Mereka kawan saya

Wednesday, October 26, 2011

Friday, October 7, 2011

Cili Merah Seksyen 9 Shah Alam

Assalammualaikum dan salam 1 blogger,

SEKADAR BERKONGSI CERITA UNTUK DIJADIKAN PENGAJARAN-

Cili Merah Seksyen 9 Shah Alam

Bukan hanya kat Cili Merah ajer,kat mana-mana restaurant pun kita kena berhati-hati…
 
Monday, September 19, 2011

TRAGEDI SEPTEMBER - Aisya'sstory

Sesungguhnya aku sampai skg macam tak percaya benda ni happened sekelip mata. Memang totally bodoh la mamat waiter tu sekali bodoh dengan owner kedai yg menabur janji palsu. Melayu buat melayu. Damn melayu. Bravo man!
 
Outing dinner with my family. Aisya sat in the baby chair. Baby chair IKEA white tu. So by the time food sampai. Time tu waiter bwk fried rice on left hand, and hot tomyam onright hand, WITHOUT A TRAY! . Aku ni pn kalau masak maggi nak makan kt depan sambil tengok TV pn bwk pakai dua tangan okeh.Then just put the fried rice first on the table and bila dia letak hot tomyam tu. Aku budget tangan dia mesti dah tak balance bwk bowl tu sebab sup dah la penuh pastu bowl besar lagi.. Sekali bila dia letak, terus slip, fall totallyand only to Aisya.
 
What u can expect that time?
 
Aku panik gila! Aku tak tau nak buat apa. Then my hubs terus angkat dia bwk pegi sinki. Curah atas air pili. Sambil aku pn menyimbah2 sekali. Sambil Aisya non-stop meraung! Pastu ada plak ntah siapa yg trying to help la. Bwk telur, pecahkan telur atas badanAisya. Bwk air batu letak atas Aisya. Pastu ada kedai lain pn datang letak minyak habatussauda atas badan Aisya. But it doesn't help at all. Aisya still crying out loud!
 
We straight away headed to KPJ Sec 20, Shah Alam. Aku punya menangis tak payah cerita la. Macam gaya dah hilang anak. Blh gila! Dengan service KPJ frankly speaking lembab nak mampus.Relax2, cool2, budget nak bagi aku tenang. Kepala hotak dia la anak aku dah melalak takde suara, takde air mata. The best part the doctor instructed nurse itu ini, begitu begini, tp tak pegang anak aku langsung. Touch la patient atleast u know la kan. Memang keje aku ni membodohkan org sebab semuanya tak ada akal!
 
Then terus discharged sebabdoc kata keadaan Aisya tak kritikal. Just bagi paracetamol. Then blh datang on Monday la for appointment. Lagi aku menyirap dah! Pehh..! Memang ni tak blh jadi. Aku pn rasa macam tak sedap hati jek. So me and hubs discuss kejap and we decided the doctor siapkan referral letter utk di bawa ke Pantai Specialist malam tu jugak.
 

AISYA'S FINGERS MENGGELEMBUNG DAN BENGKAK. HANYA IBU JARI SAJA YG SELAMAT

WORST THIGH! MASAK DAGING ANAK AKU!


KPJ PUNYA HASIL KEJE

KESIAN AISYA. SABAR YE NAK.. :(
 

Sampai PMC dekat pukul11pm. After bukak balik balutan KPJ buat tu and letak ubat sikit and re-balut,doctor standby said dia tak blh decide apa2 buat masa skg. Dia kne refer this case pada Pakar Bedah dan Pakar Kanak-Kanak. Ok fine aku faham itu bukan bidang dia and at least bagus la sebab ada initiative nak menyelamatkan anak aku ni.The next day tu adalah Sunday okeh. But still arrangement dorg buat with doctor blh datang on Sunday tu.
 
