Mereka kawan saya

Thursday, May 19, 2011

Saya dah merdeka: merdeka ke??

Assalammualaikum dan salam 1 blogger,

Alhamdulillah, tepat jam 11.30 pagi tadi, Anny dah berjaya menamatkan segala kesengsaraan proses menuntut ilmu..Paper last tadi, paper Transport Information System..paper yang agak tough jugak buat Anny, coz i really hate to study bout all this damn system..Macam nak gila belaja n pahamkan system-system yang dok ada dalam industri logistics.. Mencik-mencik ngan teknology..hahahhahaha..(perempuan ni tak sedar kalau xde technology xde la ko berblog ni ha?)

Suppose hari ni anny akan cerita benda-benda yang happy rite, tapi Anny nak cerita something yang Anny sedih sangat..Last-last sem ni jumpa dengan manusia yang manusia kejam..jumpa dengan manusia yang Anny tak tau nak labelkan sebagai apa..i'm wonder what happen to her???

Kenapa ko buat macam tu??Nak berjaya sorang-sorang ker??Atau ko rasa kalau tanpa tips dari ko pun aku tetap boleh jawab soklan periksa??kenapa ko sanggup buat kat aku macam tu??aku pernah abaikan kau dalam soal belajar??nyatakan bukti aku abaikan ko..aku de manusia yang boleh buktikan aku bukan manusia yang kedekut ilmu..aku tak nak ungkit pe yang aku kongsi dengan ko selama aku kawan ngan ko..aku bagi ko masa renungkan balik semuanya..

Mujur dah habis, coz Anny manusia yang tak boleh kecik hati..bila Anny kecik hati..orang yang wat Anny kecik hati tu Anny nampak kecik besar kecik besar jer..kang tak pasal-pasal tersembur angin..terkeluar bunyi yang pedas-pedas dari mulut Anny..hilang dah sopan ayu manusia ni..

Occay cukup ngan cerita manusia tak tau di untung tu..(kejam bunyi nyer) tadi petang En Adam dah post result kat mukabuku..bagitau 4 orang student dapat A solid and 10 orang dapat A- .. terpikir Anny kat kategori mana yer?? A ke A-?? giler confidence pompuan ni..tup-tup ko dapat B jer..hahahhaha.. 

Harapan untuk sem ni:

Inventory                       : A-         3.67*3 = 11.01
Research Methology    : A          4.00*3 = 12.00
Seminar Transport        : A-         3.67*3 = 11.01
TIS                                 : B+        3.33*3 =  9.99
                                           Total                                                          = 44.01/12
                                                                                                              = 3.66

Ahhhhhhh..tension..hope En Adam bagi Anny A solid..ley up kan lagi harapan Anny..saya sangat inginkan 1st class honor..sangat dambakannya.. sangat.. sangat.. sangat... Awak-awak semua.. doakan Anny boley??Ini semata impian Anny..bukan my result ok..kalau dapat betul-betul memang indah..tapi selalunya tak dapat pun..berangan jer yang lebih..hahahahhahaha

p/s: Berangan nak dapat pointer macam tu..berangan mat jenin.. :)

Wednesday, May 11, 2011

Giler make-up: Entry sambungan

Assalammualaikum dan salam 1 Blogger..

Hye semua..Apa khabar??(anny agak sengal r ni..maafkan occay).. Anny mood agak kebosanan ri ni..seperti biasa, bangun pagi, gosok gigi, basuh muka, mandi dan aktiviti sama berulang dari hari ke hari..minggu exam minggu berbaring-baring..(dah hujung sem tetap tak pernah nak berubah pompuan ni)..Anny memang selalu study last minit,next paper 16hb05 paper seminar transport.(takut..tapi haramnyer nak study) then next last paper Transport Information System 19hb05..takut jugak..

Hari ni after mandi, Anny kemas baju, then nampak beberapa helai selendang..then muncul satu idea giler..make up time..jom usha pe hasil pagi yang bosan hari ni..

 
Chanteknyer sayer..(mood perasan..sedarkan aku)..tolong muntah..nak baldi ker??niat memang nak practice pakai selendang ngan inner..tu bukan inner yang memang de tiga color..Anny sarung tiga inner sekali gus..then bila jadi tiba-tiba trus tepek bedak,pakai eye liner, boh blusher sikit then sapu lip gloss....tada..jadi la seperti picture di atas..Romate bukak pintu balik dari pantry tanya Anny..  

