Mereka kawan saya

Saturday, October 13, 2012

Doa Mohon Jodoh dan Keturunan yang Baik.

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Hari yang baik dan lapangan kerja..Post ke dua untuk hari ini..

Wanita mana yang tak gembira bila dirinya hamil? Anny masih ingat macam mana mengeletarnya tangan ni bila tengok UPT (Urine pregnancy test) ada double line. Actually sebulan selepas kahwin pun Anny yang belum pregnant membayangkan sudah pregnant. Untuk 4 bulan ini ada la 4x anny wat test..2x anny kecewa..setiap kali buat air mata la jawapan untuk asben. Alhamdulillah kali ke3 buat, double line, dan kali ke4 buat utk pengesahan. Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Anny nak share something, something yang mudah untuk di aplikasikan..


Doa ni Anny lekatkan kat cube (workstation Anny)..Dulu waktu menghitung hari menjadi milik En Asben, Anny akan doa mohon jodoh yang baik sambil membayangkan asben. Sekarang mulai dari awal bulan 6 hari tu, Anny selalu baca dua dua doa smbil pegang perut.. Everytime Anny take 5 dari keje,Anny akan baca doa ni..Alhamdullillah masuk bulan ke-4 Anny dapat berita gembira..


P/s: Doakan Anny berjaya harungi semua ini..

KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Lama Anny tak update..SubhanAllah lambakan kerja dan pertambahan tanggungjawab buat Anny lupa nak cerita-cerita n godek-godek internet.. Maafkan Anny.

Anny nak share something..Anny ambik Mr Google..Meh la jemput baca.Sharing is sexy rite..  :)

KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadah.




P/S: Doakan Anny berjaya harungi 9bulan mendatang...Amin

Wednesday, September 5, 2012

Percutian 2 hari 1 malam - Bukit Tinggi, Janda Baik, Genting Highland & Masjid India

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Alhamdulillah,bertemu lagi kita di ruangan blog berhabuk yang jarang-jarang sekali nak di update. Masih mood Syawal, disebabkan raya ketiga dah masuk keje, encik org rumah wat keputusan untuk g bercuti-cuti syawal.. Orang rumah memang jenis gamble..Dia tak suka something yang plan-plan ni..So cuti 2hari 1 mlm berhasil dengan -------->>              
Jom terjah [ Journey from terengganu to no where]

Bergerak dari rumah pukul 10pagi,breakfast dulu occay..Anny hidang orang rumah sandwich n crumble egg..Western hari ni..Mulut dah becok tanya orang rumah, kita ni nak g mana syg???Tgok jer lah..yang penting kita kena keluar dari terengganu ok.. Menyusur jalan keluar dari lebuh raya kuantan kami ke kuala lumpur..Nampak signboard bukit tinggi.. Sayang kita singgah aci x?? Ok..

So 1st destination: Bukit Tinggi (Berjaya Hill)

Mak cik ni kalau bab bergambar memang excited. Perjalanan dia jauh sangat dari jalan besar nak sampai ke bukit tinggi tu.. n paling tak suka dia tak tulis berapa KM lagi nak smpai..so kejap2 tnya orang rumah..jauh lagi ke yang???
Nak masuk area bukit tinggi kena bayar per head RM12.. So kami berdua RM24.Berbaloi or tak..nanti korang decide sendiri k
kat sini ada 2 lorong, yang pertama akan ke Japanese Village..Dia straight je lepas masuk dari pintu utama. Kat sini angin dia sejuk tapi sebab terpaksa mendaki,bdn still berpeluh.. 
Kat sini mcm ada perkampungan orang jepun..
Rumah orang jepun..kat sini boleh ambik gambar pakai baju KIMONO, tp kena bayar RM20.00 per head n anny tak pasti lak boleh pakai baju tu berapa lama.. Ckp kat asben xpyh membazir..Tapi kalau orang rasa berbaloi..boleh la rental..
Encik orang rumah wat muka comey..Occay ramai yang dah sampai kat sini kan??Buat yang belum sampai,meh anny nak cerita apa perasaan time sampai kat sini..Waaaa mak cik ni giler2 teruja..tgok bangunan dia.. colorful..Macam dok kat Alice wonderland jer tau.. 
occay,suasana dia memang cantik..klu sesiapa nak wat outdoor photo shoot mmg cantik tau kat sini..confirm banyak tempat leh snap picture. 
occay anny tak tau apa motif en orang rumah..

