknya sudah ternoda dek sentuhan lelaki,walaupun anaknya telah merosakkan anak dara orang lain...
lembutnya hati ibu,lebih rela menyalahkan diri sendiri walaupun ia bukan salah ibu mengandung...=(
IBU...
EMAK..
MAMA..
UMMI...
MUMMY...
MUM..
semuanya 1 dalam seribu..tiada pengganti dan tiada y terbaik selainnya..
Wahai muslim n muslimah budiman...
bayangkanlah wajah ibumu..
bila kamu dilanda gelora cinta..
bila kamu ingin masuk ke pelukan pasanganmu..
bila kamu ingin berbicara melebihi batasan bersama pasanganmu..
bila kamu ingin membalas semula cinta dr insan y xhalal bgmu..
bila kamu terfikir utk melakukan dosa...
bila hatimu berdebar atas perbuatanmu...
bila kamu sudah melupakan ibumu akibat hebatnya panahan cinta itu.....
bila2 masa sahaja...
agar kamu tahu...
kepercayaan yang dipatri oleh ibumu terhadapmu...
tak mungkin akan dimiliki lg andai engkau cairkan...
agar kamu tahu...
apabila ibumu terluka...
tercatat sudah namamu sbg anak derhaka...
agar kamu tahu...
bahawa dialah insan yang melahirkn n mmbesarkanmu..
dgn titis susunya..
dgn sedaya upayanya..
dgn 1 juta pngorbanan y xmungkin kau balas....
PELIHARA DIRIMU.....SEMOGA KITA SEMUA D LINDUNGINYA (*-*)
No comments:
Post a Comment