Mereka kawan saya

Friday, December 16, 2011

Please dear..Grow Old With Me..

Assalammualaikum dan selamat pagi..

Kamu..kamu.. Apa khabar??? Sihat tak?? Tengok kamu senyum je..sihat yer..Alhamdulillah..

Wah lamanya mak cik ni tak update..Sibuk?? Erm skop dunia makin mengecil lak Anny rasa..Dunia Anny keje, umah, family, diyana and tunam.. TUNAM a.k.a TUNANG?? Bila masa lak ni..ke mimpi??

Ha..ni la yang nak update ni.. Alhamdulillah 041211 ritu Anny sudah pun bergelar tunam orang.. Persiapan sebulan merangkap beli barang hantaran, bawak En Love kenal-kenal ngan family, cari baju, pilih pelamin dan juga kenduri berjalan lancar akhirnya.

Jom cuci-cuci mata tengok persiapan mak cik ni..

1. Acara berinai didalam kereta. (Sehari sebelum majlis,terima kasih diyana sebab ada untuk saya)


2. Barang hantaran belah Anny (terima kasih Adeq Ijah)


3. Hantaran belah lelaki.
    (Mujur ada kak long, kalau tak xde upe gini la barang hantaran dari belah tunam Anny)




4. Baju tunang Anny.
   (Thanks goes to my cousin.. Tq Kak Efa for the gorgeous dress. Sapa nak shopping leh la g  kat butik kak efa ni..E n D butik kat depan Midtown Hotels Kuala Terengganu.)


5. Pelamin Anny. (Pelamin yang cukup indah buat Anny.. Macam tak percaya pun ada)


6. Anny pada (04/12/2011).
(Mak cik ni make up sendiri je occay..kalau ada yang x kena tu..paham-paham jelah..bukan amatur)


7. Outdoor pun ada jugak??


Alhamdulillah selesai sudah..Kenduri wat kecik-kecik jer.. Semua yang hadir majlis ni family. I.Allah nant kenduri kawin Anny jemput semua ok..

P/S: Doakan jodoh kami kuat.

Friday, November 25, 2011

Question and answer for interview - Part ii

Assalammualaikum dan salam 1 blogger,

Hai semua,apa khabar? Sihat? Sejak post regarding saya sayang BF awak, Anny rasa macam malu jer nak post apa2. I’m confessed that I’m doing the bad thing, hurt someone, and be evil character. Tapi siapa lah kita untuk menidakkan ketentuan Allah. I love him, I want to be his wife, mother to his son, I want to spent my whole life with him. Anny tau Anny mampu bahagiakan dia.. So why shud Anny undur diri? Anny percaya pada jodoh. Tak mau dabik dada, cukup la letak tangan dihati, Alhamdulillah cinta ini berbalas, dan Anny harap Allah tak tarik balik rasa syg dihati Anny dan juga dihati dia. YaAllah dekatkan lah selalu hati kami.

Ok cukup soal cinta, tak seronok la discuss hal ni..Jom kita bincng tentang keje.. Sapa yang masih menganggur?? Siapa yang akan menghadiri interview? Kali ni sekali lagi Anny nak share with all of u, famous amos question to be ask and how to answer that’squestion versi kedua..Jom ramai2 terjah.

Q.Why are you considering leaving your present job?

A. Regardless of the reason, do not bad mouth your current employer.Negativism will always hurt you. Good answers include: “There is no roomfor growth at my current employer. I am looking for a company with long term growth opportunities”. “Due to a company restructuring, my entire department is relocating to Florida. I was give the option of moving, but do not wish to relocate”. “My current company is not doing well, and has been laying off employees. There is no job security there, and more layoffs are expected”.

Q.What are your goals for the future?

A. “My long term goals are to find a company where I can grow,continue to learn, take on increasing responsibilities, and be a positivecontributor”.

Q.How do you handle stress and pressure?

A. “I find that I work better under pressure, and I enjoy working inan environment that is challenging.” “I am the type of person that diffuses stress. I am used to working in a demanding environment withdeadlines, and enjoy the challenges.”

Q.We have met several candidates. Why are you the one we should hire?

A. Give definite examples of your skills and accomplishments. Be positive,and emphasize how your background matches the job description. (question-and-answers-for-interview.)

Q.What do you know about our company?

A. This question is used to see if you have prepared for the interview.Candidates that have researched the company are more appealing. Companies likeprepared, organized candidates.

Q.What are your greatest strengths?

A. Be positive and honest. “My greatest strength is maximizing theefficiency of my staff. I have successfully lead numerous teams on difficultprojects. I have an excellent ability to identify and maximize each of mystaffs strengths.” Give examples.

Q.Tell me about your greatest weakness?

A. It is very important to give a strength that compensates for yourweakness. Make your weakness into a positive. “I consider myself a 'bigpicture' person. I sometimes skip the small details. For this reason, I alwayshave someone on my team that is very detail oriented.” Another goodanswer: “Sometimes, I get so excited and caught up in my work that Iforget that my family life should be my number one priority.”

p/s: Harap ini dapat membantu. Apa pun yang kita buat, ikhlas dan yakin. Inya'Allah. Gud luck semua..




Wednesday, November 16, 2011

Friday, November 11, 2011

Langkah pertama # Bertandang dan bertanya khabar

Assalammualaikum dan salam 1 blogger,




p/s: Balik terengganu berdua, tetapkan tarikh dan bincang-bincang.. Semalam dia pening, nervous.. Abah makin susah hati..

Wednesday, November 9, 2011

Wordless Wednesday # 2 : Lazy Wednesday

Assalammualaikum dan salam 1 blogger,


p/s: semua ni tipu, sebab mak cik baru sudah mandi dan perlu bersiap untuk kerja malam. I miss my student live.

Saturday, November 5, 2011

Aku mahu hidup juga

Assalammualaikum dan salam satu blogger,

Buat renungan dan pengajaran.

