Mereka kawan saya

Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Thursday, May 15, 2014

Resepi baby 8bulan dan ke atas.

Assalammualaikum semua!!!

Hari ni anny nak share resepi-resepi untuk baby.
Resepi semua hasil olahan sendiri dan hasil cekup-cekup ilmu dari mummy yang seangkatan.
Apa pun yang kita nak bagi baby makan, jangan lupa 4days rules.

1. Nasi Tomato.
Bahan-bahan dan cara memasak;
1. Tumis bawang kecil seulas, bawang putih seulas, halia sebesar 1/2in, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pegaga menggunakan olive oil.
2. Masukkan daging ayam yang dihiris halus.
3. Blend separuh tomato dan campurkan kedalam tumisan.
4. Tambah air dan masukkan beras.
5. Tanak sehingga nasi lembut.
6. Boleh blend kalau baby belum pandai mengunyah.


 2. Bubur Nasi.
Bahan-bahan dan cara memasak;
1. Tumis bawang kecil seulas, bawang putih seulas, halia sebesar 1/2 in, dan kulit kayu manis menggunakan olive oil.
2. Tambah air dan masukkan beras.
3. Masukkan daging ayam yang dihiris halus.
4. Nasi dah hampir lembut masukkan brokoli, 4biji kismis dan serbuk ikan bilis (homemade MSG).
5. Tanak sehingga nasi lembut.
6.Boleh blend kalau baby belum pandai mengunyah. Anny hiriskan daun sup biar wangi..


3. Nasi Arab
1. Tumis bawang kecil seulas, bawang putih seulas, halia sebesar 1/2in, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pegaga menggunakan olive oil.
2. Masukkan daging ayam yang dihiris halus.
3. Tambah air dan masukkan beras.
4. Masukkan carrot dan juga kismis.
5. Asingkan nasi dan juga kuah dicampur dengan homemade MSG .
6. Boleh blend kalau baby belum pandai mengunyah.
7. Kuah boleh dipanaskan bila nak hidang untuk petang hari.


 4.  Nasi Goreng + Nugget ayam.
1. Tumis bawang kecil seulas dan bawang putih seulas mengunakan olive oil
2. Masukkan daging ayam yang dihiris halus.
3. Masukkan nasi lembut.
4. Setelah agak sebati, masukkan sesudu kecil homemade MSG dan taburkan carrot yang telah di steam.
5. Sedia dihidang, boleh blend untuk baby yang belum pandai mengunyah.
5. Nugget pula anny celupkan dengan telur dan goreng dengan olive oil.


 5. Nugget Ayam.
1. Ambik bahagian isi ayam dan kisarkan.
2. Masukkan sesudu besar tepung gandum, sesudu kecil homemade MSG dan sedikit lada sulah( depend la nak buh or tak..kalau takut pedas better jgn bubuh)
3. Uli sampai agak-agak kental.
4. Asben anny dia super kreatif so dia buat bekas macam bekas kuih pelita menggunakan daun pandan.
5. Rebuskan sekejap sampai nampak macam dah masak (putih ayam).
6. Potong ikut suka.
7. Tahan seminggu buh dalam chiller.
8. Boleh bakar, goreng or celup telur macam kat atas.



 Ok buat masa ni..
5 Resipi. Anny pun try and error.
nant In Sha Allah anny up kan lagi resepi k.
Nampak macam tak sedap sebab tak de garam or gula kan.
Biar la..Bukan kita yang makan pun..
Seronok masak untuk Aisyah..
Sebab Aisyah bukan jenis menolak.. Semua dia telan (menurun fiil ibu)

Nanti kalau de masa anny share keburukkan gula and garam k.
In Sha Allah.



Regards,
Anny



Monday, May 12, 2014

Wan Aisyah Najihah

Assalammualaikum semua.

Allah lamanya tak update. Dekat setahun kot.
Jenuh aku pikir email and password.
Last update pasal berpantang.
Time tu bersalin pun belum lagi.
Choiiiihhhhhhh betul.

Dah delivery pun.
Kalau ikut dah de 2 baby.
Sayang baby no 2 tak lama dengan kami.
Aku keguguran 12w++.
Belum ada rezeki.

