Mereka kawan saya

Tuesday, October 4, 2011

Rendah hati itu bagus!!

Assalammualaikum dan salam 1 blogger,

Buat tatapan dan sekadar berkongsi ilmu:

Hari ini kita lihat ramai sungguh orang menjadi begitu sombong. Ramai yang ego, angkuh dan bersangka buruk dengan orang lain. Seolah-olah dia saja yangbaik, dia saja yang betul, dia saja yang berilmu dan sebagainya. Sedangkan Islam melarang kita bersikap sedemikian. Islam mengajar kita untuksentiasa merendah diri dan bersangka baik dengan orang lain.

Tips berkesan untuk merendah diri

Apabila berjumpa kanak-kanak :Anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana belum dibebani sebarang dosa.

Apabila berhadapan orang tua :Anggaplah mereka lebih mulia kerana lebih lama beribadah daripada kita.

Apabila berjumpa orang alim :Anggaplah mereka lebih mulia kerana banyak ilmu.

Apabila melihat orang jahil :Anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya.

Apabila berjumpa orang jahat :Jangan anggap kita mulia. Sebaliknya, katakan mungkin mereka akan bertaubatpada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kita.

P/S: Tips ini diajarkan oleh Imam al-Ghazali dalam salah satu daripada kitabnya. Sama-sama lah kita amalkan tips ini agar kita terpelihara dari sikapsombong, angkuh, ego dan bersangka buruk dengan orang lain.

2 comments: