Mereka kawan saya

Showing posts with label pertunangan. Show all posts
Showing posts with label pertunangan. Show all posts

Tuesday, March 13, 2012

Wedding preps: Thanks You Taq

Assalammualaikum dan salam 1 blogger,


Dear sayang-sayang semua??
Apa khabar?? Terengganu dah 3 hari hujan..
Sejuk sangat..Malam-malam pun sejuk..
Usikan kat tempat kerja..
Anny bila kenduri?? La kenapa lambat sangat..
Patut minggu-minggu hujan ni lah kenduri..
Sejuk..Sambil senyum boleh wat mak cik nak muntah...

Adoiyai..
sekejap-sekejap rasa macam lama jer lagi 2 bulan ni..
kadang-kadang rasa macam cepat lak masa berlalu..
Ya Allah semoga semuanya berjalan lancar..

Berbalik pada tajuk cerita kita hari ni..
Lately ni ramai yang guna TQ tag..
Apa guna benda alah ni yer??
Benda ni selalu kita lekatkan kat beg goodies tak pun kat barang-barang yang kita bagi kat tetamu..
baru-baru ni ada kawan kat B2B yang post mcm mana nak wat tq tag ni..
Setelah mengodek-godek..
Tadaaaaaaaaa.....

ni lah hasil tangan yang tak seberapa nak kreatif..Janji ada kan..
Setelah berdiskusi dengan ijah..Anny decide ambik picture yang TQ Tag Pertama line kiri number 2..
Yang tu akan dilekatkan kat jar dari Lurvering Doorgift.
Then untuk lekat kat beg goodies Anny ambik line kiri number 2 yang hujung sekali..
Yang untuk beg Anny dah berjaya memotong kecil2 sebanyak 200 keping..
Jom terjah..

Yang ni Anny nak lekat kat beg goodies..
Seronok bila dapat wat sendiri..
Sapa yang nak wat, kena try godek-godek link ni..
ruxique gifts
Bila tengok, Anny dapat kepuasan.. Alhamdulillah..
Sekurang-kurang mimpi kecil Anny hampir menjadi kenyataan..

p/s: Encik Tunam tanya, Anny sempat tak nak DIY sendiri semua benda??
Selagi cinta dia tak berubah, I.Allah Anny akan buat yang terbaik..


Regards,
Anny mak cik kuat membebel

Thursday, March 8, 2012

Review:Theme pelamin idaman

Assalammualikum dan salam 1 blogger,



Ingat tak kat checklist Anny ri tu..still pending theme color untuk pelamin rite..
Anny dah pening dok google perfect palette colour..
Still tak jumpa.. Adoiyai...

So ri ni, tiba-tiba rasa nak google mini pelamin..
Alhamdulillah, Anny dah jumpa..meh nak tengok..

comey kan..ase mcm nak gigit jer ase..hahahaha..

Meh terjah pelamin tunang Anny..

Mungkin ada orang kata ala biasa jer..bukan apa-apa pun..But for me, the time Anny nampak jer pelamin ni, hati Anny lompat-lompat dah..Anny sangat suka dengan hasil akak tu..


Meh nak kongsi ngan kawan-kawan bridal mn yang diberi mandat untuk majlis Anny..
Anny tak mampu nak hire bridal mahal-mahal..
Kewangan kena check gak..mana ley main tibai jer..
habis majlis hutang kiri kanan..
Mak cik takmo gitu k..

Sangat mudah berurusan ngan kak yanie ni..
Kalau B2B terengganu, try la add fb dia..
Kak yanie mudah terima pendapat kita, then dia akan tolong suggest latest design.
Hujung bulan ni kalau xde halangan nak balik terengganu..nak discuss tentg baju n pelamin..
Kak yanie tunggu k..jgn lari... ;)

P/S: Anny makin banyak keje..makin rasa terbeban dengan keje..tapi apa-apa pun urusan kahwin dan masa depan masih diutamakan..keje itu menjamin masa depan saya..


Tuesday, March 6, 2012

♥ TIPS PERKAHWINAN ♥

Assalammualaikum dan salam 1 blogger,



Anny sangat sibuk, entry ringkas copy and paste..
I.Allah akan update tentang diet and wedding preps..
love u olls..

♥ TIPS PERKAHWINAN ♥


1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.





Regards with love,
Anny

Saturday, March 3, 2012

Day 4 & 5 # Pencarian ideal - Jom Berperang

Assalammualaikum dan salam 1 Blogger,

Dear u olls,
Sorry lambat..
Janji tinggal janji..
Last minit tukar plan..
Weekend di rumah FMIL..