Now,
In sha Allah nak aktif balik.
Reason,
Mini diary for anak-anak.

Meh nak share anak aku,
Pengikat kasih sayang aku ngan husband.

Wan Aisyah Najihah ketika berumur 6hari. :)

Ok,
Promise to update always.


Lots of love,
Ibu.

Sunday, January 20, 2013

10 INFO TENTANG BAYI


Asalammualaikum dan salam 1 blogger,

Rajin mak cik ni update blog..Ohhh hari ni Anny happy sangat. Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Kejap tadi asben hantar info kat email Anny.. Rasa macam nak share ngan kawan-kawan jer apa yang asben Anny email kan. Mungkin copy and paste dr seseorang, Wallahu-alam

10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel.

P/s: Anny mintak maaf kalau entry-entry anny tentang info-info2 preggy buat ms sekarang and akan datang.. Sebab anny smbil sharing smbil menambahkan ilmu.. Muahhhh syg semua.


Regards,
Anny


Saturday, October 13, 2012

Doa Mohon Jodoh dan Keturunan yang Baik.

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Hari yang baik dan lapangan kerja..Post ke dua untuk hari ini..

Wanita mana yang tak gembira bila dirinya hamil? Anny masih ingat macam mana mengeletarnya tangan ni bila tengok UPT (Urine pregnancy test) ada double line. Actually sebulan selepas kahwin pun Anny yang belum pregnant membayangkan sudah pregnant. Untuk 4 bulan ini ada la 4x anny wat test..2x anny kecewa..setiap kali buat air mata la jawapan untuk asben. Alhamdulillah kali ke3 buat, double line, dan kali ke4 buat utk pengesahan. Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Anny nak share something, something yang mudah untuk di aplikasikan..


Doa ni Anny lekatkan kat cube (workstation Anny)..Dulu waktu menghitung hari menjadi milik En Asben, Anny akan doa mohon jodoh yang baik sambil membayangkan asben. Sekarang mulai dari awal bulan 6 hari tu, Anny selalu baca dua dua doa smbil pegang perut.. Everytime Anny take 5 dari keje,Anny akan baca doa ni..Alhamdullillah masuk bulan ke-4 Anny dapat berita gembira..


P/s: Doakan Anny berjaya harungi semua ini..

KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Lama Anny tak update..SubhanAllah lambakan kerja dan pertambahan tanggungjawab buat Anny lupa nak cerita-cerita n godek-godek internet.. Maafkan Anny.

Anny nak share something..Anny ambik Mr Google..Meh la jemput baca.Sharing is sexy rite..  :)

KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadah.




P/S: Doakan Anny berjaya harungi 9bulan mendatang...Amin

Thursday, August 23, 2012

Review - Gambar Majlis Resepsi.


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..

Almost 3 month majlis selesai, tp baru nak upload..
waaaa..ni pun baru separuh yg OP bagi..
Jom cuci mata..












P/s: Dearie,my nasihat..Jangan pilih tarikh di mana ramai sangat orang buat kenduri. Tarikh Anny kenduri mak dapat almost 3 kad tarikh sama, Mungkin sebab Anny anak sulung, Alhamdulillah tetamu masih ramai, tp tak seramai yang kita jangka.Mujur makanan lebih boleh bagi-bagi,kalau kurang,mahu tujuh keturunan orang dok mengata..Manusia ni macam-macam fiil..

Sunday, June 24, 2012

Wedding Review : Baju Akad Nikah

Assalammualaikum lovelies and darling semua..

Dress by Niza (Gong Tok Nasek)

Okay apa patut Anny start ye.I love the colors.Gold is my febret. Baju ni Anny beli untuk cukupkan dulang waktu tunang, tak plan pun nak pakai untuk akad nikah. Tapi bila discuss ngan asben, kami nak wat something lain, xmo white, xmo lace..Tadaaa jadila kain ni sebagai baju akad nikah Anny. 


Baju ni Anny tempah kat adik bridal pelamin Anny. Mula2 waktu deal memang dia bgtau upah baju RM 45, tapi lepas dah siap sekali ngan butang bulat-bulat kat tangan price terus naik jadi RM60. Okay still affordable, walaupun bersungut la jugak..Hahahaha..Anny memang kedekut time nak kenduri tu.


