Mereka kawan saya

Saturday, March 26, 2011

Kenapa kau tolak cinta ini??

Assalammualaikum..

“Kita de kawan ngan sorang lelaki ni.Dia layan kita punya la baik.Dia selalu senyum kat kita.Dia selalu mesej kita.Nak makan, nak tido, nak mandi pun bagitau kita.Kita dah perasan.Kita dah suka..and yang lebih parah kita nak tido pun dah terbawak-bawak berangan tido sebelah dia..wah..parah kita dah jatuh cinta..dan telek punya telek..sah kita pun ngan yakinnya rasa dia pun suka kat kita..rasa dah cinta ni tak bertepuk sebelah tangan.Kita pun set la waktu..set time baik punya..then masanya tiba, ngan muka 100% comel kita cakap kat dia.."AWAK SAYA SAYANG AWAK..SAYA CINTAKAN AWAK..”

Wah..kalau dia cakap saya sayang awak jugak..so tamat la cerita..happy ending..owhhh i hate happy ending!!! Tp macam mana lak kalau jawapan dia..saya mintak maaf kalau awak dah salah faham dengan layanan saya..saya anggap awak tak lebih dari seorang kawan..yeahh.. I loike this!!!

Adoi..mana nak sorok muka ni..Kadang perasaan cinta yang dok tersimpan ni tak dapat feed back seperti yang kita harapkan, time tu macam-macam rasa muncul dan emosi jadi kacau bilau. Time tu lah rasa marah, malu, gelisah dan juga putus harapan. Setiap manusia mungkin pernah de perasaan ni..perasaan di tolak, perasaan tidak di perlukan, perasaan seperti hanya kita yang ada kasih sayang...tapi percayalah masih ramai ada yang mampu berdiri setelah di tolak, masih ramai yang mampu tersenyum setelah semuanya berlaku, dan masih ada yang kuat tuk berhadapan dengan dunia..

Mesti ada caranya kan..kadang aku sendiri terfikir bagaimana la agaknya cara mereka atasi dan lalui tempoh tu, setiap orang mesti lain cara and kaedahnya..Jom terjah strategi yang mungkin leh bantu kembalikan rasa percaya diri setelah cinta kamu ditolak seseorang:
  • ·     Anggap sebagai pengajaran: Memang gagal adalah hal yang sangat tak menyenangkan, tapi daripada dok simpan perasaan tu, bernanah and menyeksakan korang seumur hidup mungkin keputusan berterus terang tu adalah yang terbaik. Ambil sebagai pengajaran, and tetap buka hati untuk cinta yang lain.
  • ·    Jangan menyiksa diri: Jangan biarkan fikiran negatif merosakkan diri korang. Korang kena yakin bahwa mungkin memang bukan jodoh korang ngan dia kan. Lagi pula, bukan dosa pun untuk tetap single..better single dari jatuh cinta dengan orang yang salah..
  • ·    Enjoy the life:  Jadikan penolakan cinta ni sebagai titik songsang di mana korang de peluang untuk berubah. Gi salun,potong rambut, tukar ke new fesyen, pakai something yang korang rasa korang cantik, belek muka kusam tu..ganti dengan senyuman menawan..dan bila dah ready kembali lah bersosial, updatekan pengetahuan dan pupuk  sikap optimis tuk melihat masa depan.
So girls out there..jangan kecewa bila cinta di tolak..as I said, korang tak rugi apa-apa sebenarnya.. cinta n perasaan bukan boleh paksa-paksa..lebih elok di tolak dari dia pura-pura mencintai kita..kita hanya peluk bayang-bayang sedangkan dia bukan lah milik kita..lagi sakitkan..So sila lah ambik masa sebanyak yang mungkin,tengok sekeliling, list downkan senarai-senarai lelaki yang berpeluang, and buka mata diorang yang ada permata yang belum dimiliki di situ..


P/s: Cinta aku pernah kena tolak tak??hahahaha..gud question..pernah..aku punya la cintan tahap babun ngan si Fahrin Ahmad tu..rileks jer dia ignore aku..malu seyh..

1 comment:

  1. klu fahrin ahmad memang la sbb dia nak tunggu jijah....

    lg 1 jdlah mcm jijah, walaupun di tolak..jijah xkan prnah biarkan hati jijah menangis..

    ReplyDelete