P/S: Seronok jalan-jalan kat sini..klu ada yang nak bawak anak-anak,anny tak sugeestkan ni tempat yang terbaik..tempat ni sejuk dan banyak berjalan..Buat pasangan suami isteri tak kira baru or sudah lama, tempat ni best..Macam ala-ala romantik gitu..

To be continued...

Thursday, August 23, 2012

Review - Gambar Majlis Resepsi.


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..

Almost 3 month majlis selesai, tp baru nak upload..
waaaa..ni pun baru separuh yg OP bagi..
Jom cuci mata..












P/s: Dearie,my nasihat..Jangan pilih tarikh di mana ramai sangat orang buat kenduri. Tarikh Anny kenduri mak dapat almost 3 kad tarikh sama, Mungkin sebab Anny anak sulung, Alhamdulillah tetamu masih ramai, tp tak seramai yang kita jangka.Mujur makanan lebih boleh bagi-bagi,kalau kurang,mahu tujuh keturunan orang dok mengata..Manusia ni macam-macam fiil..

Wednesday, August 15, 2012

Cara solat sunat hari raya aidilfitri


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,


Sharing is caring rite..  :]


HUKUM MENGERJAKAN

Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat Muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah sentiasa mengamalkan Solat Hari Raya ini selama baginda hidup.

WAKTU SOLAT

Solat Aidilfitri diadakan pada 1 Syawal. Manakala Solat Aidil Adha diadakan pada 10 Zulhijjah. Ia dilakukan selepas naiknya matahari dan sebelum tergelincirnya matahari. 

KAIFIAT

Pada Rakaat pertama kita dikehendaki supaya takbir sebanyak 7 kali iaitu selepas takbiratul ihram dan doa iftitah. Pada setiap kali takbir kita dianjurkan supaya membaca tasbih berikut :

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر

Kemudian di baca Al-Fatihah dan surah. Surah yang dianjurkan ialah surah Qaf atau Al-A'la atau Al-Kafirrun.

Pada Rakaat kedua pula dikehendaki supaya takbir sebanyak 5 kali. Pada setiap kali takbir kita dianjurkan supaya membaca tasbih. Kemudian di baca Al-Fatihah dan surah. Surah yang dianjurkan ialah surah Al-Qamar atau Al-Ghasyiah atau Al-Ikhlas.

Selepas dari solat diadakan khutbah.
Dalam khutbah hendaklah berisi dengan peringatan tentang zakat fitrah atau hukum qurban, haji dan hikmah-hikmahnya.

NIAT SOLAT HARI RAYA


أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan Eidil Fitri / Adha 2 rakaat kerana Allah Taala.


LAFAZ-LAFAZ TAKBIR

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ .


Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan.

P/S: Tinggal lebih kurang 3hari jer lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Zakat fitrah bayar dah ker??Waaaa..asben Anny pun tak bayar lagi..katanya nak byr ri jumaat ni..Nant kn ingatkan dia balik.. Berpada-pada yer makan di hari raya nanti...jangan rosakkan diet anda..  :]


Adab-adab ketika menyambut hari raya


Assalammualikum dan salam sejahtera.

Korang apa khabar?sihat x??Ya Allah berhabuk-habuk la blog ni..tak nak cerita panjang-panjang..meh nak share ngan korang adab-adab menyambut hari raya..Jom terjah!!!