Mungkin dia new tailor and mungkin tak berapa biasa buat baju ala-ala ketat and blow-blow ni, dia terpaksa adjust balik baju Anny almost 2x.Baju pun tak ikut sangat apa kemahuan Anny. Anny tak suka baju pakai-pakai zip ni, tapi my tailor mungkin dia teror bab zip-zip belakang..Anny sarung baju without bukak zip..Tak tau apa function zip tu.Tapi majlis nak dekat, WHO CARE'S rite.Janji baju muat,selesa dan majlis berlangsung dengan meriahnya.  :)

Alhamdulillah time fitting, my sis de pesan,akak try duduk bersimpuh..Nak pastikan kain tu tak la sendat kat punggung dan menganggu keselesaan time u olls nak duduk..Waktu akad nikah kita bukan banyak berdiri.


# Compare price:
Kain pasang Perempuan: Rm 60
Upah Jahit perempuan:   Rm 60
                                  RM 120


#b2btips: 
1) Please remarks tarikh u olls nak ambik baju.. Set awal-awal  time nak fitting baju. Kadang tailor ni dia selalu tanguh-tanguh dan kita akan dapat baju lambat dr tarikh yang dijanjikan.
2) Reminds your tailor to inform you or to ask first if they have any changes or any brilliant idea. Kalau tak, tak pasal-pasal kena bayar lebih pada idea yang kita tak harapkan pun..
3) Masa fitting baju, jangan lupa try duduk bersimpuh. Jangan try berdiri je. Dan jangan lupa try wearing baju with kasut.


#Cuci mata:






p/s: I'm officially married to the man that I Love very much.



Tuesday, June 19, 2012

My Mom

Assalammualaikum dan selamat malam darling..

No update after changes my status.
Yeah..Im PUAN already.. No more miss.
Alhamdulillah..i'm really happy with the status, with the changes.
No more flash back, old memories won't hurt me anymore.
Tahniah juga kepada kamu..
Old frenz remind me bout you.
Semoga perkahwinan yang terbina itu berkekalan hingga ke akhir hayat..
I.Allah.. :)

08 JUNE 2012
Sambut menantu also known as bertandang.
My bestie cakap, Anny jalan elok-elok,senyum bukan ketawa..
OMGosh Anny bukan seorg yang jenis ayu-ayu, tersipu-sipu malu.
That's just not me.

Mak..
Really miss her.
Miss her smile, celoteh, bebelan.
When my mom said to my mother in law (Ma)

"Kak, saya serahkan dia kat akak, ajar la dia macam anak akak, kalau dia buat silap, marah la dia, tegur la dia"

Ohhh, I just can't lie bout my feeling. 
Air mata menitik, hati sebak, hanya Allah tahu perasaan Anny time tu.

Anny memang tak lalu makan that's day n the next day.
Penat en asben suruh makan.. 
Anny just tak boleh makan..
Anny rindu mak Anny, still tergiang-ngiang suara mak.
Rasa macam mak dah buang Anny jer..
Bila cerita kat en asben, 
dia boleh pakat gelak kata Anny drama lebey..
Memang jahat!!!

In the reality, actually I should thanks to Allah,
Mak or Ma tak ada beza pun.
Both are my mom, both will do the same thing to keep protect and love me.
I.Allah.
Kasih ibu bawa ke syurga. :)

My mom and My ma..
Love both of you :)
 

Wednesday, June 13, 2012

Monday, May 21, 2012

Teaser: Baju sanding & Pelamin


Assalammualaikum dan salam 1 blogger,

Dear all..Alhamdulillah bertemu lagi kita di blog usang ni..shuh..shuh..berdebu..
Counting days..9 hari je lagi??
Malam still can’t sleep..
jiwa meracau.meronta-ronta..
mengeluh..Adoiyai..
lambat lagi ke masa nak berlalu ni???

Jumaat balik Terengganu..
Last third week: Try baju & Confirmkan pelamin..

1)      Teaser baju tuk waktu bersanding..
jom terjah..

