Mereka kawan saya

Thursday, April 7, 2011

Tough itu En Adam!!

Ingat x my entry bout this.. penang dan juga ini..penang again..setelah hampir dua bulan menyiapkan final project aka final report..hampir dua minggu bermalam di PKP( pusat kebudayaan pelajar) yang telah menjadi markas perbincangan kumpulan dan untuk sesi edit mengedit...Kemarin 05/04/2011 di Dewan Seminar B Pusat Konvensyen tepat jam 8.30 pagi sehingga 10.30malam menjadi detik tamatnya kesengsaraan pembelajaran kami..

Jom layan cerita sekitar hari kejadian..before meleret meh aku nak kenalkan korang ngan group aku..

gambar: ni la kumpulan aku..kumpulan no8..lucky number..5 orang wanita dan seorang lelaki..kat belakang tu Mr Elango..the person yang guide kami semasa di Penang..

 gambar: ini adalah aku pada hari kejadian..kul 7 pagi dah kejar bas..bertugas sebagai MT untuk makanan pada hari kejadian..manusia paling sibuk dan heels sangat menyusahkan aku..tapi tak pe janji mantain cun..cun ker??sila muntah..

gambar: begini la keadaan goup presentation..ni 1st group..kitaorng de 18 group yang akan buat presentation pada hari kejadian..group ni present bout North Port Klang..group ni jer yang aku sempat nak snap..yang lain aku memang tak sempat..mana nak sempat keje aku dok berlari dari dewan makan ke dewan seminar menguruskan makanan anak-anakku seramai 99 orang dan VIP En Adam..hahahaha

 gambar: group aku sedang tunggu giliran tuk presentation..presentation yang memakan masa 15 minit, 3 minit tuk video session n 10 minit tuk Q n A..ni la kawan-kawan yang dah banyak bersusah payah berjaga sepanjang malam tuk menghasilkan report..de gaya orang-orang hebat tak??de kan...sila jeles..


gambar: committee makanan sedang mengagih-agihkan makanan..xde aku kan..sebab aku dok sibuk melilau kiri kanan memastikan semua orang makan..nak kata grand..tak la jugak..tapi yang pasti makanan malam sedap and habis..Alhamdulillah..

gambar: ni la bebudak kelas Seminar Transport aku..yang kat tengah-tengah En Adam..ayat En Adam one whole bloody sem wif me may trained u all to be like me..korang nampak aku tak??

gambar: Ni la barisan MT and committee-committee..yang telah banyak bertungkus lumus menjayakan seminar day ni..

gambar: Cuba teka kenapa de hamper depan kami?? 
ST Seminar just over tonight...after a long hard work the last 3 months...... congratulations to Presentation Groups 10 & 3 (1st), 15 & 16 (2nd) and 1, 6 & 11 (3rd); Best Reports Groups 2, 8 & 9 (1st), 6, 7 & 13 (2nd); 3 & 4 (3rd). Best Presenters (Allan Foo and Dick Soo); Best Video Groups 11 (st), 12 (2nd) & 13 & 18 (3rd). Memories not just the dream along ur careers but a lifetime spend...good luck..

gambar: dapat teka tak??huhuhuhu..kumpulan aku di tabalkan sebagai 1st place untuk best report..perasaan??sangat bangga dan sangat berbaloi..terlalu banyak tekanan tuk menyiapkan report ni..aku sampai pernah putus harapan dengan course ni..aku sampai menangis tengah malam menyiapkan report ni..kalau diorang student LogTrans UUM.. tak kenal En Adam and tak sempat belajar ngan beliau,sama macam tak cukup tough la mereka nak bersaing kat dunia Logistics yang sebenar..


p/s: xde pe lagi yang aku nak mengarutkan kat sini..cuma belajar ngan En Adam buat aku menjadi matang..Sejuta ucapan terima kasih belum tentu dapat membalas jasa, ilmu dan pengalaman yang di beri oleh En Adam..I.Allah ke mana nant kaki ini melangkah.. pengalaman ini yang akan di bawa bersama..Kenangan ini sangat berharga..

No comments:

Post a Comment