Adab-adab ketika menyambut hari raya

1.       Disunatkan mandi dan memakai pakaian yang paling baru dan cantik

§  Dari Hassan As Siibth telah berkata : “Rasulullah s.a.w telah memerintahkan kami pada kedua-dua hari raya supaya kami memakai pakaian yang paling elok daripada simpanan kami.”
§  Waktu disunatkan mandi idul Fitri bermula pada malam raya sehingga keluar ke masjid hendak menunaikan solat raya
§  Disunatkan juga memotong kuku dan memakai bau-bauan

2.       Disunatkan makan terlebih dahulu sebelum keluar menunaikan solat sunat idul Fitri

§  Anas meriwayatkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w tidak keluar (ke masjid) pada idul Fitri kecuali Baginda memakan beberapa biji buah tamar dengan bilangan ganjil (3 atau 5 atau 7 biji) Riwayat Bukhari dan Ahmad

3.       Amat digalakkan supaya semua keluar ke masjid samada perempuan, lelaki dan kanak-kanak.

4.       Berlainan jalan

§  Dari Abu Hurairah r.a : “Adalah Rasulullah s.a.w apabila Baginda keluar pada hari raya maka Baginda akan pulang melalui jalan yang lain.”

5.       Disunatkan bertakbir

§  Waktu takbir pada hari raya idul Fitri, bermula malam raya sehingga imam sembahyang raya. 
§  Disunatkan bertakbir dengan suara yang nyaring samada di masjid, rumah dan di mana-mana sahaja.

6.       Cara solat raya

§  Niat ( sahaja aku sembahyang sunat hari raya fitr dua rakaat kerana Allah Taala) 
§  Takbir pada rakaat pertama sebanyak 7 kali selepas membaca doa iftitah dan sebelum membaca al Fatihah
§  Takbir pada rakaat kedua sebayak 5 kali selain dari takbir  qiyam (bangkit dari sujud) dan rukuk
§  Hendaklah diselangi di antara tabir dengan bacaan tasbih
  
7.       Disunatkan mengucap tahniah

§  Dari Jabir bin Nufair : “Adalah sahabat-sahabat Nabi s.a.w apabila mereka berjumpa pada hari raya mereka mengucap tahniah di antara mereka dengan ucapan TAQABBALA MIN NA WA MIN KA  {semuga diterima amalan kami dan amalan kamu}

P/S: Kawan-kawan..Yang kenal or tak,mungkin Anny ada terkasar bahasa or tersalah cakap antara sedar or tak..Anny susun 10 jari memohon maaf. Selamat berhari raya, xmo main mercun k.. Psssttt korang..tahun ni my 1st time berhari raya berdua.. ;)




Sunday, June 24, 2012

Wedding Review : Baju Akad Nikah

Assalammualaikum lovelies and darling semua..

Dress by Niza (Gong Tok Nasek)

Okay apa patut Anny start ye.I love the colors.Gold is my febret. Baju ni Anny beli untuk cukupkan dulang waktu tunang, tak plan pun nak pakai untuk akad nikah. Tapi bila discuss ngan asben, kami nak wat something lain, xmo white, xmo lace..Tadaaa jadila kain ni sebagai baju akad nikah Anny. 


Baju ni Anny tempah kat adik bridal pelamin Anny. Mula2 waktu deal memang dia bgtau upah baju RM 45, tapi lepas dah siap sekali ngan butang bulat-bulat kat tangan price terus naik jadi RM60. Okay still affordable, walaupun bersungut la jugak..Hahahaha..Anny memang kedekut time nak kenduri tu.


Mungkin dia new tailor and mungkin tak berapa biasa buat baju ala-ala ketat and blow-blow ni, dia terpaksa adjust balik baju Anny almost 2x.Baju pun tak ikut sangat apa kemahuan Anny. Anny tak suka baju pakai-pakai zip ni, tapi my tailor mungkin dia teror bab zip-zip belakang..Anny sarung baju without bukak zip..Tak tau apa function zip tu.Tapi majlis nak dekat, WHO CARE'S rite.Janji baju muat,selesa dan majlis berlangsung dengan meriahnya.  :)

Alhamdulillah time fitting, my sis de pesan,akak try duduk bersimpuh..Nak pastikan kain tu tak la sendat kat punggung dan menganggu keselesaan time u olls nak duduk..Waktu akad nikah kita bukan banyak berdiri.


