Mereka kawan saya

Thursday, May 15, 2014

Resepi baby 8bulan dan ke atas.

Assalammualaikum semua!!!

Hari ni anny nak share resepi-resepi untuk baby.
Resepi semua hasil olahan sendiri dan hasil cekup-cekup ilmu dari mummy yang seangkatan.
Apa pun yang kita nak bagi baby makan, jangan lupa 4days rules.

1. Nasi Tomato.
Bahan-bahan dan cara memasak;
1. Tumis bawang kecil seulas, bawang putih seulas, halia sebesar 1/2in, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pegaga menggunakan olive oil.
2. Masukkan daging ayam yang dihiris halus.
3. Blend separuh tomato dan campurkan kedalam tumisan.
4. Tambah air dan masukkan beras.
5. Tanak sehingga nasi lembut.
6. Boleh blend kalau baby belum pandai mengunyah.


 2. Bubur Nasi.
Bahan-bahan dan cara memasak;
1. Tumis bawang kecil seulas, bawang putih seulas, halia sebesar 1/2 in, dan kulit kayu manis menggunakan olive oil.
2. Tambah air dan masukkan beras.
3. Masukkan daging ayam yang dihiris halus.
4. Nasi dah hampir lembut masukkan brokoli, 4biji kismis dan serbuk ikan bilis (homemade MSG).
5. Tanak sehingga nasi lembut.
6.Boleh blend kalau baby belum pandai mengunyah. Anny hiriskan daun sup biar wangi..


3. Nasi Arab
1. Tumis bawang kecil seulas, bawang putih seulas, halia sebesar 1/2in, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pegaga menggunakan olive oil.
2. Masukkan daging ayam yang dihiris halus.
3. Tambah air dan masukkan beras.
4. Masukkan carrot dan juga kismis.
5. Asingkan nasi dan juga kuah dicampur dengan homemade MSG .
6. Boleh blend kalau baby belum pandai mengunyah.
7. Kuah boleh dipanaskan bila nak hidang untuk petang hari.


 4.  Nasi Goreng + Nugget ayam.
1. Tumis bawang kecil seulas dan bawang putih seulas mengunakan olive oil
2. Masukkan daging ayam yang dihiris halus.
3. Masukkan nasi lembut.
4. Setelah agak sebati, masukkan sesudu kecil homemade MSG dan taburkan carrot yang telah di steam.
5. Sedia dihidang, boleh blend untuk baby yang belum pandai mengunyah.
5. Nugget pula anny celupkan dengan telur dan goreng dengan olive oil.


 5. Nugget Ayam.
1. Ambik bahagian isi ayam dan kisarkan.
2. Masukkan sesudu besar tepung gandum, sesudu kecil homemade MSG dan sedikit lada sulah( depend la nak buh or tak..kalau takut pedas better jgn bubuh)
3. Uli sampai agak-agak kental.
4. Asben anny dia super kreatif so dia buat bekas macam bekas kuih pelita menggunakan daun pandan.
5. Rebuskan sekejap sampai nampak macam dah masak (putih ayam).
6. Potong ikut suka.
7. Tahan seminggu buh dalam chiller.
8. Boleh bakar, goreng or celup telur macam kat atas.



 Ok buat masa ni..
5 Resipi. Anny pun try and error.
nant In Sha Allah anny up kan lagi resepi k.
Nampak macam tak sedap sebab tak de garam or gula kan.
Biar la..Bukan kita yang makan pun..
Seronok masak untuk Aisyah..
Sebab Aisyah bukan jenis menolak.. Semua dia telan (menurun fiil ibu)

Nanti kalau de masa anny share keburukkan gula and garam k.
In Sha Allah.



Regards,
Anny



Wednesday, May 14, 2014

Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman


Assalammualaikum and afternoon u olls,
Senyum je anny hari ni.
Apsal?
Semalam public holiday dan sempena umur Aisyah mencecah 11bulan, 
so we arrange untuk ke Zoo mini dan rekreasi Kemaman.

Kalau dari rumah anny almost 15minit la jugak.
Kitaorang pergi pukul 3, tunggu dah redup sikit.
Very the nice place.
Enjoy bawak Aisyah kenal animals and flowers.
She looks very excited every time ibu dia cakap..

Mana tak bulat mata, ibu dia pun lebih-lebih excited.
" Aisyah look.. thats tiger"
"Aisyah thats elephant"
"Aisyah bird..see how ibu pronounce Birdddd"
"Aisyah..Aisyah..Fish..fish"
"Waaaaaa..peacock..peacock"
Bayangkan!!!!

Snake anny tak bawak..
Giler ke..mau anny yang tak tido seminggu.
Animal boleh tahan banyak.. tak leh compare ngan zoo negara.
Sayang sangkar macam lama tak dibersihkan. 
They need to do housekeeping.

Ok enough anny!!!
Fee untuk masuk : Rm10 per person.
Train: Tak payah bayar. Apa?? FREE..FREE
Foods tak boleh bawak masuk.
(Tapi sebab Aisyah pakai stroller anny seludup je makanan Aisyah and bekal Nasi goreng)
Time buka: Every Day dari pukul 8pg- 5ptg

Dia ada tempat mandi manda suka ria.
Tapi tutup.. Ada renovation.
Ok la bukan kitaorang nak mandi pun.
Sorry tak de review pasal toilet and surau.
Tak review sebab anny tak masuk.

Ada taman Orkid. Tapi orkid tak berbunga langsung.
belum musim dia kot.
Ehhh orkid de musim ke??? Apsal orkid kat rumah berbungga je.

Overall from10 anny bagi 6.

Dah jom cuci mata.

Bab ambik gambar ibu tak pernah lupa. See mula-mula kitaorang jalan kaki je.
 Senang nak cakap and explain kat aisyah.

Proses pencantuman sel berlaku.

Proses mengenal haiwan.
Tu taman orkid dan taman permainan. Cantikkan.

Walaupun kemana travel, seboleh mungkin akan bawak makanan homemade Aisyah.
Bukan ajar Aisyah cerewet bab makan. Tapi seusia Aisyah belum boleh nak makan mewah macam kita dah dewasa.


Ok jumpa lagi for the next entry. 

Salam dan Regards,
Anny



Monday, May 12, 2014

Wan Aisyah Najihah

Assalammualaikum semua.

Allah lamanya tak update. Dekat setahun kot.
Jenuh aku pikir email and password.
Last update pasal berpantang.
Time tu bersalin pun belum lagi.
Choiiiihhhhhhh betul.

Dah delivery pun.
Kalau ikut dah de 2 baby.
Sayang baby no 2 tak lama dengan kami.
Aku keguguran 12w++.
Belum ada rezeki.

Now,
In sha Allah nak aktif balik.
Reason,
Mini diary for anak-anak.

Meh nak share anak aku,
Pengikat kasih sayang aku ngan husband.

Wan Aisyah Najihah ketika berumur 6hari. :)

Ok,
Promise to update always.


Lots of love,
Ibu.