Bulan ini sudah hampir sembilan bulan aku dikandung ibu dan di bawa kesana ke mari.Rasanye sudah tidak sabar lagi untuk aku keluar melihat dunia.Aku sering mendengar cerita ibu tentang keindahan dunia.Betapa cantiknya alam ciptaan Tuhan ini.Dan yang paling aku nantikan,Ialah menatap wajah ibu ku.Ah!Sebulan ini bagaikan setahun rasanye bagiku.

Masa yang aku nantikan akhirnya tiba jua.Dengan payah,dengan jerit tangis dan sakitnya,akhirnya aku dilahirkan.Sebaik keluar,aku mejerit dan menangis ketakutan.Bilik kecil itu begitu asing bagi aku.Aku berasa begitu takut melihat dunia.

Tiba-tiba,aku dipeluk oleh seorang manusia seperti aku.Aku membuka mata dan melihat kearah manusia itu.Oh!Inilah ibu.Ibu yang mengandungkan aku dengan susah payah selama sembilan bulan.Cantik orangnya.Apabila ibu mendakapku,terasa aman jiwa ini.Aku behenti daripada menangis.Aku begitu selesa berada dalam dakapan ibu.

Aku memerhati sekeliling .Ayah,di mana ayah?Aku ingin menatap wajah ayah.Tapi ayah tiada.Ibu sebaliknya memberikan aku kepada seorang wanita lain..Aku tidak tahu siapa wanita itu,lalu aku kembali menangis.Lantas wanita itu menyuapkan aku sebotol susu dan aku menghisap semahu-mahunya.

Tidak lama kemudian,aku melihat ibu bersiap-siap.Ibu…ibu mahu ke mana?Ibu tidak menjawab pertanyaan ku itu,sebaliknya berlalu keluar dari bilik itu bersama wanita yang sedang mendukung ku ini. Aku menjadi pelik,,kenapa ibu tidak mahu menggendong aku.Bukankan aku ini anaknya?Selama sembilan bulan aku menunggu untuk wajah mu ibu,kenapa tiba-tiba ibu bersikap dingin tehadap ku?

Kemudian,ibu dan wanita itu menaiki sebuah kereta.Ibu memeluk ku erat,matanye tepat memandang ke wajah ku.terasa begitu bahagia apabila aku dapat menatap wajah mu ibu…

Aku melihat sekeliling.Gelap.Ada bulan diatas sana dan disekelilingnya bekelip-kelipan jutaan bintang.Alangkah indahnya dunia ini.Mungkin inilah yang  ibu katakana sebagai malam. Sedang aku mengelamun,tiba-tiba kereta yang aku naiki besama ibu berhenti disebuah taman permainan kanak-kanak.Wanita itu kemudiannya mengambil aku dari pangkuan ibu.Aku kembali menangis.Entah mengapa,aku benar-benar tidak selesa dengan wanita itu.

Aku memandang wajah ibu dengan tangisan dan teriakkan ku.Namun,ibu hanya melihat aku dengan pandangan yang sayu.Kemudian dia berpaling kearah lain.Wanita itu membawa aku pergi,lantas menletakkan aku diatas tanah yang berumput,bersebelahan dengan tong sampah yang ngeri baunya.

Aku menangis dan menjerit.Kenapa letakan aku disini!Aku mahu kembali ke pangkuan ibuku!Mana ibuku?


p/s: Jangan pikir SEDAP jer..Setiap yang bernyawa itu ada harganya. and one more thing, Selamat Hari Raya Aidil Adha. Sama-sama kita imbas kembali sejarah Aidiladha. Ianya adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
     

Wednesday, October 26, 2011

Friday, October 7, 2011

Cili Merah Seksyen 9 Shah Alam

Assalammualaikum dan salam 1 blogger,

SEKADAR BERKONGSI CERITA UNTUK DIJADIKAN PENGAJARAN-

Cili Merah Seksyen 9 Shah Alam

Bukan hanya kat Cili Merah ajer,kat mana-mana restaurant pun kita kena berhati-hati…
 
Monday, September 19, 2011

TRAGEDI SEPTEMBER - Aisya'sstory

Sesungguhnya aku sampai skg macam tak percaya benda ni happened sekelip mata. Memang totally bodoh la mamat waiter tu sekali bodoh dengan owner kedai yg menabur janji palsu. Melayu buat melayu. Damn melayu. Bravo man!
 
Outing dinner with my family. Aisya sat in the baby chair. Baby chair IKEA white tu. So by the time food sampai. Time tu waiter bwk fried rice on left hand, and hot tomyam onright hand, WITHOUT A TRAY! . Aku ni pn kalau masak maggi nak makan kt depan sambil tengok TV pn bwk pakai dua tangan okeh.Then just put the fried rice first on the table and bila dia letak hot tomyam tu. Aku budget tangan dia mesti dah tak balance bwk bowl tu sebab sup dah la penuh pastu bowl besar lagi.. Sekali bila dia letak, terus slip, fall totallyand only to Aisya.
 
What u can expect that time?
 
Aku panik gila! Aku tak tau nak buat apa. Then my hubs terus angkat dia bwk pegi sinki. Curah atas air pili. Sambil aku pn menyimbah2 sekali. Sambil Aisya non-stop meraung! Pastu ada plak ntah siapa yg trying to help la. Bwk telur, pecahkan telur atas badanAisya. Bwk air batu letak atas Aisya. Pastu ada kedai lain pn datang letak minyak habatussauda atas badan Aisya. But it doesn't help at all. Aisya still crying out loud!
 
We straight away headed to KPJ Sec 20, Shah Alam. Aku punya menangis tak payah cerita la. Macam gaya dah hilang anak. Blh gila! Dengan service KPJ frankly speaking lembab nak mampus.Relax2, cool2, budget nak bagi aku tenang. Kepala hotak dia la anak aku dah melalak takde suara, takde air mata. The best part the doctor instructed nurse itu ini, begitu begini, tp tak pegang anak aku langsung. Touch la patient atleast u know la kan. Memang keje aku ni membodohkan org sebab semuanya tak ada akal!
 