Next day hantar Adre to my parents hse and headed to PMC. Pakar Bedah tunggu kitorg sikit punya lama sebab janji pkl 9am tp sampai 1 hour later. Nampak tak commitment doctor tu. Macam tua ku confident la. Then discuss punya discuss Dr. Manoh bagi 2 option. Satu kne dressing everyday yg menyakitkan, lambat baik, lambat physio, tp murah sikit la. Dua kne undergo an operation, put an artificial skin,cepat baik, blh cepat pergi physio tp costly. Aku time tu cuma fikir nak anakpulih sediakala so aku pilih option 2 as option tu pn yg terbaik. And as doctor advise jugak la.. Tp dia plak kata time tu kne tunggu opinion Pakar Kanak-Kanakplak. So Aisya memang dah di-assigned dengan Dr. Ganesa since lahir so after1/2 an hour doc pn datang. Gedebak gedebuk discuss itu ini terus kne admit.Cuma ward penuh aku tunggu 2-3 jam jugak la kt waiting room. Tp sebab waiting room comfort habis siap ada astro so no complaint.
 
Sunday tu admit masuk antibiotik, masuk painkiller supp and bukak balutan biar dia expose. Tak ada terkatup jek. Aisya stayed in single room isolation. Dr. Ganesa sendiri yg requested the room from admission. Malam tu drip air and last milk will bebefore 5am. Operation adalah pkl 9am esoknya. So Aisya kne puasa. Tp huru-hara jugak la sebab dia dah biasa bf. Asal lebih kurang 5-6am macam tu dia dah menyondol2 cari punca makanan dan minuman. Kesian gila aku tengok. Nak jek aku sumbat tp nanti operation jadi bukan2 naya plak aku kne marah. So cekalkan jekla hati tengok anak berlapar.
 
Monday, alhamdulillah operation lebih kurang 2 hours was successful. Aku kne salin baju macam pekeje OT utkmasuk bilik pemulihan tenangkan Aisya sebelum transfer ke ward. Time tu hancur luluh lagi hati tengok anak aku terlantar menggigil2 sejuk sampai selimut pn bergetar dengan oxygen dengan menangis kesakitan dalam tak sedar tu macamaaa.. aaa.. aaa.. She's just 7 months ok! Kesian Aisya! :(
 
Aku zikir kt telinga Aisyasambil gosok2 badan dia, tangan dia. Ok jugak la dia calm down. Aku tau benda tu sakit. Sakit tak tertanggung utk baby macam dia. The procedure was dead skinsemua kne buang and ganti with an artificial skin. It's a collagen from ususkambing biri-biri. Then later slowly new skin will develop under the artificialskin. Artificial skin tu akan jatuh sendiri la umpama macam salin kulit. But just imagine macam jari2 Aisya tu satu2 kne buang kulit and balut baru and hujung jari telunjuk Aisya bengkok sikit. Maybe sebab masa tomyam tu tumpahterlalu panas sampai effect kt hujung jari.
 
Aku memang tak blh terima..
 
Then Aisya transferred to HDU ward utk pemantauan and next day dah masuk ward biasa. Ahamdulillah Aisyaok. Tp merengek, menangis, meraung sampai serak2 suara until today. Cuma night before discharged to jek dia tdo lena. Aku? Memang penat. Penat mental sebab sakit hati sekali. Penat jaga anak takpe la sebab dia baby apa yg dia tau. Nak cakap tempat mana yg sakit pn tak reti..
 
Janji owner restaurant tu nak datang visit adalah 2 kali janji tp tak datang. Hello come-on ok.Aisya stayed for 6 days at hospital tak kan la takde 1 hari yg free utk concern pasal budak ni sedangkan the next day after Aisya kne tu laki aku dah jumpa diadiscuss nak settle macam mana. He only think it was an accident. Ok fine forme! Tp ia adalah juga negligence yg tak patut berlaku. Your waiter should follow the procedure how to serve customer with the right way. Apa bangang sangat pergi serve hot dishes near to baby and without a tray? Sekali pn kalauAisya sentuh dia at that time, still aku tetap tak salahkan anak aku sebab baby7 bulan ada akal ke??? Aku pn for sure tak sempat nak tarik anak aku time tu coz things happen very fast. Only in a second!
 