Wedding attire theme – Soft Gold 
2)      Teaser pelamin theme:


  
                                      Nak pilih color n theme macam nak pecah kepala..
Alik-alik memang xleh lari dari feminism la anny ni..
Pink musti kena ada..
Celaru color anny ni..
Dah penat ijah yakinkan kakak dia yang satu ni..
Comel kak..ada 1000x agaknye dia sebut perkataan tu..
Anny pun confirm ngan bridal..siap bwk picture yg puas anny edit2...


P/s: Anny dah edarkan kad kat tempat keje..dah macam2 usikan yang anny dengar..
Ya Allah permudahkanlah..

Sunday, May 6, 2012

B2B - Menjahit manik & Teaser goodies

Assalammualaikum dan salam 1 blogger,

Dear all, how are you? 
Always pray, 
Ya Allah bahagiakan lah mereka ini dengan caramu, semoga iman mereka tetap milikmu.. 
Amin..
Anny, Alhamdulillah.. Still counting day..
Malam dah xlena tido,
Pukul 11 tido, pukul 1 terjaga,
tengok jam..
Laaa..belum pagi lagi ke??

For this last month to call our self as a BUJANG,
we decide to reduce dating and spend quality hours with friend and family,
Working almost 10hour per days,
make me so damn tired to hang out wif my lovely BFF.
So i decide to do something unexpected..
Guess what??
I'm learn to beading.

kelaka kan..
Bayangkan Mak cik yang ganas ni pegang jarum n manik..
Adik ijah kata tak seswai *tangandidadamatakeatas*
jom terjah yang tak seswai tu..

Pic 1: Comel x?? Anny jahit sendiri tau..I dont have any basic in sewing.
Ingat tuk baju nikah nak jahit sendiri,tp bila pikir-pikir balik,
dengan tinggal lebih kurang 3 minggu lagi,
mana nak sempat..keje operation macam ni..
memang pening..
So Anny akan tempah kat seorg kakak kat kerteh ni..
Doakan Baju Anny jadi sweet n comel..

Teaser goodies:

pic 2: Ada dalam 300 pcs jer, sapa cepat dia dapat..untuk vendor nant akan di review.

P/S: Ada dalam 25 hari jer lagi..
Segala macam perasaan bercambur baur..
Hanya Allah yang tahu apa yang tertulis di hati ini.. 
Sahabat, jaga lah diri. 
Perkahwinan langkah terbaik dalam hidup kita.
Simpan segala kemesraan untuk zaman perkahwinan..

Regards,
Anny.

Tuesday, March 13, 2012

Wedding preps: Thanks You Taq

Assalammualaikum dan salam 1 blogger,


Dear sayang-sayang semua??
Apa khabar?? Terengganu dah 3 hari hujan..
Sejuk sangat..Malam-malam pun sejuk..
Usikan kat tempat kerja..
Anny bila kenduri?? La kenapa lambat sangat..
Patut minggu-minggu hujan ni lah kenduri..
Sejuk..Sambil senyum boleh wat mak cik nak muntah...

Adoiyai..
sekejap-sekejap rasa macam lama jer lagi 2 bulan ni..
kadang-kadang rasa macam cepat lak masa berlalu..
Ya Allah semoga semuanya berjalan lancar..

Berbalik pada tajuk cerita kita hari ni..
Lately ni ramai yang guna TQ tag..
Apa guna benda alah ni yer??
Benda ni selalu kita lekatkan kat beg goodies tak pun kat barang-barang yang kita bagi kat tetamu..
baru-baru ni ada kawan kat B2B yang post mcm mana nak wat tq tag ni..
Setelah mengodek-godek..
Tadaaaaaaaaa.....

ni lah hasil tangan yang tak seberapa nak kreatif..Janji ada kan..
Setelah berdiskusi dengan ijah..Anny decide ambik picture yang TQ Tag Pertama line kiri number 2..
Yang tu akan dilekatkan kat jar dari Lurvering Doorgift.
Then untuk lekat kat beg goodies Anny ambik line kiri number 2 yang hujung sekali..
Yang untuk beg Anny dah berjaya memotong kecil2 sebanyak 200 keping..
Jom terjah..