# Compare price:
Kain pasang Perempuan: Rm 60
Upah Jahit perempuan:   Rm 60
                                  RM 120


#b2btips: 
1) Please remarks tarikh u olls nak ambik baju.. Set awal-awal  time nak fitting baju. Kadang tailor ni dia selalu tanguh-tanguh dan kita akan dapat baju lambat dr tarikh yang dijanjikan.
2) Reminds your tailor to inform you or to ask first if they have any changes or any brilliant idea. Kalau tak, tak pasal-pasal kena bayar lebih pada idea yang kita tak harapkan pun..
3) Masa fitting baju, jangan lupa try duduk bersimpuh. Jangan try berdiri je. Dan jangan lupa try wearing baju with kasut.


#Cuci mata:






p/s: I'm officially married to the man that I Love very much.



Tuesday, June 19, 2012

My Mom

Assalammualaikum dan selamat malam darling..

No update after changes my status.
Yeah..Im PUAN already.. No more miss.
Alhamdulillah..i'm really happy with the status, with the changes.
No more flash back, old memories won't hurt me anymore.
Tahniah juga kepada kamu..
Old frenz remind me bout you.
Semoga perkahwinan yang terbina itu berkekalan hingga ke akhir hayat..
I.Allah.. :)

08 JUNE 2012
Sambut menantu also known as bertandang.
My bestie cakap, Anny jalan elok-elok,senyum bukan ketawa..
OMGosh Anny bukan seorg yang jenis ayu-ayu, tersipu-sipu malu.
That's just not me.

Mak..
Really miss her.
Miss her smile, celoteh, bebelan.
When my mom said to my mother in law (Ma)

"Kak, saya serahkan dia kat akak, ajar la dia macam anak akak, kalau dia buat silap, marah la dia, tegur la dia"

Ohhh, I just can't lie bout my feeling. 
Air mata menitik, hati sebak, hanya Allah tahu perasaan Anny time tu.

Anny memang tak lalu makan that's day n the next day.
Penat en asben suruh makan.. 
Anny just tak boleh makan..
Anny rindu mak Anny, still tergiang-ngiang suara mak.
Rasa macam mak dah buang Anny jer..
Bila cerita kat en asben, 
dia boleh pakat gelak kata Anny drama lebey..
Memang jahat!!!

In the reality, actually I should thanks to Allah,
Mak or Ma tak ada beza pun.
Both are my mom, both will do the same thing to keep protect and love me.
I.Allah.
Kasih ibu bawa ke syurga. :)

My mom and My ma..
Love both of you :)
 

Wednesday, June 13, 2012

Monday, May 21, 2012

Teaser: Baju sanding & Pelamin


Assalammualaikum dan salam 1 blogger,

Dear all..Alhamdulillah bertemu lagi kita di blog usang ni..shuh..shuh..berdebu..
Counting days..9 hari je lagi??
Malam still can’t sleep..
jiwa meracau.meronta-ronta..
mengeluh..Adoiyai..
lambat lagi ke masa nak berlalu ni???

Jumaat balik Terengganu..
Last third week: Try baju & Confirmkan pelamin..

1)      Teaser baju tuk waktu bersanding..
jom terjah..

Wedding attire theme – Soft Gold 
2)      Teaser pelamin theme:


  
                                      Nak pilih color n theme macam nak pecah kepala..
Alik-alik memang xleh lari dari feminism la anny ni..
Pink musti kena ada..
Celaru color anny ni..
Dah penat ijah yakinkan kakak dia yang satu ni..
Comel kak..ada 1000x agaknye dia sebut perkataan tu..
Anny pun confirm ngan bridal..siap bwk picture yg puas anny edit2...


P/s: Anny dah edarkan kad kat tempat keje..dah macam2 usikan yang anny dengar..
Ya Allah permudahkanlah..

Sunday, May 6, 2012

B2B - Menjahit manik & Teaser goodies

Assalammualaikum dan salam 1 blogger,

Dear all, how are you? 
Always pray, 
Ya Allah bahagiakan lah mereka ini dengan caramu, semoga iman mereka tetap milikmu.. 
Amin..
Anny, Alhamdulillah.. Still counting day..
Malam dah xlena tido,
Pukul 11 tido, pukul 1 terjaga,
tengok jam..
Laaa..belum pagi lagi ke??