Then terus discharged sebabdoc kata keadaan Aisya tak kritikal. Just bagi paracetamol. Then blh datang on Monday la for appointment. Lagi aku menyirap dah! Pehh..! Memang ni tak blh jadi. Aku pn rasa macam tak sedap hati jek. So me and hubs discuss kejap and we decided the doctor siapkan referral letter utk di bawa ke Pantai Specialist malam tu jugak.
 

AISYA'S FINGERS MENGGELEMBUNG DAN BENGKAK. HANYA IBU JARI SAJA YG SELAMAT

WORST THIGH! MASAK DAGING ANAK AKU!


KPJ PUNYA HASIL KEJE

KESIAN AISYA. SABAR YE NAK.. :(
 

Sampai PMC dekat pukul11pm. After bukak balik balutan KPJ buat tu and letak ubat sikit and re-balut,doctor standby said dia tak blh decide apa2 buat masa skg. Dia kne refer this case pada Pakar Bedah dan Pakar Kanak-Kanak. Ok fine aku faham itu bukan bidang dia and at least bagus la sebab ada initiative nak menyelamatkan anak aku ni.The next day tu adalah Sunday okeh. But still arrangement dorg buat with doctor blh datang on Sunday tu.
 
Next day hantar Adre to my parents hse and headed to PMC. Pakar Bedah tunggu kitorg sikit punya lama sebab janji pkl 9am tp sampai 1 hour later. Nampak tak commitment doctor tu. Macam tua ku confident la. Then discuss punya discuss Dr. Manoh bagi 2 option. Satu kne dressing everyday yg menyakitkan, lambat baik, lambat physio, tp murah sikit la. Dua kne undergo an operation, put an artificial skin,cepat baik, blh cepat pergi physio tp costly. Aku time tu cuma fikir nak anakpulih sediakala so aku pilih option 2 as option tu pn yg terbaik. And as doctor advise jugak la.. Tp dia plak kata time tu kne tunggu opinion Pakar Kanak-Kanakplak. So Aisya memang dah di-assigned dengan Dr. Ganesa since lahir so after1/2 an hour doc pn datang. Gedebak gedebuk discuss itu ini terus kne admit.Cuma ward penuh aku tunggu 2-3 jam jugak la kt waiting room. Tp sebab waiting room comfort habis siap ada astro so no complaint.
 
Sunday tu admit masuk antibiotik, masuk painkiller supp and bukak balutan biar dia expose. Tak ada terkatup jek. Aisya stayed in single room isolation. Dr. Ganesa sendiri yg requested the room from admission. Malam tu drip air and last milk will bebefore 5am. Operation adalah pkl 9am esoknya. So Aisya kne puasa. Tp huru-hara jugak la sebab dia dah biasa bf. Asal lebih kurang 5-6am macam tu dia dah menyondol2 cari punca makanan dan minuman. Kesian gila aku tengok. Nak jek aku sumbat tp nanti operation jadi bukan2 naya plak aku kne marah. So cekalkan jekla hati tengok anak berlapar.
 
Monday, alhamdulillah operation lebih kurang 2 hours was successful. Aku kne salin baju macam pekeje OT utkmasuk bilik pemulihan tenangkan Aisya sebelum transfer ke ward. Time tu hancur luluh lagi hati tengok anak aku terlantar menggigil2 sejuk sampai selimut pn bergetar dengan oxygen dengan menangis kesakitan dalam tak sedar tu macamaaa.. aaa.. aaa.. She's just 7 months ok! Kesian Aisya! :(
 
Aku zikir kt telinga Aisyasambil gosok2 badan dia, tangan dia. Ok jugak la dia calm down. Aku tau benda tu sakit. Sakit tak tertanggung utk baby macam dia. The procedure was dead skinsemua kne buang and ganti with an artificial skin. It's a collagen from ususkambing biri-biri. Then later slowly new skin will develop under the artificialskin. Artificial skin tu akan jatuh sendiri la umpama macam salin kulit. But just imagine macam jari2 Aisya tu satu2 kne buang kulit and balut baru and hujung jari telunjuk Aisya bengkok sikit. Maybe sebab masa tomyam tu tumpahterlalu panas sampai effect kt hujung jari.
 
Aku memang tak blh terima..
 
Then Aisya transferred to HDU ward utk pemantauan and next day dah masuk ward biasa. Ahamdulillah Aisyaok. Tp merengek, menangis, meraung sampai serak2 suara until today. Cuma night before discharged to jek dia tdo lena. Aku? Memang penat. Penat mental sebab sakit hati sekali. Penat jaga anak takpe la sebab dia baby apa yg dia tau. Nak cakap tempat mana yg sakit pn tak reti..
 
Janji owner restaurant tu nak datang visit adalah 2 kali janji tp tak datang. Hello come-on ok.Aisya stayed for 6 days at hospital tak kan la takde 1 hari yg free utk concern pasal budak ni sedangkan the next day after Aisya kne tu laki aku dah jumpa diadiscuss nak settle macam mana. He only think it was an accident. Ok fine forme! Tp ia adalah juga negligence yg tak patut berlaku. Your waiter should follow the procedure how to serve customer with the right way. Apa bangang sangat pergi serve hot dishes near to baby and without a tray? Sekali pn kalauAisya sentuh dia at that time, still aku tetap tak salahkan anak aku sebab baby7 bulan ada akal ke??? Aku pn for sure tak sempat nak tarik anak aku time tu coz things happen very fast. Only in a second!
 
Sakit hati aku sebab dia tak nak kerjasama and the best thing aku rasa dia takde perikemanusiaan langsung. Semua org kalau tengok gambar Aisya macam tak blh terima keadaan anak aku tu. Macam tak sepatutnya things like this happened. Tp aku tak faham owner restaurant tengok gambar tak feel apa2 ke?
 
Aku bukan kemaruk nak duit pn. Money is not everything BUT EVERYTHING IS MONEY!! Now aku kne amik unpaid leave utk jaga Aisya 1 to 1. Tak bergaji dah menjadi masalah aku. Dah la tu kne duduk aircond 24 hours. Bill confirm mencanak2 naik.Banyak la cost yg tak tertanggung. Belum masuk hidden cost.
 
