Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,
Sharing is caring rite.. :]
HUKUM MENGERJAKAN
Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat Muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah sentiasa mengamalkan Solat Hari Raya ini selama baginda hidup.
WAKTU SOLAT
Solat Aidilfitri diadakan pada 1 Syawal. Manakala Solat Aidil Adha diadakan pada 10 Zulhijjah.
Pada Rakaat pertama kita dikehendaki supaya takbir sebanyak 7 kali iaitu selepas takbiratul ihram dan doa iftitah. Pada setiap kali takbir kita dianjurkan supaya membaca tasbih berikut :
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر
Kemudian di baca Al-Fatihah dan surah. Surah yang dianjurkan ialah surah Qaf atau Al-A'la atau Al-Kafirrun.
Pada Rakaat kedua pula dikehendaki supaya takbir sebanyak 5 kali. Pada setiap kali takbir kita dianjurkan supaya membaca tasbih. Kemudian di baca Al-Fatihah dan surah. Surah yang dianjurkan ialah surah Al-Qamar atau Al-Ghasyiah atau Al-Ikhlas. Selepas dari solat diadakan khutbah. Dalam khutbah hendaklah berisi dengan peringatan tentang zakat fitrah atau hukum qurban, haji dan hikmah-hikmahnya.
أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
LAFAZ-LAFAZ TAKBIR
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ .
Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan.
P/S: Tinggal lebih kurang 3hari jer lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Zakat fitrah bayar dah ker??Waaaa..asben Anny pun tak bayar lagi..katanya nak byr ri jumaat ni..Nant kn ingatkan dia balik.. Berpada-pada yer makan di hari raya nanti...jangan rosakkan diet anda.. :]
|
Mereka kawan saya
Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts
Wednesday, August 15, 2012
Cara solat sunat hari raya aidilfitri
Adab-adab ketika menyambut hari raya
Assalammualikum dan salam sejahtera.
Korang apa khabar?sihat x??Ya Allah berhabuk-habuk la blog ni..tak nak cerita panjang-panjang..meh nak share ngan korang adab-adab menyambut hari raya..Jom terjah!!!
Adab-adab ketika menyambut hari raya
1.
Disunatkan mandi dan memakai pakaian yang
paling baru dan cantik
§ Dari
Hassan As Siibth telah berkata : “Rasulullah s.a.w telah memerintahkan kami
pada kedua-dua hari raya supaya kami memakai pakaian yang paling elok daripada
simpanan kami.”
§ Waktu
disunatkan mandi idul Fitri bermula pada malam raya sehingga keluar ke masjid hendak
menunaikan solat raya
§ Disunatkan
juga memotong kuku dan memakai bau-bauan
2.
Disunatkan makan terlebih dahulu sebelum
keluar menunaikan solat sunat idul Fitri
§ Anas
meriwayatkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w tidak keluar (ke masjid) pada idul
Fitri kecuali Baginda memakan beberapa biji buah tamar dengan bilangan ganjil
(3 atau 5 atau 7 biji) Riwayat Bukhari dan Ahmad
3.
Amat digalakkan supaya semua keluar ke
masjid samada perempuan, lelaki dan kanak-kanak.
4.
Berlainan jalan
§ Dari
Abu Hurairah r.a : “Adalah Rasulullah s.a.w apabila Baginda keluar pada hari
raya maka Baginda akan pulang melalui jalan yang lain.”
5.
Disunatkan bertakbir
§ Waktu
takbir pada hari raya idul Fitri, bermula malam raya sehingga imam sembahyang
raya.
§ Disunatkan
bertakbir dengan suara yang nyaring samada di masjid, rumah dan di mana-mana
sahaja.
6.
Cara solat raya
§ Niat
( sahaja aku sembahyang sunat hari raya fitr dua rakaat kerana Allah Taala)
§ Takbir
pada rakaat pertama sebanyak 7 kali selepas membaca doa iftitah dan sebelum membaca
al Fatihah
§ Takbir
pada rakaat kedua sebayak 5 kali selain dari takbir qiyam (bangkit dari
sujud) dan rukuk
§ Hendaklah
diselangi di antara tabir dengan bacaan tasbih
7.
Disunatkan mengucap tahniah
§ Dari
Jabir bin Nufair : “Adalah sahabat-sahabat Nabi s.a.w apabila mereka berjumpa
pada hari raya mereka mengucap tahniah di antara mereka dengan ucapan TAQABBALA
MIN NA WA MIN KA {semuga diterima amalan kami dan amalan kamu}
P/S: Kawan-kawan..Yang kenal or tak,mungkin Anny ada terkasar bahasa or tersalah cakap antara sedar or tak..Anny susun 10 jari memohon maaf. Selamat berhari raya, xmo main mercun k.. Psssttt korang..tahun ni my 1st time berhari raya berdua.. ;)
Wednesday, August 31, 2011
Ucapan Hari raya Aidilfitri
Assalammualaikum dan salam 1 blogger,
hye semua.. Alhamdulillah kita dah masuk syawal ke-2.. Maca mana diet? Pe xley kawal? Semua rumah hidang makanan sodap-sodap? Aishh Anny pun macam tu.. Rosak-rosak..
Anny tak tau nak update apa.. Cerita tentang raya, beli baju raya kosong harga RM60, habiskan masa hampir 6jam untuk jahit manik di leher dan lengan..Itu je yang mampu Anny wat tuk naikkan seri baju..Tamat disitu.. Shawl pinjam ijah punya, kasut a.k.a sandal reuse jer.. Manusia ni tengahkedekut belajar berjimat cermat.
Merujuk tajuk di atas, Anny nak ucap :
dan ucapan dari Anny sekeluarga:
Andai jemari tak sempat berjabat, Jika raga tak bisa bersua.
Bila ada kata membekas luka, Semoga pintu maaf masih terbuka.
Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
With luv and hug: Annynawati Syamsurizal dan keluarga.
hye semua.. Alhamdulillah kita dah masuk syawal ke-2.. Maca mana diet? Pe xley kawal? Semua rumah hidang makanan sodap-sodap? Aishh Anny pun macam tu.. Rosak-rosak..
Anny tak tau nak update apa.. Cerita tentang raya, beli baju raya kosong harga RM60, habiskan masa hampir 6jam untuk jahit manik di leher dan lengan..Itu je yang mampu Anny wat tuk naikkan seri baju..Tamat disitu.. Shawl pinjam ijah punya, kasut a.k.a sandal reuse jer.. Manusia ni tengah
Merujuk tajuk di atas, Anny nak ucap :
dan ucapan dari Anny sekeluarga:
Andai jemari tak sempat berjabat, Jika raga tak bisa bersua.
Bila ada kata membekas luka, Semoga pintu maaf masih terbuka.
Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
With luv and hug: Annynawati Syamsurizal dan keluarga.
P/S: Seperti biasa syawal ke-2 bergerak ke KL, ziarah keluarga abah. Time raya jer boley nak jalan-jalan..Sepanjang tahun mencari rezeki tuk sesuap nasi.Terima kasih mak n abah.
Subscribe to:
Posts (Atom)