For this last month to call our self as a BUJANG,
we decide to reduce dating and spend quality hours with friend and family,
Working almost 10hour per days,
make me so damn tired to hang out wif my lovely BFF.
So i decide to do something unexpected..
Guess what??
I'm learn to beading.

kelaka kan..
Bayangkan Mak cik yang ganas ni pegang jarum n manik..
Adik ijah kata tak seswai *tangandidadamatakeatas*
jom terjah yang tak seswai tu..

Pic 1: Comel x?? Anny jahit sendiri tau..I dont have any basic in sewing.
Ingat tuk baju nikah nak jahit sendiri,tp bila pikir-pikir balik,
dengan tinggal lebih kurang 3 minggu lagi,
mana nak sempat..keje operation macam ni..
memang pening..
So Anny akan tempah kat seorg kakak kat kerteh ni..
Doakan Baju Anny jadi sweet n comel..

Teaser goodies:

pic 2: Ada dalam 300 pcs jer, sapa cepat dia dapat..untuk vendor nant akan di review.

P/S: Ada dalam 25 hari jer lagi..
Segala macam perasaan bercambur baur..
Hanya Allah yang tahu apa yang tertulis di hati ini.. 
Sahabat, jaga lah diri. 
Perkahwinan langkah terbaik dalam hidup kita.
Simpan segala kemesraan untuk zaman perkahwinan..

Regards,
Anny.

Wednesday, May 2, 2012

You help me to fall in love with Islam

Assalammualaikum dan salam 1 blogger,

Dear all, how are you? sihat? hope all of us still smiling and still make a du'a to Allah. Jadi manusia jangan sombong..Allah suka pada hamba yang meminta padanya.

SubhanAllah, counting day..29 days to go. Sorry dear, actually this entry not wedding post. Everything about wedding prep kita tolak tepi dulu k.. Just want to share something about my fiance. Entry super duper long.

Ramadhan last year, that was our 1st date.. 1st date? actually bukan 1st date, sebab date tu untuk orang yang ada intention to have feeling relation rite. Kami just keluar makan sebagai rakan sekerja, a month later, he confess that he has a feeling, some feeling that he can't describe. Some conflict keep moving around us, problem come and goes, he still not telling me what he feel, i'm still doubt with his feeling until October my 25 birthday, he was the first person wish my birthday and he give me some amount of money, what he said.

Mr X (my fiance): Ni duit, xde hadiah, tak tau nak bagi hadiah apa, tp rasanya cukup duit tu nak beli cincin?

Me? Of course speechless..SubhanAllah, dia kah insan itu. When i'm praying to Allah, in my du'a I always pray, Ya Allah, tolonglah hambamu ini, berikanlah hambamu ini lelaki yang mampu menyelamatkan maruahku.

We do properly, end of the year, 2nd December, his become my half world. Jari ni ada sepuluh, tapi still xcukup nak kira berapa kali kami gaduh. Actually gaduh-gaduh manja ni make me more understand about myself and his characters. I.Allah.

Became his fiance almost 5 month, Anny rasa lain. I'm not wearing baby T anymore, most a day i'm wearing blouse to hide my punggung. Tudung alhamdulillah no more on and off. I'm not praising him, i'm not said i'm too good, i'm also not judging people, but what i'm trying to say, fall in love with someone, someone that can lead us, who can become our IMAM, we automatically will change. We will feel Islam itu indah.

Why i'm not wearing Baby T and wearing blouse??
Bila kami keluar, bila masuk aje waktu, Mr X akan berhenti solat kat masjid. Anny rasa malu sangat bila g masjid pakaian macam tu. Berhenti solat di masjid sangat lain perasaannya dari berhenti solat di Shopping Complex.