Sakit hati aku sebab dia tak nak kerjasama and the best thing aku rasa dia takde perikemanusiaan langsung. Semua org kalau tengok gambar Aisya macam tak blh terima keadaan anak aku tu. Macam tak sepatutnya things like this happened. Tp aku tak faham owner restaurant tengok gambar tak feel apa2 ke?
 
Aku bukan kemaruk nak duit pn. Money is not everything BUT EVERYTHING IS MONEY!! Now aku kne amik unpaid leave utk jaga Aisya 1 to 1. Tak bergaji dah menjadi masalah aku. Dah la tu kne duduk aircond 24 hours. Bill confirm mencanak2 naik.Banyak la cost yg tak tertanggung. Belum masuk hidden cost.
 
At least sebagai seorg manusia yg ada tanggungjawab tunjuk kan la keprihatinan. Kalau tak ada feedbackyg jelas.. Tengok jek la nanti what i can do..
 
U know where is CILI MERAH SEC. 9 SHAH ALAM...
 
AFTER OPERATION

MORFIN INSERTED AS PAINKILLER

AISYA DAH SEDAR TP STILL MAMAI2



AISYA STRONG BABY
 

NEBULIZER UTK LELAH TREATMENT


P/S: Kecian adeq aisya, semoga mama n papanya sabar n tabah k..Anny doakan semoga adeq Aisya sihat dan kembali girang macam dulu-dulu..Buat kawan-kawan kat sana, berhati-hati di mana-mana pun..kemalangan tak berbau..

Tuesday, October 4, 2011

Rendah hati itu bagus!!

Assalammualaikum dan salam 1 blogger,

Buat tatapan dan sekadar berkongsi ilmu:

Hari ini kita lihat ramai sungguh orang menjadi begitu sombong. Ramai yang ego, angkuh dan bersangka buruk dengan orang lain. Seolah-olah dia saja yangbaik, dia saja yang betul, dia saja yang berilmu dan sebagainya. Sedangkan Islam melarang kita bersikap sedemikian. Islam mengajar kita untuksentiasa merendah diri dan bersangka baik dengan orang lain.

Tips berkesan untuk merendah diri

Apabila berjumpa kanak-kanak :Anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana belum dibebani sebarang dosa.

Apabila berhadapan orang tua :Anggaplah mereka lebih mulia kerana lebih lama beribadah daripada kita.

Apabila berjumpa orang alim :Anggaplah mereka lebih mulia kerana banyak ilmu.

Apabila melihat orang jahil :Anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya.

Apabila berjumpa orang jahat :Jangan anggap kita mulia. Sebaliknya, katakan mungkin mereka akan bertaubatpada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kita.

P/S: Tips ini diajarkan oleh Imam al-Ghazali dalam salah satu daripada kitabnya. Sama-sama lah kita amalkan tips ini agar kita terpelihara dari sikapsombong, angkuh, ego dan bersangka buruk dengan orang lain.

Monday, October 3, 2011

Halal untuk darah daging

Assalammualaikum dan salam 1 blogger,

Hye semua, apa khabar? sihat?

Anny nak kongsi ilmu ngan kawan-kawan ri ni..Jom luangkan masa seminit dua kat sini.. 

All begin from home and pasti kan makanan kita yang halal i.e baik dari bahan dan juga punca duit yang kita beli ada lah halal. Rasa nya kalau kita buat analisa, kemewahan hidup kita hari ini adalah keberkatan hasil titik peluh abah dan mak yang HALAL memberi kita makan dan membesarkan kita semua

So, lets continue this legacy....

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinyadoa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.


Kedua:
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihatdunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.


Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid (THIS IS FOR THE GUYS) - It's notmandatory for the ladies) terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana punlangkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukankerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang berimanuntuk memakmurkan masjid Allah.


Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah,kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.


Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, danmalaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.


Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Katakhalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa iaakan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikatdengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".


Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yangterjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, makakita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu adapenghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya.Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikirberbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia darisifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

P/S: Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.