At least sebagai seorg manusia yg ada tanggungjawab tunjuk kan la keprihatinan. Kalau tak ada feedbackyg jelas.. Tengok jek la nanti what i can do..
 
U know where is CILI MERAH SEC. 9 SHAH ALAM...
 
AFTER OPERATION

MORFIN INSERTED AS PAINKILLER

AISYA DAH SEDAR TP STILL MAMAI2



AISYA STRONG BABY
 

NEBULIZER UTK LELAH TREATMENT


P/S: Kecian adeq aisya, semoga mama n papanya sabar n tabah k..Anny doakan semoga adeq Aisya sihat dan kembali girang macam dulu-dulu..Buat kawan-kawan kat sana, berhati-hati di mana-mana pun..kemalangan tak berbau..

Tuesday, October 4, 2011

Rendah hati itu bagus!!

Assalammualaikum dan salam 1 blogger,

Buat tatapan dan sekadar berkongsi ilmu:

Hari ini kita lihat ramai sungguh orang menjadi begitu sombong. Ramai yang ego, angkuh dan bersangka buruk dengan orang lain. Seolah-olah dia saja yangbaik, dia saja yang betul, dia saja yang berilmu dan sebagainya. Sedangkan Islam melarang kita bersikap sedemikian. Islam mengajar kita untuksentiasa merendah diri dan bersangka baik dengan orang lain.

Tips berkesan untuk merendah diri

Apabila berjumpa kanak-kanak :Anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana belum dibebani sebarang dosa.

Apabila berhadapan orang tua :Anggaplah mereka lebih mulia kerana lebih lama beribadah daripada kita.

Apabila berjumpa orang alim :Anggaplah mereka lebih mulia kerana banyak ilmu.

Apabila melihat orang jahil :Anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya.

Apabila berjumpa orang jahat :Jangan anggap kita mulia. Sebaliknya, katakan mungkin mereka akan bertaubatpada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kita.

P/S: Tips ini diajarkan oleh Imam al-Ghazali dalam salah satu daripada kitabnya. Sama-sama lah kita amalkan tips ini agar kita terpelihara dari sikapsombong, angkuh, ego dan bersangka buruk dengan orang lain.

Monday, October 3, 2011

Halal untuk darah daging

Assalammualaikum dan salam 1 blogger,

Hye semua, apa khabar? sihat?

Anny nak kongsi ilmu ngan kawan-kawan ri ni..Jom luangkan masa seminit dua kat sini.. 

All begin from home and pasti kan makanan kita yang halal i.e baik dari bahan dan juga punca duit yang kita beli ada lah halal. Rasa nya kalau kita buat analisa, kemewahan hidup kita hari ini adalah keberkatan hasil titik peluh abah dan mak yang HALAL memberi kita makan dan membesarkan kita semua

So, lets continue this legacy....

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinyadoa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.


Kedua:
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihatdunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.


Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid (THIS IS FOR THE GUYS) - It's notmandatory for the ladies) terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana punlangkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukankerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang berimanuntuk memakmurkan masjid Allah.


Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah,kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.


Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, danmalaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.


Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Katakhalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa iaakan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikatdengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".


Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yangterjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, makakita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu adapenghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya.Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikirberbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia darisifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

P/S: Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

Saturday, September 10, 2011

Saya sayang BF awak.

Asslammualaikum dan salam 1 blogger.

Hye semua, apa khabar? lama Anny tak update blog rite.. Bersawang-sawang sudah..Dunia Anny sangat sibuk akhir-akhir ni. Tinggal beberapa hari je lagi untuk menghabiskan sesi praktikal. Harap semuanya OCCAY..

Ingat tak entry ni puasa dan raya : Bukan story tentang raya k kawan-kawan, Anny janji nak cerita tentang kisah chenta..Ingat tak??

Anny tak tahu nak mulakan kat mana kawan-kawan..Hati Anny gundah gulana sejak perkara ni berlaku..Sayang tu ada sejak kami berkawan, Rindu semakin dalam, Manja semakin menjadi-jadi..

1st time dia ajak Anny keluar makan, Anny tolak..Kedua dia ajak lunch sama-sama, Anny tolak jugak..Bersebab Anny tolak walau pada mulanya reason keluar makan hanya sebab rakan sekerja. Bulan puasa baru-baru ni, dia ajak lagi untuk kali ke3, ntah apa sebabnya Anny angguk..Cukup di situ.(Segan tuk menolak tuk kali ke3) Kami berbual, semuanya nampak manis.

Ntah macam mana, setiap kali ada event kat mana-mana berbuka puasa, mesti Anny g ngan dia.Rasa selamat buat Anny ikut jer rentak percaturan yang sedang Anny lakar.

Niat untuk berkawan terpesong jauh. Anny semakin lari dengan prinsip yang Anny pegang. Anny sedang melakonkan watak jahat. Watak yang paling Anny benci di dunia ini.

Anny minta maaf kamu.. Memang kamu tak ada salah apa-apa ngan Anny, kita tak pernah kenal pun. Siapa sangka kita sayang lelaki yang sama. Mungkin ada sesekali Anny menggoda dia, mungkin ada sesekali Anny melirik buat jantung dia berhenti..Dan mungkin ada sesekali buat dia ketawa senang hati. Tapi tak pernah sekali Anny menghasut dia tinggalkan kamu. Tolong bahagiakan dia..

P/S: Apa yang patut Anny buat?? Shud he know that  love him? Shud I tell him that I want wif him every second, shud he know that i miss him?? Mungkin hubungan ini tak kemana. Biarkan hati ini sentiasa sepi.

Wednesday, August 31, 2011

Ucapan Hari raya Aidilfitri

Assalammualaikum dan salam 1 blogger,

hye semua.. Alhamdulillah kita dah masuk syawal ke-2.. Maca mana diet? Pe xley kawal? Semua rumah hidang makanan sodap-sodap? Aishh Anny pun macam tu.. Rosak-rosak..

