Mereka kawan saya

Showing posts with label kecewa. Show all posts
Showing posts with label kecewa. Show all posts

Thursday, August 18, 2011

Wajib baca: Mana mak??

Assalammualaikum dan salam 1 blogger,

Mak cik anny penat..penat sangat-sangat..aik ngeluh lak Anny ni kan..macam mana la life kalau dah betul-betul keje.. Baru praktikal pun dah gatal-gatal usha operation malam hari.. Bior ler, saya trainee terbaik bukan???

Ri ni Anny masih nak share email dari seorang sahabat.. Semoga yang baik itu kita jadikan tauladan dan yang buruk itu kita jadikan pengajaran..Amin..

As-Salam…..
Untuk tatapan dan renungan semua anak-anak dan mak-mak….semoga ianya tidak berlaku kepada kita ya………..
"Mana Mak?'

Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
 
Dua puluh tahun kemudian
 
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh  menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
 
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?". Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak. Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.  

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini. Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham. Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi. Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam. Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."

Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.” Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
 
Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya. Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , " Mana mak ?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"    
Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan " Mana Mak? " masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa
. Kata
Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya . Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


Monday, July 4, 2011

Manusia pengintip

Assalammualaikum dan salam 1 blogger..

Hai semua, sihat?? Semoga semuanya sihat-sihat dan sentiasa di bawah lindungan yang maha kuasa. Baru sempat nak update..Minggu yang penat dan agak melelahkan.. Alhamdulillah semakin banyak ajakan-ajakan dinner dari kawan-kawan kat KSB ni..Mintak maaf yer, Anny tak sempat lagi nak terima mana-mana ajakan, Anny sibuk sangat menambahkan bilangan taik mata.. :)

Tak mo cerita tentang dunia praktikal.. Nak Tanya pe pendapat korang tentang stalker?? Mesti ramai yang benci dengan manusia-manusia macam nikan?? Xde koje agaknya diorang ni sampai nak nyibuk-nyibuk hal orang lain..Tapi sebenarnya korang berani jamin ker yang korang tak pernah stalker orang lain?? Agaknya kalau exs Anny de blog, mest hari-hari Anny godek-godek blog dia..hahahahha.. 

Baru-baru ni, de seorang hamba Allah ni, dia add Anny kat FB dan Anny approve (Anny hanya approve manusia yang Anny kenal or manusia-manusia yang berkaitan ngan Anny)..Then satu hari tu, Anny tengok dia post something, ingat nak komen la..then bukak profil dia.. Rileks je ley cerita-cerita with someone else about me..Wah siap suruh usha-usha lagi pe my new post.. Time tu baca, Anny memang giler-giler mengamuk..Dah la ko add aku, pe kes ko nak usha-usha n talk about me.. Ni la tujuan ko add aku yer mangkuk??? Pendek cerita, pe lagi.. remove unfriend terus la..

Stalker?? Pe bestnya jadi stalker??

Sunday, June 19, 2011

UUM portal kena hack???

Assalamualaikum dan salam 1 Blogger,

Tak tau nak cakap apa..ntah kecewa ntah gembira dengar berita ni dari mukabuku MPP UUM..

Salam perpaduan. Kami dr pihak MPP  mohon maaf atas segala kemusykilan yg berlaku, seperti mana yang mahasiswa/i UUM tahu, sistem aplikasi seluruh Malaysia sekarang banyak yg telah di godam, kami syak URL tersebut juga telah di godam, kami nasihatkan supaya jangan telalu percaya keputusan peperiksaan yang di paparkan di URL tersebut untuk mengelakkan sebarang salah faham.. mohon semua mahasiswa/i UUM menunggu keputusan peperiksaan yang rasmi pada 20 jun 2011 di portal pelajar..sebarang perubahan akan diberitahu kemudian.. terima kasih..

Mentang-mentang semua kena hack..kita pun nak announce kita punya portal kena hack..Bengang gila Anny sekarang..Harap sangat supaya result tu betul..kalau tak betul harap ia lebih baik..

Anny mintak maaf dengan post sebelum ni (result exam Anny)..Anny pun baru tau hal ni sekejap tadi..tak sampai 5minit lepas..Doakan yang baik-baik untuk Anny k.. :)

Thursday, May 19, 2011

Saya dah merdeka: merdeka ke??

Assalammualaikum dan salam 1 blogger,

Alhamdulillah, tepat jam 11.30 pagi tadi, Anny dah berjaya menamatkan segala kesengsaraan proses menuntut ilmu..Paper last tadi, paper Transport Information System..paper yang agak tough jugak buat Anny, coz i really hate to study bout all this damn system..Macam nak gila belaja n pahamkan system-system yang dok ada dalam industri logistics.. Mencik-mencik ngan teknology..hahahhahaha..(perempuan ni tak sedar kalau xde technology xde la ko berblog ni ha?)

Suppose hari ni anny akan cerita benda-benda yang happy rite, tapi Anny nak cerita something yang Anny sedih sangat..Last-last sem ni jumpa dengan manusia yang manusia kejam..jumpa dengan manusia yang Anny tak tau nak labelkan sebagai apa..i'm wonder what happen to her???