So seperti yang dijanjikan..
Menu untuk hari khamis dan jumaat..
Jom terjah:

01/03/2012

Pagi: Telan sebiji VCO
Breakfast: Roti Bun 2 ketul (inti cocunut) + Teh o
In Between: air suam
Lunch: Nasi suku pinggan + ikan kembung rebus + sayur 3 jenis + air suam
In Between: Big apple..1 je donut k ;)
Dinner: 2 slice Pizza Hawaiian chicken (Sila tumbuk mak cik)
Menu yang sangat berat..

02/03/2012

Pagi: Telan 2 biji VCO (semalam lupa nak telan b4 tido)
Breakfast: Mihun Goreng + Teh o
In Between: Mihun goreng + teh o
Lunch: Nasi sepinggan + kari kepala ikan + ikan gelama goreng + air suam
(MIL masak sangat sedap)
In Between: Bantai tido kekenyangan
Dinner: Rojak Keling 
Before tido: Telan sebiji VCO, then ambik setablet lagi cucuk boh kat muka dan letak kat rambut.

Kalau mak cik tak kurus jugak, sila salah kan jiwa makcik yang memang tak boleh tahan nafsu makan..I.Allah next week starting Monday nak start puasa ganti.Kenduri bulan 6, bulan 7 dah puasa..So better ganti awal dr tunggu last minit iaitu bulan 6..kang sian lak kat en suami (after bulan 6) aka incik tunang (before bulan 6)..


P/S: FMIL wat DIY pelamin..Cantik sangat..

Incik Tunang tengah cat kayu penganti kayu kerawang..Semangat DIY sampai tak sempat tukar baju keje..
Semalam dah pasang tirai and bunga2..
tak ley la upload pic,nant basi..
Kenduri 10 march ni..
Malam semalam FMIL wat solat hajat..jemput jiran-jiran mai makan..
Tak sampai seminggu jer lagi..
Tengok dia rileks jer..
Semoga Allah permudahkan segala-galanya..
Amin.

Tuesday, February 28, 2012

Day 2 # Pencarian ideal - Jom Berperang

Assalammualaikum dan salam 1 blogger,

Dear all, today masuk hari kedua..
Adoiyai. masih lupa nak timbang berat badan..
tapi tak pe..peperangan masih di teruskan..
go..go..go girls!!!!!

Hari ni hari kedua..
Psstttt..semalam cancel la mihun tomyam + air suam tu..
Teruk la mak cik ni..
betul2 tak tahan dugaan duniawi..

Gini ceriteranya..
Semalam tiba-tiba ajak incik tunang g Mesra Mall..
Baru ingat nak rembat sepasang sandal dr Carlo Rino..
Alik2 sandal yang nak dirembat tu takde size Anny..
Benggang punya pasal, tak pasal-pasal ajak incik tunang makan Pizza Hut..
What Pizza HUT!!!!! gila la ko pompuan!!!!!!!!

Oh encik lemak, bersuka ria la kamu semalam..
hari ni, kita try lagi k..
Kan comey kalau kamu kurus..
pujuk hati..
Jom check it out menu untuk Anny hari ni..
i.Allah



28/02/2012

Breakfast: Nasi lemak +  teh o
(lauk kerang..menu tak leh miss)
In Between: Air suam
Lunch: Mak cik skip
In Between: Air suam (i.Allah bergelen-gelen)
Dinner: I.Allah - Nasi Air + air suam
 
Hari ini sangat sibuk..
rasanya dah lebih 2km Anny berjalan setakat pagi tadi untill tengah hari..
Petang ni i.Allah akan spend dalam 1 hour ronda Yard..
Cadang nak bekerja malam ni..
Tubing dari platform banyak balik..
Keje monitor stacking tubing..
 
Ye kawan-kawan, nak tau macam mana upe tubing yang dah di stacking?? begini la rupanya.. sebelum ni tubing ni akan di bundle oleh wire sling..then memerlukan lebih kurang dalam 5 orang pekerja (panggil geng) sorang foreman dan sorang driver crane..hasil usaha mereka jadi la bentuk gini..
 
Really love my job!!!!!!
Alhamdulillah saya masih punya pekerjaan..
Masih punya punca pendapatan untuk bantu diri sendiri, family dan ekonomi.
 
 
Regards with love,
Anny (mak cik kuat membebel)
 

Monday, February 27, 2012

Day 1 # Pencarian ideal - Jom Berperang

Assalammualaikum dan salam 1 blogger.

