Mereka kawan saya

Saturday, October 13, 2012

Doa Mohon Jodoh dan Keturunan yang Baik.

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Hari yang baik dan lapangan kerja..Post ke dua untuk hari ini..

Wanita mana yang tak gembira bila dirinya hamil? Anny masih ingat macam mana mengeletarnya tangan ni bila tengok UPT (Urine pregnancy test) ada double line. Actually sebulan selepas kahwin pun Anny yang belum pregnant membayangkan sudah pregnant. Untuk 4 bulan ini ada la 4x anny wat test..2x anny kecewa..setiap kali buat air mata la jawapan untuk asben. Alhamdulillah kali ke3 buat, double line, dan kali ke4 buat utk pengesahan. Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Anny nak share something, something yang mudah untuk di aplikasikan..


Doa ni Anny lekatkan kat cube (workstation Anny)..Dulu waktu menghitung hari menjadi milik En Asben, Anny akan doa mohon jodoh yang baik sambil membayangkan asben. Sekarang mulai dari awal bulan 6 hari tu, Anny selalu baca dua dua doa smbil pegang perut.. Everytime Anny take 5 dari keje,Anny akan baca doa ni..Alhamdullillah masuk bulan ke-4 Anny dapat berita gembira..


P/s: Doakan Anny berjaya harungi semua ini..

KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Lama Anny tak update..SubhanAllah lambakan kerja dan pertambahan tanggungjawab buat Anny lupa nak cerita-cerita n godek-godek internet.. Maafkan Anny.

Anny nak share something..Anny ambik Mr Google..Meh la jemput baca.Sharing is sexy rite..  :)

KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadah.




P/S: Doakan Anny berjaya harungi 9bulan mendatang...Amin