Yang ni Anny nak lekat kat beg goodies..
Seronok bila dapat wat sendiri..
Sapa yang nak wat, kena try godek-godek link ni..
ruxique gifts
Bila tengok, Anny dapat kepuasan.. Alhamdulillah..
Sekurang-kurang mimpi kecil Anny hampir menjadi kenyataan..

p/s: Encik Tunam tanya, Anny sempat tak nak DIY sendiri semua benda??
Selagi cinta dia tak berubah, I.Allah Anny akan buat yang terbaik..


Regards,
Anny mak cik kuat membebel

Thursday, March 8, 2012

Review:Theme pelamin idaman

Assalammualikum dan salam 1 blogger,



Ingat tak kat checklist Anny ri tu..still pending theme color untuk pelamin rite..
Anny dah pening dok google perfect palette colour..
Still tak jumpa.. Adoiyai...

So ri ni, tiba-tiba rasa nak google mini pelamin..
Alhamdulillah, Anny dah jumpa..meh nak tengok..

comey kan..ase mcm nak gigit jer ase..hahahaha..

Meh terjah pelamin tunang Anny..

Mungkin ada orang kata ala biasa jer..bukan apa-apa pun..But for me, the time Anny nampak jer pelamin ni, hati Anny lompat-lompat dah..Anny sangat suka dengan hasil akak tu..


Meh nak kongsi ngan kawan-kawan bridal mn yang diberi mandat untuk majlis Anny..
Anny tak mampu nak hire bridal mahal-mahal..
Kewangan kena check gak..mana ley main tibai jer..
habis majlis hutang kiri kanan..
Mak cik takmo gitu k..

Sangat mudah berurusan ngan kak yanie ni..
Kalau B2B terengganu, try la add fb dia..
Kak yanie mudah terima pendapat kita, then dia akan tolong suggest latest design.
Hujung bulan ni kalau xde halangan nak balik terengganu..nak discuss tentg baju n pelamin..
Kak yanie tunggu k..jgn lari... ;)

P/S: Anny makin banyak keje..makin rasa terbeban dengan keje..tapi apa-apa pun urusan kahwin dan masa depan masih diutamakan..keje itu menjamin masa depan saya..


Sunday, March 4, 2012

Wedding checklist 2012

Assalammualaikum dan salam 1 blogger,


You olls, jom tengok number ni..


Mesti xde perasaan kan??Anny tengok number ni terasa macam nak terjun dalam swimming pools jer..

Ya Allah, tinggal 88 day jer lagi..Tapi preparation lansung macam xde wat apa-apa..Dok sibuk-sibuk + semangat + teruja ngan orang lain punya wedding tp wedding sendiri tak bergerak langsung. Tadi Anny BW B2B punya blog, Anny jumpa checklist dari salah sorg B2B ni: dhiera

So Anny terasa macam nak buat jugak. Most welcome goes to dhiera. Reminder to olls,entry super duper panjang..
Jom tengok senarai semak Anny yang tinggal lagi 88 hari lagi:

Tarikh
-Nikah: 31 May 2012
-Resepsi: 01 June 2012
-Bertandang: 08 June 2012

Tempat
-Nikah: Masjid Putih K.Terengganu
-Resepsi: Rumah, Kg Tiong
-Bertandang: Rumah, Ketengah Jaya, Kerteh 1

Masa
- Nikah : Lepas Isyak 
- Resepsi : 11am - 4pm (Sanding pukul 2.30 tengah hari after Jumaat Pray)
- Bertandang : 11am - 4pm


Warna tema
- Nikah : Earthy Yellow + Soft Pink
- Resepsi : Pending
- Bertandang : Earthy Yellow + Soft Pink


Hal-hal penting
- Duit hantaran  : Sudah ditetapkan oleh encik tunang. 
- Mas kahwin    : Sudah ditetapkan oleh encik tunang. 
- Tok kadi : Pending. 
- Hantaran (Anny) : 7 dulang
- Hantaran (Incik tunang)      : 9 dulang  
* Tak ada perubahan


Kursus kahwin & dokumen penting
- Kursus kahwin (Anny) - Done
- Kursus kahwin (Incik Tunang) - Done    
- HIV test                    : Pending
- Borang nikah             : Pending
- Borang Tok Kadi      : Pending
- Borang lain-lain         : Pending


Jumlah tetamu
- Nikah: Keluarga terdekat, rakan-rakan tersayang, jiran-jiran, bakal keluarga (max 100)
- Resepsi : Anggaran 1000 tetamu
- Bertandang : Anggaran 1000 tetamu


Jamuan
- Nikah: Rewang. Consider done
- Resepsi : Rewang. Consider done
- Bertandang : Rewang. Consider done


Menu
- Nikah : Consider done. 
- Resepsi : Consider done. 
- Bertandang : Consider done. 