Apa khabar semua??
ashummmmmm...bersin mak cik..
Banyak nyelah debu..
Tak mo cakap banyak..
(sebab tau xde org baca pun.. sedey)
I.Allah kalau xde halangan, tak sampai 3 bulan lagi..
(waaaaaa..3 bulan??preparation xde pun lagi)
dushhhh mak cik ni..
selalu je keje last minit..

Di sebabkan lagi 3 bulan, mak cik ni cadang nak wat peperangan..
jom kita berperang dengan lemak!!!!!!!!
Mak cik ni sejak keje, kejenya ternak lemak jer..
Diet2, sampai kesudah tak menjadi..

Jadi, mak cik ni berharap..
3 bulan ini, stories mories diari mak cik ni ley kawal selera makan mak cik..
So mulai sekarang, jom wat diari..


27/02/2012

Breakfast: Nasi minyak + gulai daging + teh o
(time ni x cadang lagi nak diet)
In Between: Buah mangga + air suam
Lunch: Mak cik skip
In Between: Jus nenas
Lunch: I.Allah - Mihun Tomyam + air suam

Regards with love,
Anny (mak cik kuat membebel)

Tuesday, January 24, 2012

Jom pakat serbu group Bride to Be 2012

Assalammualaikum dan salam 1 Blogger,

Ya Allah lamanya la tak post entry..
(permulaan macam biasa..nak gempak jer)
Kawan-kawan sihat x?? Still ada yang singgah tak kat blog Anny yang tak seberapa ni??
Tapi tak pe la..sebab dah lama tak post entry, ri ni decide nak post something..
 (sedang menghabiskan masa di tempat keje)

Erm nak mulakan ayat pun rasa malu + segan..
Sebenarnya Anny nak share something ngan kawan-kawan..
Dikalangan kawan-kawan semua..
Siapakah yang akan melangkah ke alam baru tahun ni??
(alam baru??pe ke benda tu.ko Anny nak wat metafora pun agak-agak la..btul ke metafora ni??)
huhuhuhu..
Siapa yang akan mengubah status single or enggaged to married this year??
Angkat tangan cepat!!!
(shayer..shayer..bayangkan dalam bentuk gedik)

Kalau ada kawan-kawan yang nak tukar status this year,
Sila la singgah kat link ni:

Banyak sangat info, sharing and also idea-idea kreatif dari kawan-kawan sepelusuk dunia..
huhuhuhu.
tak rugi la kawan-kawan..
Sharing is Caring rite ;)


P/S: Anny dah lama join, jarang sekali melontar idea..Selalu baca..tak sempat selalunya..Mak cik ni gila keje..Besok ase mcm nak MC jer..Demam panas.. =(

Friday, December 16, 2011

Please dear..Grow Old With Me..

Assalammualaikum dan selamat pagi..

Kamu..kamu.. Apa khabar??? Sihat tak?? Tengok kamu senyum je..sihat yer..Alhamdulillah..

Wah lamanya mak cik ni tak update..Sibuk?? Erm skop dunia makin mengecil lak Anny rasa..Dunia Anny keje, umah, family, diyana and tunam.. TUNAM a.k.a TUNANG?? Bila masa lak ni..ke mimpi??

Ha..ni la yang nak update ni.. Alhamdulillah 041211 ritu Anny sudah pun bergelar tunam orang.. Persiapan sebulan merangkap beli barang hantaran, bawak En Love kenal-kenal ngan family, cari baju, pilih pelamin dan juga kenduri berjalan lancar akhirnya.

Jom cuci-cuci mata tengok persiapan mak cik ni..

1. Acara berinai didalam kereta. (Sehari sebelum majlis,terima kasih diyana sebab ada untuk saya)


2. Barang hantaran belah Anny (terima kasih Adeq Ijah)


3. Hantaran belah lelaki.
    (Mujur ada kak long, kalau tak xde upe gini la barang hantaran dari belah tunam Anny)




4. Baju tunang Anny.
   (Thanks goes to my cousin.. Tq Kak Efa for the gorgeous dress. Sapa nak shopping leh la g  kat butik kak efa ni..E n D butik kat depan Midtown Hotels Kuala Terengganu.)


5. Pelamin Anny. (Pelamin yang cukup indah buat Anny.. Macam tak percaya pun ada)


6. Anny pada (04/12/2011).
(Mak cik ni make up sendiri je occay..kalau ada yang x kena tu..paham-paham jelah..bukan amatur)


7. Outdoor pun ada jugak??


Alhamdulillah selesai sudah..Kenduri wat kecik-kecik jer.. Semua yang hadir majlis ni family. I.Allah nant kenduri kawin Anny jemput semua ok..

P/S: Doakan jodoh kami kuat.