Kenapa ko buat macam tu??Nak berjaya sorang-sorang ker??Atau ko rasa kalau tanpa tips dari ko pun aku tetap boleh jawab soklan periksa??kenapa ko sanggup buat kat aku macam tu??aku pernah abaikan kau dalam soal belajar??nyatakan bukti aku abaikan ko..aku de manusia yang boleh buktikan aku bukan manusia yang kedekut ilmu..aku tak nak ungkit pe yang aku kongsi dengan ko selama aku kawan ngan ko..aku bagi ko masa renungkan balik semuanya..

Mujur dah habis, coz Anny manusia yang tak boleh kecik hati..bila Anny kecik hati..orang yang wat Anny kecik hati tu Anny nampak kecik besar kecik besar jer..kang tak pasal-pasal tersembur angin..terkeluar bunyi yang pedas-pedas dari mulut Anny..hilang dah sopan ayu manusia ni..

Occay cukup ngan cerita manusia tak tau di untung tu..(kejam bunyi nyer) tadi petang En Adam dah post result kat mukabuku..bagitau 4 orang student dapat A solid and 10 orang dapat A- .. terpikir Anny kat kategori mana yer?? A ke A-?? giler confidence pompuan ni..tup-tup ko dapat B jer..hahahhaha.. 

Harapan untuk sem ni:

Inventory                       : A-         3.67*3 = 11.01
Research Methology    : A          4.00*3 = 12.00
Seminar Transport        : A-         3.67*3 = 11.01
TIS                                 : B+        3.33*3 =  9.99
                                           Total                                                          = 44.01/12
                                                                                                              = 3.66

Ahhhhhhh..tension..hope En Adam bagi Anny A solid..ley up kan lagi harapan Anny..saya sangat inginkan 1st class honor..sangat dambakannya.. sangat.. sangat.. sangat... Awak-awak semua.. doakan Anny boley??Ini semata impian Anny..bukan my result ok..kalau dapat betul-betul memang indah..tapi selalunya tak dapat pun..berangan jer yang lebih..hahahahhahaha

p/s: Berangan nak dapat pointer macam tu..berangan mat jenin.. :)

Saturday, March 26, 2011

Kenapa kau tolak cinta ini??

Assalammualaikum..

“Kita de kawan ngan sorang lelaki ni.Dia layan kita punya la baik.Dia selalu senyum kat kita.Dia selalu mesej kita.Nak makan, nak tido, nak mandi pun bagitau kita.Kita dah perasan.Kita dah suka..and yang lebih parah kita nak tido pun dah terbawak-bawak berangan tido sebelah dia..wah..parah kita dah jatuh cinta..dan telek punya telek..sah kita pun ngan yakinnya rasa dia pun suka kat kita..rasa dah cinta ni tak bertepuk sebelah tangan.Kita pun set la waktu..set time baik punya..then masanya tiba, ngan muka 100% comel kita cakap kat dia.."AWAK SAYA SAYANG AWAK..SAYA CINTAKAN AWAK..”

Wah..kalau dia cakap saya sayang awak jugak..so tamat la cerita..happy ending..owhhh i hate happy ending!!! Tp macam mana lak kalau jawapan dia..saya mintak maaf kalau awak dah salah faham dengan layanan saya..saya anggap awak tak lebih dari seorang kawan..yeahh.. I loike this!!!

Adoi..mana nak sorok muka ni..Kadang perasaan cinta yang dok tersimpan ni tak dapat feed back seperti yang kita harapkan, time tu macam-macam rasa muncul dan emosi jadi kacau bilau. Time tu lah rasa marah, malu, gelisah dan juga putus harapan. Setiap manusia mungkin pernah de perasaan ni..perasaan di tolak, perasaan tidak di perlukan, perasaan seperti hanya kita yang ada kasih sayang...tapi percayalah masih ramai ada yang mampu berdiri setelah di tolak, masih ramai yang mampu tersenyum setelah semuanya berlaku, dan masih ada yang kuat tuk berhadapan dengan dunia..

Mesti ada caranya kan..kadang aku sendiri terfikir bagaimana la agaknya cara mereka atasi dan lalui tempoh tu, setiap orang mesti lain cara and kaedahnya..Jom terjah strategi yang mungkin leh bantu kembalikan rasa percaya diri setelah cinta kamu ditolak seseorang:
  • ·     Anggap sebagai pengajaran: Memang gagal adalah hal yang sangat tak menyenangkan, tapi daripada dok simpan perasaan tu, bernanah and menyeksakan korang seumur hidup mungkin keputusan berterus terang tu adalah yang terbaik. Ambil sebagai pengajaran, and tetap buka hati untuk cinta yang lain.
  • ·    Jangan menyiksa diri: Jangan biarkan fikiran negatif merosakkan diri korang. Korang kena yakin bahwa mungkin memang bukan jodoh korang ngan dia kan. Lagi pula, bukan dosa pun untuk tetap single..better single dari jatuh cinta dengan orang yang salah..
  • ·    Enjoy the life:  Jadikan penolakan cinta ni sebagai titik songsang di mana korang de peluang untuk berubah. Gi salun,potong rambut, tukar ke new fesyen, pakai something yang korang rasa korang cantik, belek muka kusam tu..ganti dengan senyuman menawan..dan bila dah ready kembali lah bersosial, updatekan pengetahuan dan pupuk  sikap optimis tuk melihat masa depan.
So girls out there..jangan kecewa bila cinta di tolak..as I said, korang tak rugi apa-apa sebenarnya.. cinta n perasaan bukan boleh paksa-paksa..lebih elok di tolak dari dia pura-pura mencintai kita..kita hanya peluk bayang-bayang sedangkan dia bukan lah milik kita..lagi sakitkan..So sila lah ambik masa sebanyak yang mungkin,tengok sekeliling, list downkan senarai-senarai lelaki yang berpeluang, and buka mata diorang yang ada permata yang belum dimiliki di situ..


