Mereka kawan saya

Showing posts with label kehilangan. Show all posts
Showing posts with label kehilangan. Show all posts

Saturday, November 5, 2011

Aku mahu hidup juga

Assalammualaikum dan salam satu blogger,

Buat renungan dan pengajaran.

Bulan ini sudah hampir sembilan bulan aku dikandung ibu dan di bawa kesana ke mari.Rasanye sudah tidak sabar lagi untuk aku keluar melihat dunia.Aku sering mendengar cerita ibu tentang keindahan dunia.Betapa cantiknya alam ciptaan Tuhan ini.Dan yang paling aku nantikan,Ialah menatap wajah ibu ku.Ah!Sebulan ini bagaikan setahun rasanye bagiku.

Masa yang aku nantikan akhirnya tiba jua.Dengan payah,dengan jerit tangis dan sakitnya,akhirnya aku dilahirkan.Sebaik keluar,aku mejerit dan menangis ketakutan.Bilik kecil itu begitu asing bagi aku.Aku berasa begitu takut melihat dunia.

Tiba-tiba,aku dipeluk oleh seorang manusia seperti aku.Aku membuka mata dan melihat kearah manusia itu.Oh!Inilah ibu.Ibu yang mengandungkan aku dengan susah payah selama sembilan bulan.Cantik orangnya.Apabila ibu mendakapku,terasa aman jiwa ini.Aku behenti daripada menangis.Aku begitu selesa berada dalam dakapan ibu.

Aku memerhati sekeliling .Ayah,di mana ayah?Aku ingin menatap wajah ayah.Tapi ayah tiada.Ibu sebaliknya memberikan aku kepada seorang wanita lain..Aku tidak tahu siapa wanita itu,lalu aku kembali menangis.Lantas wanita itu menyuapkan aku sebotol susu dan aku menghisap semahu-mahunya.

Tidak lama kemudian,aku melihat ibu bersiap-siap.Ibu…ibu mahu ke mana?Ibu tidak menjawab pertanyaan ku itu,sebaliknya berlalu keluar dari bilik itu bersama wanita yang sedang mendukung ku ini. Aku menjadi pelik,,kenapa ibu tidak mahu menggendong aku.Bukankan aku ini anaknya?Selama sembilan bulan aku menunggu untuk wajah mu ibu,kenapa tiba-tiba ibu bersikap dingin tehadap ku?

Kemudian,ibu dan wanita itu menaiki sebuah kereta.Ibu memeluk ku erat,matanye tepat memandang ke wajah ku.terasa begitu bahagia apabila aku dapat menatap wajah mu ibu…

Aku melihat sekeliling.Gelap.Ada bulan diatas sana dan disekelilingnya bekelip-kelipan jutaan bintang.Alangkah indahnya dunia ini.Mungkin inilah yang  ibu katakana sebagai malam. Sedang aku mengelamun,tiba-tiba kereta yang aku naiki besama ibu berhenti disebuah taman permainan kanak-kanak.Wanita itu kemudiannya mengambil aku dari pangkuan ibu.Aku kembali menangis.Entah mengapa,aku benar-benar tidak selesa dengan wanita itu.

Aku memandang wajah ibu dengan tangisan dan teriakkan ku.Namun,ibu hanya melihat aku dengan pandangan yang sayu.Kemudian dia berpaling kearah lain.Wanita itu membawa aku pergi,lantas menletakkan aku diatas tanah yang berumput,bersebelahan dengan tong sampah yang ngeri baunya.

Aku menangis dan menjerit.Kenapa letakan aku disini!Aku mahu kembali ke pangkuan ibuku!Mana ibuku?


p/s: Jangan pikir SEDAP jer..Setiap yang bernyawa itu ada harganya. and one more thing, Selamat Hari Raya Aidil Adha. Sama-sama kita imbas kembali sejarah Aidiladha. Ianya adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
     

Thursday, August 18, 2011

Wajib baca: Mana mak??