"awak buang tabiat ker..pakai tudung chantik,make up..pakai seluar pendek"

Kan anny dah cakap tadi..benda ni datang tiba-tiba..bukan rancang pun..sapa la sangka hasilnya menjadi..siap boleh jadi profile picture facebook.. :) 

Tuesday, May 10, 2011

'Local' graduates give recruiters headaches.

Assalamualaikum dan Salam 1blogger,

I just could not bear to read this alone and need to share with someone who can really understand what is actually happening outside our campus life and academic circle. This is an email from a dear friend - expressing his frustration of what is happening to our Malaysian graduates during the interviews. 

Happy reading. Semoga kita mendapat manfaat daripada article ini.

Wassallam..

--------------------------------------------------------------

Subject: 'Local' ICT graduates give recruiters headaches.

Salam kepada rakan rakan. Saya ingin berkongsi pengalaman saya dalam menemubual bagi mengisi jawatan kosong untuk syarikat tempat saya bekerja. Pagi itu, saya di amanahkan oleh bos untuk interview 5 fresh grad yang terdiri dari bangsa melayu saya sendiri.

Saya merasa bangga kerana diberi penghormatan untuk menemubual mereka yang mendapat kelulusan tertinggi di universiti masing masing. 4 orang dari mereka adalah lulusan teknologi maklumat dengan CGPA 3.5 ke atas dan seorang dengan master degree in computer science. mereka adalah dari 2 dari UITM, 2 dari UIA, sorang dari UM

Atas kertas, mereka memang hebat. Ada yang spm 8A. Tetapi malangnya, kelima lima mereka sudah tidak bekerja antara 6 bulan hingga 2 tahun. Selepas menemubual kelima lima mereka, saya merasa teramat kecewa. Sorang pon tak dapat di ambil bekerja. Sebabnya adalah seperti berikut:

1) English teruk, terlalu teruk. Dalam resume, penulisan mereka dalam English memang jahanam. tapi saya hairan kenapa SPM mereka english A1. Kalau berminat nak bekerja ngan syarikat gergasi asing, tapi kalau English hancus, susahlah. 

-Please improve your language. Eg: English, Bahasa Melayu, Cina, Tamil ,jawa or etc 

2) Kelayakan akedemik hebat, tapi skill habuk. Realiti check. TIDAK ADA lagi syarikat yang mengambil pekerja untuk memberikan pengalaman dan pengajaran kepada kamu. Sekarang sudah terbalik. syarikat skarang mahu pekerja yang diambil sudah mempunyai skil skill yang diperlukan. - Where your skill ?

3) Berbohong dalam memberi jawapan. Apabila di tanya dan jika tak tahu, be honest, cakap sahaja, I DONT KNOW. itu lebih baik dari memberi jawapan salah dan paling teruk, bohong.

 - Please have a good self-confidence, willing to learn, Dont LIE etc

4) Tidak ada keyakinan diri. Ini yang dulu Dr Mahathir selalu kata, bangsa melayu selalu tidak berkeyakinan. Bila dia buat idea nak buat kereta sendiri, orang kutuk. Ada ke orang kata, malaysia nak buat jarum pon tak mampu, ni pulak nak buat kereta. Ini adalah kata kata dari mulut orang yang tidak ada keyakinan. Masa saya interview bangsa saya, mereka gagap, blur, blank, black out, mental, terketar ketar. 

 - C',mon Wake UP

5) Mintak gaji tinggi melampau. Realiti check again. Sekarang market mencabar. kalau awak ada degree, itu bukan tiket nak mintak gaji tinggi. Sekarang labour dari india dan china murah dan skill mereka hebat. free market beb. takkan tak tahu kot. esok lusa, dengan afta, wto, dan segala gala kapitalis market yang ada nak cuba penetrate negara, jangan harap la UMNO atau kerajaan nak selamatkan kita lagi. We are on our own competing with highly skilled (and CHEAP) Indian programmer. Kalau skill takde, niat nak belajar dan dapat experience dulu, pandai pandai la bawak diri, mintak gaji seciput ajek. Jangan malu dapat gaji rendah tapi awak ada master degree. Pengalaman dan pelajaran itu adalah emas. 

-Realiti: ada yang mintak gaji rm2000 dan kata kat saya ' i can learn!'.

6) Universiti ajar untuk HAFAL? Saya rasa begitulah. Kerana CGPA mereka hebat hebat. bila saya buat test, suruh buat simple programming, tanya apa beza antara hub, switch dan router, tanya berkenaan dengan system, tanya tentang TCP/IP, OSI layer, (tu semua basic tu dan semua budak IT mesti tahu!), mereka semua kantoi. Tapi dalam CV, semua cakap terer itu dan ini. bila saya test, habuk pun tak tahu. baru saya sedar, dalam CV diorang kata deorang tahu macam macam skill just to secure an interview! 

