Mereka kawan saya

Showing posts with label mak. Show all posts
Showing posts with label mak. Show all posts

Saturday, April 16, 2011

Dunia terengganu dua hari cukup!!

Assalamualaikum dan salam 1 blogger..

Mood sangat bahagia..Cik Anny ada kat umah sekarang..bercuti untuk 2 hari semata..tak tahan sangat rindu kat family especially mak n masakan mak.Jeles tak?? Anny dapat makan duyan n mak masak pulut..Anak mak ni gila mengidam sangat nak makan duyan..tp pe-pe pun tima kasih En Mok sebab temankan Anny makan duyan sebelum balik Terengganu..Sayang ketat-ketat kat En Mok..Tak de pic ngan En Mok yang leh Anny kongsi..Anny malu nak snap pic ngan En Mok..Malu nak gedix-gedix..walaupun Anny gila snap pic..

Sampai  terengganu macam biasa, Anny akan tolong mak kat restoran (kalau rajin meh la like page ni kat FB)..Anny anak yang baek (tengah bodek suruh beli duyan) huhuhu.

 gambar: ni tengah buntu bila banyak sangat air nak buat..bila balik Anny tukang buat air..xley nak basuh-basuh..tangan Anny alergic  ngan sabun..jijah cakap tangan Anny tangan orang kaya..


 gambar: abaikan muka Anny yang macam tepung gomak..time ni Anny balik tganu widout any makeup..so bila jalan-jalan terpaksa pakai jijah punya..yer..jijah 100x lagi putih dari Anny..saya kalah jijah..ni kat depan pasar payang..abah n mak tengah g tawar menawar duyan..Anny ngan jijah ambik kesempatan snap pic kat bangunan warisan..1st time naik bangunan ni..senibina dia sangat chantek..
  
 gambar: ni la duyan yang abah beli..dekat sebiji duyan Anny telan..hilang terus mengidam tu..Sayang mak n abah ketat2..

 gambar: tangan insan yang banyak berkorban tuk Anny..terlalu banyak yang abah dah korbankan tuk membesarkan anak dara abah ni..ingat lagi 1st time hantar Anny masuk asrama abah nangis..mak rileks jer..nampak sangat abah hiba and rasa abah tak leh nak lindung Anny lagi..sayang abah..  

Jom layan pic Anny ngan buah hati family Anny..baby besar nama Bahalki yang sangat mengada-gada..sengal..sakit hati..rasa nak gigit jer..





comeykan anak orang ni..anak orang yang niaga depan kedai mak ni..dari kecik mak jaga..bahalki pun pangil mak ibu..mak cakap nak eratkan hubungan anak beranak kena bagi benda yang kita makan and kunyah kat budak tu..no wonder la bila Anny jauh Anny sangat rindu kat mak..kecik-kecik dok telan air liur mak jer..and adakah satu kebetulan bila kami adeq beradeq xde yang merantau kecuali Anny??

Ok..mood nak buat korang jeles..lunch Anny hari ini..

 gambar: Gulai ketam..terbaek dari mak..

 gambar: bukan anak minang la kalau tak makan jering..

P/S: Cukup 2 hari di rumah..dah ternak banyak lemak ni..

Monday, October 18, 2010

kisah cinta lagi???

note ni ak ambik kat fb..de kwn send via inbox tntg note ni..ingin sekali ku berkongsi sbuah crt yg dah wat ak mnngis..mohon izin share ya penulis..tp telah ku edit2..ambik key word dia jer..pnjng sgt..jenuh kamu smua nak bc...

Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.." 

"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.

jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. ."

REDHA~~
Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu.. 
Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "

=================================
st lg story about kasih ibu..tang ni tnpa malu2 sayer ngaku sayer nangis..rindunya ngan mak..sebagai gadis yg dduk jauh dr mak kdg2 sayer sndiri lupa tntg tnggngjwb tuk mjaga nama baik mak, family n islam itu sendiri..sayer juga manusia yg kdg kala khilaf dlm perbuatan..
 
Kasih ibu..tak ada pengakhiran..xseperti cinta sesama manusia..kita tak tahu bila hati kita akn dipalingkan walaupun kita berusaha untuk setia..

tak ada ibu yang mahu anaknya menconteng arang di mukanya..tak ada ibu yang percaya anak y dididiknya tidak mengikuti didikannya..melainkan kalau ia telah terbukti..

lembutnya hati ibu,sedia memaafkan diri walaupun anak telah buncit dikerjakan orang,walaupun anaknya sudah ternoda dek sentuhan lelaki,walaupun anaknya telah merosakkan anak dara orang lain...

lembutnya hati ibu,lebih rela menyalahkan diri sendiri walaupun ia bukan salah ibu mengandung...=(

IBU...
EMAK..
MAMA..
UMMI...
MUMMY...
MUM..

semuanya 1 dalam seribu..tiada pengganti dan tiada y terbaik selainnya..

Wahai muslim n muslimah budiman...
bayangkanlah wajah ibumu..
bila kamu dilanda gelora cinta..
bila kamu ingin masuk ke pelukan pasanganmu..
bila kamu ingin berbicara melebihi batasan bersama pasanganmu..
bila kamu ingin membalas semula cinta dr insan y xhalal bgmu..
bila kamu terfikir utk melakukan dosa...
bila hatimu berdebar atas perbuatanmu...
bila kamu sudah melupakan ibumu akibat hebatnya panahan cinta itu.....
bila2 masa sahaja...

agar kamu tahu...
kepercayaan yang dipatri oleh ibumu terhadapmu...
tak mungkin akan dimiliki lg andai engkau cairkan...

agar kamu tahu...
apabila ibumu terluka...
tercatat sudah namamu sbg anak derhaka...

agar kamu tahu...
bahawa dialah insan yang melahirkn n mmbesarkanmu..
dgn titis susunya..
dgn sedaya upayanya..
dgn 1 juta pngorbanan y xmungkin kau balas....

PELIHARA DIRIMU.....SEMOGA KITA SEMUA D LINDUNGINYA (*-*)