Tudung. 
Ri tu kami nampak gambar seorang artis yang super duber kurus dengan statement, belum sampai seru pakai tudung.
Mr X: Mana boleh cakap macam tu Anny. 
Anny: Dia tak pakai sebab takut tak ikhlas. 
Mr X: Simple je benda ni,  Islam kata wajib ke tak pakai tudung ?
Anny: Tudung tak wajib tp Ustaz Azhar cakap wajib tutup aurat.
(Trying tu make joke actually)
Mr X: Kelakar la..Artis tu Islam x?
Anny: Of coz la, BT kan nama dia tu
Mr X: Kalau macam tu dia bukan islam la.
Anny: Kenapa lak?
Mr X: Sebab Islam kata, wanita islam shud tutup aurat macam Anny mention tadikan.

Behavior
Sapa tak kenal Anny?  Anny sangat mudah mesra dengan orang. Tapi sekarang, evrything we do together, no more chatting,outing even lunch time with others. Mula-mula rasa macam memberontak, rasa macam kena kawal, but baru-baru ni when there some issue regarding myself with my click one department, and a mesej from his wife really make me realize. What Mr X doing is to protect me from fitnah and sensitive issue.

Islam.
Fall in love with correct person will make you fall in love with Islam. Islam sangat indah, My statement macam muaalaf yang baru memeluk islam rite. There some memories i'm trying to erase, I want keep it as my experience. Setiap saat ayat yang keluar berbaur nasihat. I'm trying to be solehah for you. Jiwa meronta-ronta menunggu tarikh ijab kabul sebab nikah itu ibadah. 

Last but not least, i'm not trying to judge people, to said bad thing about people, i'm writing here to improve myself.

Pernikahan
Menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi
Tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setakwa Aisyah
Pun tidak setabah Fatimah
Justeru aku hanyalah wanita akhir zaman
Yang punya cita-cita
Menjadi solehah




Friday, April 6, 2012

Wedding checklist - Part II


Assalammualaikum dan salam 1 blogger,

Hacccummm..lama tak update..mintak maaf..Mak cik sangat-sangat la sibuk..

Cerita tentang hari besar, jantung dah  degup-degup..tinggal 54 hari jer lagi..Alhamdulillah setakat ni belum ada lagi yang menemui jalan buntu. Ya Allah berkati lah jalan yang kami pilih dan permudahkanlah ia.

Meh nak update senarai semak Anny yang tinggal lagi 88  54 hari lagi:

Tarikh
-Nikah: 31 May 2012 (/)
-Resepsi: 01 June 2012 (/)
-Bertandang: 08 June 2012 (/)

Tempat
-Nikah: Masjid Putih K.Terengganu (/)
-Resepsi: Rumah, Kg Tiong (/)
-Bertandang: Rumah, Ketengah Jaya, Kerteh 1 (/)

Masa
- Nikah : Lepas Isyak  (/)
- Resepsi : 11am - 4pm (Sanding pukul 2.30 tengah hari after Jumaat Pray) (/)
- Bertandang : 11am - 4pm (/)


Warna tema
- Nikah : Earthy Yellow + Soft Pink  (/)
- Resepsi : Pending
- Bertandang : Earthy Yellow + Soft Pink  (/)


Hal-hal penting
- Duit hantaran  : Sudah ditetapkan oleh encik tunang. 
- Mas kahwin    : Sudah ditetapkan oleh encik tunang. 
- Tok kadi : Pending
- Hantaran (Anny) : 7 dulang
- Hantaran (Incik tunang)      : 9 dulang  
* Tak ada perubahan


Kursus kahwin & dokumen penting
- Kursus kahwin (Anny) - Done
- Kursus kahwin (Incik Tunang) - Done    
- HIV test : Pending Done
- Borang nikah : Pending (belah si dia dah settle)
- Borang Tok Kadi : Pending
- Borang lain-lain  : Pending Done


Jumlah tetamu
- Nikah: Keluarga terdekat, rakan-rakan tersayang, jiran-jiran, bakal keluarga (max 100)
- Resepsi : Anggaran 1000 tetamu
- Bertandang : Anggaran 1000 tetamu