Anny tak tau nak update apa.. Cerita tentang raya, beli baju raya kosong harga RM60, habiskan masa hampir 6jam untuk jahit manik di leher dan lengan..Itu je yang mampu Anny wat tuk naikkan seri baju..Tamat disitu.. Shawl pinjam ijah punya, kasut a.k.a sandal reuse jer.. Manusia ni tengah kedekut belajar berjimat cermat.


Merujuk tajuk di atas, Anny nak ucap :




dan ucapan dari Anny sekeluarga:
Andai jemari tak sempat berjabat, Jika raga tak bisa bersua.
Bila ada kata membekas luka, Semoga pintu maaf masih terbuka.
Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
With luv and hug: Annynawati Syamsurizal dan keluarga.



P/S: Seperti biasa syawal ke-2 bergerak ke KL, ziarah keluarga abah. Time raya jer boley nak jalan-jalan..Sepanjang tahun mencari rezeki tuk sesuap nasi.Terima kasih mak n abah.

Monday, August 29, 2011

Puasa dan raya

Assalammualaikum dan salam 1 blogger,

Apa khabar semua?? Sihat? Anny harap sangat kamu, kamu dan kamu sihat walafiat.. Semoga rahmat dan hidayah Allah sentiasa bersama kamu, kamu dan kamu.. AMIN.

Lama sungguh Anny tak update’n.. Bulan puasa memang tak sempat Anny nak update. Kat ofis jgn harap la dapat curi masa nak online.. There have a lot of new thing yang Anny kena belajar. Keje ngan belajar suasana dia lain.. Belajar kita diberi soalan dan kita disediakan pelbagai buku dan  internet untuk tolong kita jawab tapi keje, de task and kita kena spend masa ngan orang yang berpengalaman untuk tahu how to solve the problem.. Ingat orang lain xde keje ke?? Semua orang de task masing-masing, and bersabar itu yang penting.. Deal with person yang memerlukan kita untuk bertindak luar biasa mampu mengubah kita menjadi extra ordinary person.. I.Allah

Cerita tentang bulan puasa.. apa dah basi?? Bior ler..nak cerita jugak.. dalam 4minggu berpuasa, hanya seminggu jer Anny bukak puasa di rumah, dan selebihnya diluar rumah.. luar rumah bukan bermaksud di beranda rumah occay, tapi RESORT, HOTEL, RESTORAN even kat tengah PADANG pun ada.. Pengalaman ni yang xde zaman belajar dulu.. Dulu zaman belajar hari-hari mengadap muka kawan yang sama..Hahaha..enjoy jugak.. tapi tahun ni, memang seronok. Dari satu hotel ke satu hotel yang lain..Hancuss diet den..dulik lak..Bukan selalu den dapek makan sodap-sodap. Tapi sesedap mana pun di HOTEL, RESORT even RESTORAN still tak ley challenge masakan mak.. Mak I mishhh u soooo much.

Cerita tentang raya lak, mest sekarang semua orang tengah update baju color apa, kasut color apa.. sytle apa nak pakai shawl pagi raya.. But Anny jujur cakap, Anny belum shopping apa2 pun lagi..Masih di my work station, need to submit inventory report for August. Oh gosh, Anny rindu zaman belajar..Sepanjang bulan puasa, Anny sempat tolong mak dua hari jer kat bazar. Tak dapat nak cari duit lebih bulan ni. Elaun untuk bulan 8 akan masuk 15hb09.. Elaun bulan tujuh dah habis bayar sewa umah, minyak kereta dan belanja.. Eden nak cekau mana duit beli baju raya.. Ada sapa2 yang murah hati nak hulur duit kat saya?? (sambil wat mata kilau-kilau berharap)

Cerita praktikal, tinggal sebulan je lagi Anny bergelar trainee, I.Allah kalau de rezeki mungkin Anny kekal di sini.. Kalau tak de rezeki.. manganggur ke aku ni?? Biar masa menentukan.. Resume belum lagi di edar-edarkan..Ingat kad kawin ke ley guna edar-edarkan..hahahahha..bior ler..Alhamdulillah semuanya kat sini occay..terlalu banyak benda baru yang Anny belajar kat sini..

Cerita chenta.. wah yang ni mesti yang syok-syokkan.. Yang ni biar entry lain.. Terlalu panjang untuk dicoret-coret di sini.. I.Allah di sini jugak nant Anny lepaskan segala-galanya..Yang pasti hati sudah di ketuk.. SENYUM..




P/s: Mata kadang salah melihat. Mulut kadang salah berucap. Hati kadang salah menduga. Maafkan segala kekhilafan. Mohon maaf lahir dan batin. Selamat hari raya Aidil Fitri. Saling bermaaf-maafan kita ya.

Friday, August 19, 2011

There are no perfect fathers.

Assalammualaikum dan salam 1 blogger,

Kamu semua apa khabar?? sihat?? Alhamdulillah Anny masih bernyawa walaupun batuk nak selalu gegarkan jantung ni..Cepat la sihat wahai badan.. ;)

Semalam Anny de post cerita tentnag mak kan?? Ri ni Anny nak share video tentang abah lak.. Cerita ni sedey sangat.. Meh kita uji kental tak hati kita lepas tengok video ini..

video

P/S: Air mata tak berhenti menangis..Sesungguhnya mak n abah insan yang paling dekat dengan kita, yang mencintai kita tanpa sebarang alasan, yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk kita.. Semoga diri ini sentiasa sedar pengorbanan dan sentiasa ingat jasa mereka.. There are no perfect fathers. But a father will always love perfectly. Ya Allah KAU ampuni la dosa ibu dan bapaku, dan KAU kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihiku ketika kecil..AMIN

Thursday, August 18, 2011

Wajib baca: Mana mak??

Assalammualaikum dan salam 1 blogger,

Mak cik anny penat..penat sangat-sangat..aik ngeluh lak Anny ni kan..macam mana la life kalau dah betul-betul keje.. Baru praktikal pun dah gatal-gatal usha operation malam hari.. Bior ler, saya trainee terbaik bukan???

Ri ni Anny masih nak share email dari seorang sahabat.. Semoga yang baik itu kita jadikan tauladan dan yang buruk itu kita jadikan pengajaran..Amin..