Kanopi
- Nikah: My Task. Pending
- Resepsi : My Task. Pending
- Rewang : My Task. Pending
- Bertandang : FMIL task. Consider done


Kek kahwin
- Resepsi : Pulut kuning. Pending (Mom Tasks)
- Bertandang : FMIL task. Pending


Kad jemputan
- Resepsi : 400 keping. Pending.
- Bertandang : 300 Keping Pending.


Aturcara
- Nikah: Pending
- Resepsi: Pending
- Bertandang : Pending


Senarai tetamu
- Nikah : On progress. Pending
- Resepsi : On progress. Pending
- Bertandang : Pending


Mekap
- Nikah : MUA by myself. Consider Done
- Resepsi : MUA by Bridal. Consider Done
- Bertandang : MUA by myself. Consider Done


Henna artist
- Nikah: Pending
- Bertandang : Pending


Tema pelamin dan hiasan
- Nikah : Moden + tradisional contemporary
- Resepsi : Moden + tradisional contemporary
- Bertandang: Moden + tradisional contemporary
* Vendor nikah + resepsi : Bridal Butik
* Vendor bertandang : DIY by FMIL


Persalinan pengantin

a) Kain dan bahan
- Nikah  : Done for both
- Resepsi : Pending
- Bertandang : Done for both

b) Design

- Nikah: Done for both.
- Resepsi : Done for both
- Bertandang: Done for both

c) Tailor
- Nikah : Already send to tailor Veil: Sewa to bridal
- Resepsi : Bridal

d) Kasut
- Nikah: Pending (Need to buy new shoes)
- Resepsi : Saya = Pending. Tunggu baju siap
   : Incik Tunang = Pending. Tunggu baju siap
- Bertandang : Consider done bila persiapan nikah done
Pengapit / dayang
- Resepsi : Done. My sis Jijah tasks.

Family attire
- Nikah : Sweet purple
- Resepsi : Soft pink + grey
- Bertandang : Pending


Pengapit attire 
 Traditional attire in black


Hiasan hantaran
- Untuk saya : DIY Consider done 
- Untuk Z     : DIY Consider done


Official photographer (OP)
- Nikah : EmanFoto     
- Resepsi : EmanFoto      
- Bertandang : My Sis Jijah


Official Videographer (OV)
- Sorry to inform, last minute cancel.


Doorgift

- Nikah : None. Tapi ada upah tok kadi dan saksi. Pending for upah
- Resepsi : 100 for his family = Yasin + coklat + (TBA)
600 for quest = Jar c/w biskut color2 + coklat 
- Bertandang : FMIL Tasks (consider done)
Beg godies: Already buy 200 left 500 beg
Jar: Already booked 500 jar c/w TQ taq.
Yasin : Pending
Biscut color2: Need to buy 9 tin : 1 tin RM 45. Pending
Coklat-coklat : Pending


Bunga pahar
- Resepsi       : Mak's task.
- Bertandang : FMIL Task


Handbouquet
- Nikah : Pending
- Resepsi : Pending
- Bertandang : Pending


Hiburan
- PA system : Pending
- Kompang  : Pending
- Bertandang : FMIL Tasks


Hal lain-lain
- Penunjuk arah : Pending
- Bunting dan banner : Pending
- Guestbook : DIY. Pending
- Bunga Manggar: DIY. Pending
Penginapan
Resepsi: Homestay for- Pengantin & Family lelaki : Pending
- Bertandang: Family perempuan : Tak perlu


Tambahan

- Kos pengangkutan : Consider done
- Spa  : Already booked with rembulan spa


Honeymoon
-everything regarding honeymoon : Tak decide lagi

P/S: Entry super duper panjang..Sambil taip, sambil geleng..Banyak yang tak buat lagi ni Anny..