Mereka kawan saya

Monday, March 21, 2011

Tolak Cinta Sahabat Karib

Assalammualaikum...

Terus menerus dengan cerita sahabat..mungkin sebab seorang kawan aku nak kahwin..jadi terasa macam aku akan kehilangan seseorang..dekat post yang sebelum ni.. tekan sini.. incik anonymous de tnya soklan..

bersahabat lame2 ni x bertuka jd cinta ke? 

untuk aku and dahan xpernah la incik..kami memang sudah tertulis menjadi kawan baik..tapi memang tak boleh dinafikan..kawan lama-lama memang boleh menukarkan perasaan tu..

anny??ko pernah tak terima luahan perasaan dari kawan baik ko??

jujur.. yer pernah..tapi aku tolak..tapi yang bestnya..aku ngan dia masih kawan baik..dan masih menjadi sumber rujukan setiap masalah aku..nak tolak kena guna cara betul..kalau salah cara tak pasal-pasal kita hilang kawan baik kita..ingat dia tak malu ker nak luahkan perasaan even kita ni kawan baik dia???

jadi hari ni aku nak share ngan korang tips macam mana nak tolak luahan cinta dari kawan baik..
  1. Menyatakan kepadanya secara berterus-terang bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya kerana kamu menganggap dia adalah sahabat karib dunia dan akhirat.
  2. Menyatakan kepadanya sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak mungkin boleh mengikut kehendak, arahan dan permintaannya.
  3. Kamu dan dia tidak sesuai kerana, selama ini kamu bersikap brutal ketika bersama dia dan tiada ciri2 kekasih yang sejati.
  4. Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerana ketika bersahabat pun anda tidak peduli dengan kehadirannya.
  5. Menerangkan kepadanya bahawa masih ramai lagi gadis/jejaka diluar sana yang mempunyai ciri2 pasangan yang diidamkan olehnya.
  6. Cuba mengelakkan diri kamu daripada bertembung dengannya ditempat kerja, sekolah atau ditempat yang anda dan rakan2 lain selalu berkumpul.
  7. Jelaskan padanya anda lebih sayangkan ikatan persahabatan anda daripada menjadi seorang kekasih yang perlu ada komitmen dan bersifat setia.
  8. Kamu jelaskan padanya bahawa kamu lebih mesra dan selesa sekiranya tetap terus berkawan sahaja kerana kamu sudah tahu perangainya ketika kamu menjadi sahabatnya dulu.
  9. Nyatakan padanya bahawa kamu sudah mempunyai calon dan bakal kekasih yang sesuai dengan diri kamu. Tapi harus diingat jelaskan secara baik kerana kamu mungkin hilang kawan baik yang kamu sayang.
  10. Bertegas dengan penderian kamu sekiranya kamu betul2 tidak dapat menerimanya. Ikut kata hati kamu dan jangan termakan pujuk rayu si dia. Akhir sekali katakan dan tegaskan kepadanya "KAU MASIH SAHABATKU" - sumber : tentangcinta
cara yang pernah aku guna ialah 1,3,7,8, n 10..orang lelaki ni mudah jer..diorang lebih selesa kalau korang jujur..tolak dengan lembut n bagi reason..diorang akan terima..and jangan malukan diorang..
hargai perasaan mereka..

mood: rindu nak hangout ngan my best buddies..

gambar: dari kiri berdiri:shah panjang, asrul, dahan, epul, shah.
ni la manusia-manusia yang pernah mengharu birukan hidup aku..de dua orang lagi tak masuk dalam pic ni fendi and hirun..ni last pic kita orang keluar ramai-ramai..then after aku dok kat kedah n terengganu, yang selalu jumpa aku dahan and epul.. shah panjang pernah dtg melawat aku kat uum..aku memang banyak kawan lelaki dari kawan pompuan sebenarnya..jangan tanya kenapa..
sebab aku sendiri xde jawapannya..




3 comments:

  1. Seorang sahabat bisa sajer menjadi kekasih hati tetapi seorang kekasih hati belum tentu mampu menjadi seorang sahabat..

    Lelaki tak pernah pilih kawan,chantek atau tak mereka kawan ajer tapi kalau perempuan nak kawan pilih yang chantek ajer..well hakak pon ramai kawan lelaki lagik berpanding gils..entahh, lebih senang kut berinteraksi dgn lelaki..mereka lebih cool..!!

    ReplyDelete
  2. hye, saya follow kamu. sudi2, follow la semula. hee :)
    http://fiqaliqafashionista.blogspot.com/2011/03/jgn-jadikan-blog-mangsa-keadaan.html

    ReplyDelete
  3. @ akak che nam : sokong la pe yang akak cakap..lelaki memang tak pilih dengan sapa diorang nak kawan..then kawan ngan lelaki diorang tak byk pikir benda remeh-remeh..

    @ fiqaliqa: sudah follow kamu..jgn lupa always gak jengguk2 n komen k.. :)

    ReplyDelete