As-Salam…..
Untuk tatapan dan renungan semua anak-anak dan mak-mak….semoga ianya tidak berlaku kepada kita ya………..
"Mana Mak?'

Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
 
Dua puluh tahun kemudian
 
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh  menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
 
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?". Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak. Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.  

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini. Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham. Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi. Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam. Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."

Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.” Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
 
Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya. Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , " Mana mak ?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"    
Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan " Mana Mak? " masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa
. Kata
Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya . Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


Monday, August 15, 2011

Semanis Kurma- muhasabah diri.

Assalamualaikum,

Ri ni Anny just nak share emel dari sahabat.

Dear Anny, free ker??Spend seminit dua baca statistik ni occay..Cuci mata and minda..

Saya paparkan statistik berkenaan umat islam di Malaysia utk renungan kita bersama:

1. 50% sahaja umat islam di Malaysia memiliki Al-quran di rumah dan hanya 5% membacanya dan 1% lagi membaca tafsirannya

2. 80% umat islam memliki ASTRO decoder dan hanya 5% menonton ASTRO OASIS

3. 70% umat islam tertarik dengan perkara yg membawa kepada "Karnival" atau unsur yg membawa kepada hiburan

4. 50% menyokong program seperti Akedemi Fantasia, Tomtombak, Mentor dan rancangan yg seumpamanya

5. Hanya 10% umat islam dari satu taman perumahan yg membantu masjid atau surau di sebuah kawasan

6. Hanya 20% yg menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama

7. 80% remaja hari ini tidak reti atau tidak pandai mengaji

8. 90% remaja atau kaum wanita suka berseluar panjang dan memakai T-Shirt

9. 80% pasangan baru yang belum berkahwin akan menonton wayang setiap bulan di panggung wayang

10. 95% umat islam tidak pernah mencari atau pergi ke kelas mengaji untuk mendalami ilmu agama islam itu sendiri

11. 95% wali kepada pengantin perempuan tidak tahu syarat-syarat sah mewalikan anak mereka dan 99% bapa menyerahkan pernikahan anak mereka kepada berwlikan imam

12. 100% anak-anak islam bawah 12 tahun cenderung kepada kartun seperti Ultraman, Mask Rider, Digimon, Pokemon dan banyak lagi kartun seperti ini yang unsurnya merosakkan minda

13. 50% umat islam adalah kaki botol dan minum arak

14. 50% pasangan yg telah berkahwin dan dan mempunyai anak mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain dan mempunyai tabiat melanggan pelacur

15. 90% cenderung kepada keduniaan dengan ingin memliki rumah mewah, kereta mewah dan duit yg banyak

16. Hanya 30% umat islam lelaki menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu

17. 3% umat islam menunaikan solat suboh secara berjemaah di masjid atau surau setiap hari

18. 90% umat islam tidak ambil tahu tentang soal kejiranan atas konsep tidak suka jaga tepi kain orang

19. Hanya 10% umat islam yang akan membantu saudaranya yg lain terutamanya dalam soal duit

20. Dan hanya 1% sahaja umat islam yang mengetahui Sifat 20 dalam ilmu ketuhanan

21. 90% umat islam percaya, faham, berkehendak, terikut-ikut kepada benda yang Tahyul, pelindung diri, pelaris business, tarik duit, seri muka, kebahagiaan rumah tangga, santau, pukau dan semua elemen yg menjuruskan kepada Syirik kepada ALLAH

Saya paparkan semua statistik di atas usaha untuk menyedarkan diri saya sendiri dan saudara saudari tentang betapa kroniknya kefahaman islam di negara kita sendiri hari ini. Dari peratusan yang tinggal berapakah yang boleh digolongkan kepada "orang muqmin" dan berapakah yang boleh digolongkan sebagai "Makhluk"

Sama-samalah kita buat kiraan untuk diri kita sendiri,

Yang paling penting, selepas kiraan dibuat, adakah kiraan itu dapat menyedarkan dan mendekatkan kita dengan ALLAH S.W.T?

Wallahua'alam

P/S: Time dapat emel ni Anny termenung seketika, tak dinafikan ada betulnya..Bila la nak berubah.. ;)

Friday, August 12, 2011

Entry ringkas: Wanita

Assalammualaikum dan salam 1 blogger..

Entry ringkas untuk hari ini..

Al-KHAWARIZMI ---->>

Jika wanita solehah dan beragama = 1 
Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10 
Jika dia kaya; tambah lagi 0 = 100 
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000 
Tetapi jika yang "1" tiada, maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0"


Wanita solehah tidak pernah membisikkan rasa sayu, tidak pernah rasa keresahan jika tidak pernah didambakan oleh mana-mana lelaki. Tetapi hanya mendambakan cinta Ilahi yang diutamakan. Keindahan rupa paras yang mempersona tidak pernah terhakis dengan hasutan Syaitan. Keaiban diri sendiri tidak digayakan. Keindahan susuk tubuhnya ditutupi mengikut syariat, keindahan itu dijaga.

P/S: Sedang mencuba mencari dan menjadi angka 1  ;)

Thursday, August 11, 2011

Surat rasmi versi terengganu

Assalammualaikum dan salam 1 blogger..

Hye kamu..yer kamu.. kamu sihat?? Hari ni Anny nak share gambar atau cerita ringkas..Jom terjah!!!!


P/S: Agak-agak Mamat dapat tak tiang gol baru???



Saturday, August 6, 2011

Follower semakin meningkat

Assalammualaikum dan salam 1 blogger..

Update ringkas dari Anny, 
Terima kasih puterikatek untuk entry terbaru kamu..
Sayang kamu lebey la..
Dan nak bagitau terima kasih buat ibugebu kerana sudi jadi kawan Anny yang ke 200.. 
After berbuka nant Anny review blog ibu gebu occay..
Kamu semua berbuka dengan apa hari ni??
Anny..
Lauk orang bujang jer..
Buat semua Anny ucapkan..

salam ceria menanti waktu berbuka sambil menenung juadah yg menyentap selera di depan mata!!!
 

Friday, August 5, 2011

Ic blogger : Kamu ada??