Assalammualaikum dan salam 1 blogger,

Mak cik anny penat..penat sangat-sangat..aik ngeluh lak Anny ni kan..macam mana la life kalau dah betul-betul keje.. Baru praktikal pun dah gatal-gatal usha operation malam hari.. Bior ler, saya trainee terbaik bukan???

Ri ni Anny masih nak share email dari seorang sahabat.. Semoga yang baik itu kita jadikan tauladan dan yang buruk itu kita jadikan pengajaran..Amin..

As-Salam…..
Untuk tatapan dan renungan semua anak-anak dan mak-mak….semoga ianya tidak berlaku kepada kita ya………..
"Mana Mak?'

Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
 
Dua puluh tahun kemudian
 
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh  menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
 
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?". Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak. Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.  

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini. Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham. Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi. Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam. Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."

Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.” Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
 
Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya. Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , " Mana mak ?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"    
Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan " Mana Mak? " masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa
. Kata
Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya . Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


Wednesday, November 17, 2010

Kehilangan II

Di kesempatan ini, saya sebagai wakil dan ahli keluarga Restoran Nasi Padang Nurhayati ingin mengucapkan selamat menyambut bulan mulia, hari mulia, saat mulia dalam islam iaitu AIDIL ADHA. Semoga semua usaha kita selama ini di berkatiNYA..AMIN~~

Mood raya n pengertian raya aidil adha ni msih tergiang2 diht dan telinga ku..semalam terlalu byk yg kami bahas'n mengenai aidil adha..n yg paling penting, I.Allah ri ni klu tak de halangan kami akan g kubur arwah yusof..dekat 10hrku d umah,i.Allah ri ni air mataku akan tumpah lg..ak dah tak mampu sebenarnya tuk berlagak kuat d dpn familyku, jujur ku akui diam2 bila tgok gmbr n video arwah..air mataku tumpah..ku suka lihat mata arwah..cntik, besar n hitam..senyuman n keletah nya bijak..


de 2 malam lepas, ada pasangan suami isteri ni dtg ke kedai, isterinya mendukung baby yg usianya 4bulan,klu arwah msih hidup begitu la usianya..bila adiq iparku meminta utk mendukung baby tu,ibunya kelihatan berat tuk memberi,tp mungkin Allah nak bg lepas rindu adiq iparku itu, baby tu berada dlm pngkuan adiq iparku..bila mak tgok baby tu, kaletahnya, mak menangis lg..mak ckp mak rindu yusof sgt..rindu sgt2..mak..mama long pun mcm tu..mama long lg x sempat nak tgok arwah..


dalam ganasnya amat..ak nmpk de kerinduan d matanya..kepedihan yg d tnggungnya..ramai yg berkata mereka masih muda..tp xmungkin mereka mampu melupakan arwah..arwah penyatu cinta mereka..arwah yusof pengikat jalinan erat hbgn mereka..mereka pasangan kotroversi ketika zaman cinta mereka..semoga mereka bhgia..doaku dan sudah pasti doa arwah juga..

sesungguhnya,sejak kedtg'n sa (adeq iparku) dalam keluarga kami..macam2 perasaan yg kami sekeluarga lalui.sesungguhnya kami sgt bhgia dgn adanya kamu sa..kamu bukan seperti perempuan lain..pe pun sjrh silam mu k.anny tak peduli yg penting kini..kamu sebhgian dr keluarga syamsurizal..amat nmpak pe lebeynya kamu dr perempuan lain..dan sbgai kakak..k.anny nmpk pe yg amat lalui n perubahannya sejak de kamu..setulus ht TERIMA KASIH SA..

buat keluargaku, perbyk'n bersabar ye mak n abah..anny nmpk de rindu di mata kalian..tp Allah lebey syg'n arwah..semakin byk air mt yg jatuh semakin susah ht arwah d sana..cukup la doa n al-fatihah dr kita utk arwah..semoga arwah yusof mama long tenang d sana..cinta n rindu mama long utk kamu sayang..