Mereka kawan saya

Tuesday, May 10, 2011

'Local' graduates give recruiters headaches.

Assalamualaikum dan Salam 1blogger,

I just could not bear to read this alone and need to share with someone who can really understand what is actually happening outside our campus life and academic circle. This is an email from a dear friend - expressing his frustration of what is happening to our Malaysian graduates during the interviews. 

Happy reading. Semoga kita mendapat manfaat daripada article ini.

Wassallam..

--------------------------------------------------------------

Subject: 'Local' ICT graduates give recruiters headaches.

Salam kepada rakan rakan. Saya ingin berkongsi pengalaman saya dalam menemubual bagi mengisi jawatan kosong untuk syarikat tempat saya bekerja. Pagi itu, saya di amanahkan oleh bos untuk interview 5 fresh grad yang terdiri dari bangsa melayu saya sendiri.

Saya merasa bangga kerana diberi penghormatan untuk menemubual mereka yang mendapat kelulusan tertinggi di universiti masing masing. 4 orang dari mereka adalah lulusan teknologi maklumat dengan CGPA 3.5 ke atas dan seorang dengan master degree in computer science. mereka adalah dari 2 dari UITM, 2 dari UIA, sorang dari UM

Atas kertas, mereka memang hebat. Ada yang spm 8A. Tetapi malangnya, kelima lima mereka sudah tidak bekerja antara 6 bulan hingga 2 tahun. Selepas menemubual kelima lima mereka, saya merasa teramat kecewa. Sorang pon tak dapat di ambil bekerja. Sebabnya adalah seperti berikut:

1) English teruk, terlalu teruk. Dalam resume, penulisan mereka dalam English memang jahanam. tapi saya hairan kenapa SPM mereka english A1. Kalau berminat nak bekerja ngan syarikat gergasi asing, tapi kalau English hancus, susahlah. 

-Please improve your language. Eg: English, Bahasa Melayu, Cina, Tamil ,jawa or etc 

2) Kelayakan akedemik hebat, tapi skill habuk. Realiti check. TIDAK ADA lagi syarikat yang mengambil pekerja untuk memberikan pengalaman dan pengajaran kepada kamu. Sekarang sudah terbalik. syarikat skarang mahu pekerja yang diambil sudah mempunyai skil skill yang diperlukan. - Where your skill ?

3) Berbohong dalam memberi jawapan. Apabila di tanya dan jika tak tahu, be honest, cakap sahaja, I DONT KNOW. itu lebih baik dari memberi jawapan salah dan paling teruk, bohong.

 - Please have a good self-confidence, willing to learn, Dont LIE etc

4) Tidak ada keyakinan diri. Ini yang dulu Dr Mahathir selalu kata, bangsa melayu selalu tidak berkeyakinan. Bila dia buat idea nak buat kereta sendiri, orang kutuk. Ada ke orang kata, malaysia nak buat jarum pon tak mampu, ni pulak nak buat kereta. Ini adalah kata kata dari mulut orang yang tidak ada keyakinan. Masa saya interview bangsa saya, mereka gagap, blur, blank, black out, mental, terketar ketar. 

 - C',mon Wake UP

5) Mintak gaji tinggi melampau. Realiti check again. Sekarang market mencabar. kalau awak ada degree, itu bukan tiket nak mintak gaji tinggi. Sekarang labour dari india dan china murah dan skill mereka hebat. free market beb. takkan tak tahu kot. esok lusa, dengan afta, wto, dan segala gala kapitalis market yang ada nak cuba penetrate negara, jangan harap la UMNO atau kerajaan nak selamatkan kita lagi. We are on our own competing with highly skilled (and CHEAP) Indian programmer. Kalau skill takde, niat nak belajar dan dapat experience dulu, pandai pandai la bawak diri, mintak gaji seciput ajek. Jangan malu dapat gaji rendah tapi awak ada master degree. Pengalaman dan pelajaran itu adalah emas. 

-Realiti: ada yang mintak gaji rm2000 dan kata kat saya ' i can learn!'.

6) Universiti ajar untuk HAFAL? Saya rasa begitulah. Kerana CGPA mereka hebat hebat. bila saya buat test, suruh buat simple programming, tanya apa beza antara hub, switch dan router, tanya berkenaan dengan system, tanya tentang TCP/IP, OSI layer, (tu semua basic tu dan semua budak IT mesti tahu!), mereka semua kantoi. Tapi dalam CV, semua cakap terer itu dan ini. bila saya test, habuk pun tak tahu. baru saya sedar, dalam CV diorang kata deorang tahu macam macam skill just to secure an interview! 

- Hairan, apa yang dok di ajar kat universiti awam ni?

Nasihat saya kepada yang masih menggagur.

1) Improve your engish!

2) Tambahkan skill! tapi mesti la skill yang berkaitan. Kalau awak graduan IT, jangan la kerja kilang plak. Start sumwhere which is related to your qualification. Kerja kat imbi plaza atau low yat ke for 6 month, then quit, then start as a sales exec in an IT company. Work for a year. Grab the experience. Sementara tu, berjinak jinak la dengan programming, networking dan system.

Belajar dan concentrate 5 atau lebih ganda lagi..Start sumwhere. Zaman 90an sudah habis. Ini sudah masuk zaman di mana melayu kena bangkit dan usaha secara keras dan strategik.

Yang paling saya bengang. kalau tak dapat kerja tu, jangan la kata plak nak dapat kerja skarang kena ada ORANG DALAM. dalam erti kata lain. kroni. Rezeki masing masing. kalau tak dapat kerja, tak usah salahkan orang dalam. salahkan

DIRI SENDIRI. 

So, already know what to do right...Good luck guys...

p/s: credit to WhiteFang

----------------------------------------------------------------
 P/s : So apa pendapat korang?? Dah ready nak melangkah ke dunia kerja?? Check balik kredibiliti korang..Jangan banyak komplen..Anny pun tinggal lagi dua paper..selepas tu..Anny dah melangkah ke dunia praktikal..dunia yang bukan macam di Universiti..di U semua bersaing..tapi bersaing secara sihat..Dan di luar sana..siapa la yang mampu menyakinkan kita yang di luar sana itu selamat.. Selamat berjuang sahabat..


2 comments:

  1. fuiyo..dunia kerja mcm menakutkan..kena ready fizikal n mental, huhu

    ReplyDelete
  2. tula..email ni dari lecture aku sendiri tau..dunia kat luar kejam..takut aku memikirkannya~~

    ReplyDelete