Jamuan
- Nikah: Rewang. Consider done
- Resepsi : Rewang. Consider done
- Bertandang : RewangConsider done


Menu
- Nikah : Consider done
- Resepsi : Consider done
- Bertandang : Consider done


Kanopi
- Nikah: My Task. DONE
- Resepsi : My Task. DONE
- Rewang : My Task. DONE
- Bertandang : FMIL task. Consider done


Kek kahwin
- Resepsi : Pulut kuning. KEK Pending (MY Tasks)
- Bertandang : FMIL task. Pending


Kad jemputan
- Resepsi : 400 keping. Pending. (Done)
- Bertandang : 300 Keping Pending. (done)


Aturcara
- Nikah: Pending
- Resepsi: Pending
- Bertandang : Pending


Senarai tetamu
- Nikah : On progress. Pending  (Done)
- Resepsi : On progress. Pending (Done)
- Bertandang : Pending (Consider Done)


Mekap
- Nikah : MUA by myself. Consider Done
- Resepsi : MUA by Bridal. Consider Done
- Bertandang : MUA by myself. Consider Done


Henna artist
- Nikah: Pending
- Bertandang : Pending


Tema pelamin dan hiasan
- Nikah : Moden + tradisional contemporary
- Resepsi : Moden + tradisional contemporary
- Bertandang: Moden + tradisional contemporary
* Vendor nikah + resepsi : Bridal Butik
* Vendor bertandang : DIY by FMIL


Persalinan pengantin

a) Kain dan bahan
- Nikah  : Done for both
- Resepsi : Pending
- Bertandang : Done for both

b) Design

- Nikah: Done for both.
- Resepsi : Done for both
- Bertandang: Done for both

c) Tailor
- Nikah : Already send to tailor Veil: Sewa to bridal
- Resepsi : Bridal

d) Kasut
- Nikah: Pending (Need to buy new shoes)  (Done)
- Resepsi : Saya = Pending. Tunggu baju siap
   : Incik Tunang = Pending. Tunggu baju siap
- Bertandang : Consider done bila persiapan nikah done

Pengapit / dayang
- Resepsi : Done. My sis Jijah tasks.

Family attire
- Nikah : Sweet purple
- Resepsi : Soft pink + grey
- Bertandang : Pending


Pengapit attire 
 Traditional attire in black


Hiasan hantaran
- Untuk saya : DIY Consider done 
- Untuk Z     : DIY Consider done


Official photographer (OP)
- Nikah : EmanFoto     
- Resepsi : EmanFoto      
- Bertandang : My Sis Jijah


Official Videographer (OV)
- Sorry to inform, last minute cancel.


Doorgift

- Nikah : None. Tapi ada upah tok kadi dan saksi. Pending for upah
- Resepsi : 100 for his family = Yasin + coklat + telur
600 for quest = Jar c/w biskut color2 + coklat + potpuri
- Bertandang : FMIL Tasks (consider done)
Beg godies: Already buy 200 left 500 beg  (Done)
Jar: Already booked 500 jar c/w TQ taq. (Done)
Yasin : Pending  (Done)
Biscut color2: Need to buy 9 tin : 1 tin RM 45. Pending
Coklat-coklat : Pending


Bunga pahar
- Resepsi       : Mak's task.
- Bertandang : FMIL Task


Handbouquet
- Nikah : Pending (booked with nia ain)
- Resepsi : Pending
- Bertandang : Pending


Hiburan
- PA system : Pending (Done) 
- Kompang  : Pending (Done) 
- Bertandang : FMIL Tasks


Hal lain-lain
- Penunjuk arah : Pending
- Bunting dan banner : Pending
- Guestbook : DIY. Pending
- Bunga Manggar: DIY. Pending

Penginapan
Resepsi: Homestay for- Pengantin & Family lelaki Pending
- Bertandang: Family perempuan : Tak perlu


Tambahan

- Kos pengangkutan : Consider done
- Spa  : Already booked with rembulan spa


Honeymoon
-everything regarding honeymoon : Tak decide lagi

P/S: Entry super duper panjang..Dah menunjukkan perubahan..go..go..girlz