- Hairan, apa yang dok di ajar kat universiti awam ni?

Nasihat saya kepada yang masih menggagur.

1) Improve your engish!

2) Tambahkan skill! tapi mesti la skill yang berkaitan. Kalau awak graduan IT, jangan la kerja kilang plak. Start sumwhere which is related to your qualification. Kerja kat imbi plaza atau low yat ke for 6 month, then quit, then start as a sales exec in an IT company. Work for a year. Grab the experience. Sementara tu, berjinak jinak la dengan programming, networking dan system.

Belajar dan concentrate 5 atau lebih ganda lagi..Start sumwhere. Zaman 90an sudah habis. Ini sudah masuk zaman di mana melayu kena bangkit dan usaha secara keras dan strategik.

Yang paling saya bengang. kalau tak dapat kerja tu, jangan la kata plak nak dapat kerja skarang kena ada ORANG DALAM. dalam erti kata lain. kroni. Rezeki masing masing. kalau tak dapat kerja, tak usah salahkan orang dalam. salahkan

DIRI SENDIRI. 

So, already know what to do right...Good luck guys...

p/s: credit to WhiteFang

----------------------------------------------------------------
 P/s : So apa pendapat korang?? Dah ready nak melangkah ke dunia kerja?? Check balik kredibiliti korang..Jangan banyak komplen..Anny pun tinggal lagi dua paper..selepas tu..Anny dah melangkah ke dunia praktikal..dunia yang bukan macam di Universiti..di U semua bersaing..tapi bersaing secara sihat..Dan di luar sana..siapa la yang mampu menyakinkan kita yang di luar sana itu selamat.. Selamat berjuang sahabat..


Monday, May 2, 2011

"SAGMEN >> IISSHHHKKK..!! AKU NAK HEADER BARU"

Assalammualaikum dan Salam 1 Blogger..

Hye semua..Pe khabar??Pe cerita cuti semalam?? Anny ada kat terengganu..jarang Anny boleh update sejak lappy rosak..sakit hati and tension..ri ni sempat on9 guna lapy jijah, jadi Anny nak ambik peluang tuk join segmen dari blog yang baru jer Anny folow..siapa kah beliau? Jom terjah blog wancikgumuzik!!!

Photobucket
Siapa nak join tekan sini k: http://wancikgumuzik.blogspot.com

Syarat- syarat penyertaan
  1. Terbukak kepada sape2 yg nak header baru sahaja: Ya saya inginkannya..sangat99999
  2. Follow blog cikgu dulu eek... : sudah cikgu.. :)
  3. Like facebook page cikgu.. : pun sudah cikgu.. :)
  4. Wajib buat satu entri dan wajib masukkan banner sagmen ke dalam entri (SILA COPY KOD HTML) : sudah..banner segment ni sangat chantek la cikgu.. :)
  5. Tajuk entri ialah "SAGMEN >> IISSHHHKKK..!! AKU NAK HEADER BARU" : sila tengok tajuk saya..sama tak???
  6. Tag 2 org kawan cukup lah dan bgtaw laa mereka yerr..: fayad n jijah (akan dilakukan setelah entry ini di post) 
  7. Cerita dlm entri kenape korang nak header baru.. Kenapa??sebab Anny xpenah de lagi header..yang sekarang ni pun Anny letak tampal jer..tengok pun meluat..aik..tak..tak..tu muka saya yang saya tempek..bukan meluat,tapi sakit hati sebab nampak sangat tak kreatif..jeles ngan orang-orang yang kreatif ni..alangkah bagusnya kalau de header yang baru..yang nice tapi rock..macam mana tu..ntah la..janji jangan ladies sangat, jgn ganas sangat..aik banyak lak songehnya,belum lagi cikgu decide nak wat kan..sorry yer cikgu.. 
  8. Make sure tunggalkan link entri di ruangan komen: akan dilakukan setelah entry ini di post.. 
  9. Done..!! (yup..dah siap..)
Harapan saya: sudilah cikgu pilih blog saya..teringin benor mak cik ni nak berheader baru..

p/s: serba sedikit info mengenai segment ni:
TARIKH TUTUP SAGMEN : 12 MAY 2011 JAM 8.00MALAM
PENGUMUMAN PEMENANG : 13 MAY 2011 JAM 10.00MALAM
(kalau tak dapat sambutan, tarikh tutup akan dilanjutkan lagi 5 hari ok)
(penyertaan akan ditutup secara automatik sekiranya dah 30 follower yang join segmen nih)
cepat-cepat wei.. :)