Assalammualaikum dan salam 1 blogger..


Rajin iler Anny ri ni kan, ri ni jer dah masuk 3 entry Anny post, kalau tak berminggu-minggu tak update.. Sorry bete, Anny kalau minggu koje @ praktikal memang sibuk tambah bulan ramadhan ni, malam makin pendek lak rasa.


Pe yang Anny nak cerita ni, dari tajuk pun mesti ramai yang dah tau kan?? Bunyi macam berlagak pun ada.. Sorry Anny bukan manusia berlagak occay, baik hati tau mak cik ni.. Occay cukup, sila muntah!!!


Baru-baru ni de yang tanya Anny de IC blogger tak, rupa-rupanya ada fenomena IC blogger sekarang, semua orang mahukannya.. Macam twisties hangat di pasaran..


Semua orang kata blogger ni yang bagi,(Tekan blogger tu occay)..Niat di hati nak mintak jugak la IC tu..macam seronok jer ada IC kan.. Then belek-belek nak usha tertekan sini.. fenomena ic blogger then terus ke link siri 1..


Ya Allah, hampir meloncat dan hampir nak menangis kot, Anny tengok entry dari Mar tu..Teka-teka..


Kepada kamu Mar, tima kasey banyak-banyak.. Bangga ase, bukan lama sangat kita kenalkan, baru berkomen2 entry jer.. kamu sudah bagi aku hadiah ni..Mujur tak nangis jer..sebak tu tetap ada..chewah touching-touching la pulak..Bukan nak berbangga, just mau share sama kamu, kamu dan kamu... saya dah de IC blogger..kamu ada?? Jangan jeles yer kawan-kawan.. syayang kamu lebey la..


P/S: Ni pun ley di panggil rezeki ramadhan jugak kan?? Alhamdulillah.. ;)



Kitab untuk hati

Assalammualaikum dan salam 1 blogger.
Kamu semua..apa khabar?? Amacam puasa? Dah masuk puasa ke lima kan..slow2 dah hampir seminggu.. Berapa bayak page Al-quran yang dah kita baca kawan-kawan?? Anny ni dok tanya orang, Anny pun masih terkial-kial nak habiskan Al-baqarah.. Kadang dunia melalaikan..Banyak syafaatnya baca Al-quran ni kawan-kawan.. 
Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam :
"Bacalah Al-Qur'an, karena ia akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafa 'at bagi pembacanya. " (HR. Muslim dari Abu Umamah). 

Dari Ibnu Mas'ud radhiallahu 'anhu, katanya : Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dibalas sepuluh kali lipatnya. Aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf; tetapi alif satu huruf; lam satu huruf dan mim satu huruf. " (HR. At-Tirmidzi, katanya: hadits hasan shahih).
Nampak tak betapa pentingnya dan betapa besarnya rahmatnya. Jadi hari ni Anny nak share ngan kawan-kawan semua cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama-sama kita kongsikan kepada semua.

Jom sama-sama kita mencuba..Sambil menambahkan nilai pahala kita di bulan ramadhan ini..
P/S: tip yang diambil dari seorang sahabat di muka buku..Terima kasih sahabat untuk tip ini..Semoga kita semua manfaatkannya.. ;)

Rezeki ramadhan

Assalamualaikum dan salam 1 blogger,

Alhamdulillah, puasa dah masuk hari ke 5,

dah 2 kali berbuka di luar,

terima kasey sebab sudi belanja Anny,

kurma dah masuk kotak ketiga Anny terima petang kemarin,

Next week buat masa sekarang de 3 jemputan majlis berbuka puasa,

Alhamdulillah rezeki Ramadhan.

Dan tiada gambar untuk entry ini,

;)

p/s: coretan ringkas setelah sudah subuh. Jom sambung tido ;)

Saturday, July 30, 2011

Part 2: Kawan tolong senyum dan kamu jadi..

Assalammualaikum dan salam 1 Blogger..

Morning kamu semua..Bangun-bangun pagi terus tengok bilik bersepah.. Ya Allah bapak malas pompuan ni.. Sapa la nak ambik jadi menantu ni.. Kemas bilik terus on lappy.. Sambung cerita semalam jom.. Motivate diri terus jom.. De lagi 5 tip.. Terjah!!!


6th: Ambik langkah terbaik macam ni occay >> if u are keeping happy all the time,u can get more and more friend. If u are keeping sad,ur friend will keep away from u. So jangan tunggu orang lain untuk kita rasa gembira occay.. 

 
7th: Buang masa kan??Betapa ruginya masa yang kita ada hanya dibazirkan untuk membenci orang. Selalu yang suka benci-benci orang ni, hati dia tak bersih and tak tenang, sebab selalu rasa orang lain lebih dari dia, selalu kena pikir, macam mana nak lebih dari orang lain.. So better kita cintai diri sendiri and love all people around u.. Tak rugi pun..

 
8th: Lupakan dunia silam, clearkan masalah-masalah yang lepas supaya masalah tu tak muncul lagi dimasa hadapan. Mungkin akan ada yang akan terluka kerana masa silam kita nanti..

 
9th: Sehari kita ada 24hours, spend ur time efficiently. Try la gurau-gurau ngan member sebelah tu, try senyum kat mak cik yang sedang basuh toilet tu, bagi salam kat pak cik yang jaga gate tu.. Sekurang-kurangnya kita dah menyenangkan hati orang lain.

    Rasulullah SAW sendiri menggalakkan kita menyebarkan kebahagiaan ini.
“ Engkau tersenyum di hadapan saudaramu adalah sedekah” Hadith riwayat Bukhari.


Lastly but not least: Jangan lupa untuk maafkan orang lain.. Mungkin kita ada terasa hati dengan kawan yang kawan tu tak sedar kita terasa hati..Maafkan dia.. Maafkan semua manusia yang dah sakitkan hati kamu..Memang sakit, hati ni, memang parah luka ni, tapi kalau hari-hari before tido, kita maafkan dia, kita doakan dia baik-baik jer.. Lama-lama hati kita akan tenang. Bila hati tenang, EQ tinggi, then dalam masa yang sama kita dah leh kawal hidup kita. Insya'Allah everything will be normal again and maybe someday u will become extraordinary person..Sapa tau kan??  Peringatan untuk saya juga.