P/s: Cinta aku pernah kena tolak tak??hahahaha..gud question..pernah..aku punya la cintan tahap babun ngan si Fahrin Ahmad tu..rileks jer dia ignore aku..malu seyh... 

Wednesday, November 17, 2010

Kehilangan II

Di kesempatan ini, saya sebagai wakil dan ahli keluarga Restoran Nasi Padang Nurhayati ingin mengucapkan selamat menyambut bulan mulia, hari mulia, saat mulia dalam islam iaitu AIDIL ADHA. Semoga semua usaha kita selama ini di berkatiNYA..AMIN~~

Mood raya n pengertian raya aidil adha ni msih tergiang2 diht dan telinga ku..semalam terlalu byk yg kami bahas'n mengenai aidil adha..n yg paling penting, I.Allah ri ni klu tak de halangan kami akan g kubur arwah yusof..dekat 10hrku d umah,i.Allah ri ni air mataku akan tumpah lg..ak dah tak mampu sebenarnya tuk berlagak kuat d dpn familyku, jujur ku akui diam2 bila tgok gmbr n video arwah..air mataku tumpah..ku suka lihat mata arwah..cntik, besar n hitam..senyuman n keletah nya bijak..


de 2 malam lepas, ada pasangan suami isteri ni dtg ke kedai, isterinya mendukung baby yg usianya 4bulan,klu arwah msih hidup begitu la usianya..bila adiq iparku meminta utk mendukung baby tu,ibunya kelihatan berat tuk memberi,tp mungkin Allah nak bg lepas rindu adiq iparku itu, baby tu berada dlm pngkuan adiq iparku..bila mak tgok baby tu, kaletahnya, mak menangis lg..mak ckp mak rindu yusof sgt..rindu sgt2..mak..mama long pun mcm tu..mama long lg x sempat nak tgok arwah..


dalam ganasnya amat..ak nmpk de kerinduan d matanya..kepedihan yg d tnggungnya..ramai yg berkata mereka masih muda..tp xmungkin mereka mampu melupakan arwah..arwah penyatu cinta mereka..arwah yusof pengikat jalinan erat hbgn mereka..mereka pasangan kotroversi ketika zaman cinta mereka..semoga mereka bhgia..doaku dan sudah pasti doa arwah juga..

sesungguhnya,sejak kedtg'n sa (adeq iparku) dalam keluarga kami..macam2 perasaan yg kami sekeluarga lalui.sesungguhnya kami sgt bhgia dgn adanya kamu sa..kamu bukan seperti perempuan lain..pe pun sjrh silam mu k.anny tak peduli yg penting kini..kamu sebhgian dr keluarga syamsurizal..amat nmpak pe lebeynya kamu dr perempuan lain..dan sbgai kakak..k.anny nmpk pe yg amat lalui n perubahannya sejak de kamu..setulus ht TERIMA KASIH SA..

buat keluargaku, perbyk'n bersabar ye mak n abah..anny nmpk de rindu di mata kalian..tp Allah lebey syg'n arwah..semakin byk air mt yg jatuh semakin susah ht arwah d sana..cukup la doa n al-fatihah dr kita utk arwah..semoga arwah yusof mama long tenang d sana..cinta n rindu mama long utk kamu sayang..


Friday, November 5, 2010

lelah n penat : hidupku

Aku penat n lelah dengan hidup..
Bila aku bukan lg yg tertinggi di dalam kelas..
Bila aku bukan lg gadis impiannya..
Bila hati n drku rindukan pelukannya..
Bila ak la yg terakhir balik cuti semester..
Bila teman-temanku menjauh..
Bila shbt baik ku sendiri x mampu lagi menyimpan rahsia..
Bila aku rimas dgn lelaki yg menganguku..
Bila jadual n segala aktiviti tertunda n tidak lg selaras..
Bila terdampar melihat manusia semua pulang ke kg halaman..

Dan akhirnya aku mengeluh..
Ku sedarku bukan siapa2..
Suaraku perlahan tuk ku lontar’n pandangan…
Aku mentimun yg sedang berlawan dengan durian..

Akhir..
Ku kembali ke 4D210 kamar indahku..
Lambaian katil memangilku..
Pada bantal ini ku luah’n segala..
Pada bantal ini juga tangisanku jatuh..
Hnya dia mengerti perasaanku..