Kamu semua, selalu ingat ni, ambik yang baik dan jadikan yang buruk tu panduan.. Dan jangan lupa, yang manis itu tak semestinya sedap dan yang pahit itu tak semestinya tak elok.. Sayang kamu semua.. 


Sharing is caring. ;)

Friday, July 29, 2011

Kawan tolong senyum dan kamu akan jadi..

Assalammualaikum dan salam 1 blogger,

Hye kamu di sana?? Ye..ye kamu.. Kamu sihat?? Wah senyum, Alhamdulillah kamu sihat.. Saya rasa bahagia.. Semoga kamu sentiasa sihat dan sentiasa tersenyum.. Senyuman kamu sungguh chantek.. Boley pinjam??

Jom motivate diri sendiri.. Ada 10 tip untuk kamu hari ni.. Jangan tarik muka masam..Senyum..
 
1st of all : Bila bangun pagi, jangan lupa senyum..Semangatkan hari ini. Janji dengan diri sendiri untuk jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Insya' Allah

 
2nd: Jangan sombong, muhasabah diri selalu.. Selalu letakkan diri sendiri di tempat orang lain.. Selalu ingat diri sendiri, bagaimana kita ingin dilayan sebegitu juga orang lain ingin dilayan..

 
3rd: Stop worrying about others, respect urself, keep ur mind on ur goal, and always do for urself, family, friends and dont forget Allah.. ;) 

4th: Jangan lupa untuk bermimpi..Bila ada mimpi baru kita ada kuasa untuk memajukan diri sendiri

 
5th: Memang semua yang berlaku kadang-kadang tak adil..Selalu juga kita pertikaikan, tapi percaya la, setiap yang salah akan betul, setiap yang rosak akan baik.. Berprasangka baik la kita dengan takdir..

Aik kata de 10 tip..Tak ngeti ngira dah kot mak cik ni.. Occay semua..Buat post kali ni Anny post 5 tip dulu..Tunggu next post ok.. Apa-apa pun  jangan lupa senyum occay.. Kamu chantek and makin manis a.k.a makin ensem kalau senyum..

Love u all, sharing is caring.. ;)

P/S: Alhamdulillah rezeki makin baik..Petronas offer Anny keje..Doakan Anny dapat buat yang terbaik, dan mampu harumkan nama UUM.. Amin..

Sunday, July 24, 2011

Couple sleeping position

Assalammualaikum dan salam 1 blogger..

Hye semua..apa khabar?? Sihat?? Harap semua sihat.. Perhatikan betul-betul permulaan ayat Anny. Semua post mesti mula dengan ayat yang sama..Mak cik gemok dah kehabisan idea.. 

Tengah dok main-main google..Anny jumpa something..Sila scroll ke bawah untuk usha gambar pasangan yang dah berkahwin tido.. Pe kamu belum kahwin??? Tak pe la..Ambik ni sebagai ilmu pengetahuan occay sayang-sayang semua..



Dari gaya tido pun kita dah tau pasangan tu tengah bahagia or tengah bercakar-cakar.. So balik umah malam ni intai gaya kita tido k.. Rasa-rasanya boleh apply tak kalau tido ngan housemate??? ERMMMMMM


Saturday, July 9, 2011

Kuantan city

Assalammualaikum dan salam 1 blogger..

Hye semua..Apa khabar??sihat?? Berapa haribulan hari ni?? 09/07/2011.. ketika semua orang dok cerita tentang BERSIH, Anny dok kat umah layan Astro Diva tgok cerita four single father..


 
Anny sokong benda dan semua usul yang bagus tapi kenapa pilih demonstrasi jalanan??

Okay lah..tutup cerita tentang bersih.. Bukan ahli politik nak bincang semua ni.. Jom tengok mak cik gemok ni buat apa semalam..

Mak cik gemok memang tak ley tengok camera..kat tangga pun nak snap picture..Anny tak cadang pun nak kuar weekend ni, Anny sangat sibuk this week.. Terlalu banyak keje and event yang nak di settlekan..Cett bunyi macam orang penting jer kan.. Tapi sebab dengar kat Berjaya Mall de Sushi King, wah terus capai baju.. Rindu n mengidam betul nak makan sushi..Bila last makan yer?? Last makan ngan En Mok..Anny rindu sangat kat dia..Sepanjang hari Anny asyik sebut nama dia.. Kawan Anny diyana sampai cakap, sudah la Anny..saya rasa sedih..


Arrive jer berjaya Mall kitaorang terus g beli tiket wayang..Cuba teka kami tengok cerita apa?? Anny tengok cerita RASUK..buat yang kenal Anny, Anny sangat takut ngan benda-benda macam ni.. Bayangkan, Hantu Kak Limah balik kampung tu pun dah basi baru Anny tengok, berteman lak tu..Tak caya ye..ni buktinya..

Mesti ramai yang tak cayakan..hahahhaha..tak la seram mana cerita tu.. dari lima bintang Anny bagi 2 jer..tu pun baik hati k..Tak yah bazir-bazir g tengok kat wayang, download jer..After tengok wayang kitaorang dicide nak g piknic..so next destination Teluk Cempedak..

 Tengok Diyana my best frenz..selera sungguh..Orang selalu piknic petang-petang, kami mahgrib baru g piknic..Banyak picture yang di snap, tapi semua nya sensor-sensor..Pantai salah satu kegemaran Anny.. Bau dia, bunyi dia..permandangan dia.. Mampu buat Anny tenang..

 Ok time ni muka kenyang..Siap-siap nak balik dah time ni..Nanti de masa lagi, Anny cerita tentang aktiviti-aktiviti yang Anny dah ikut kat Petronas k..This week Anny asyik OT jer..de sekali tu dekat magrib baru kuar ofis..Balik umah penat, terus lelap..Tunngu sambungan cerita praktikal k..


P/S:tengah curi masa nak sambung cerita praktikal..sayang kamu semua..