Mereka kawan saya

Wednesday, August 31, 2011

Ucapan Hari raya Aidilfitri

Assalammualaikum dan salam 1 blogger,

hye semua.. Alhamdulillah kita dah masuk syawal ke-2.. Maca mana diet? Pe xley kawal? Semua rumah hidang makanan sodap-sodap? Aishh Anny pun macam tu.. Rosak-rosak..

Anny tak tau nak update apa.. Cerita tentang raya, beli baju raya kosong harga RM60, habiskan masa hampir 6jam untuk jahit manik di leher dan lengan..Itu je yang mampu Anny wat tuk naikkan seri baju..Tamat disitu.. Shawl pinjam ijah punya, kasut a.k.a sandal reuse jer.. Manusia ni tengah kedekut belajar berjimat cermat.


Merujuk tajuk di atas, Anny nak ucap :




dan ucapan dari Anny sekeluarga:
Andai jemari tak sempat berjabat, Jika raga tak bisa bersua.
Bila ada kata membekas luka, Semoga pintu maaf masih terbuka.
Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
With luv and hug: Annynawati Syamsurizal dan keluarga.



P/S: Seperti biasa syawal ke-2 bergerak ke KL, ziarah keluarga abah. Time raya jer boley nak jalan-jalan..Sepanjang tahun mencari rezeki tuk sesuap nasi.Terima kasih mak n abah.

Monday, August 29, 2011

Puasa dan raya

Assalammualaikum dan salam 1 blogger,

Apa khabar semua?? Sihat? Anny harap sangat kamu, kamu dan kamu sihat walafiat.. Semoga rahmat dan hidayah Allah sentiasa bersama kamu, kamu dan kamu.. AMIN.

Lama sungguh Anny tak update’n.. Bulan puasa memang tak sempat Anny nak update. Kat ofis jgn harap la dapat curi masa nak online.. There have a lot of new thing yang Anny kena belajar. Keje ngan belajar suasana dia lain.. Belajar kita diberi soalan dan kita disediakan pelbagai buku dan  internet untuk tolong kita jawab tapi keje, de task and kita kena spend masa ngan orang yang berpengalaman untuk tahu how to solve the problem.. Ingat orang lain xde keje ke?? Semua orang de task masing-masing, and bersabar itu yang penting.. Deal with person yang memerlukan kita untuk bertindak luar biasa mampu mengubah kita menjadi extra ordinary person.. I.Allah

Cerita tentang bulan puasa.. apa dah basi?? Bior ler..nak cerita jugak.. dalam 4minggu berpuasa, hanya seminggu jer Anny bukak puasa di rumah, dan selebihnya diluar rumah.. luar rumah bukan bermaksud di beranda rumah occay, tapi RESORT, HOTEL, RESTORAN even kat tengah PADANG pun ada.. Pengalaman ni yang xde zaman belajar dulu.. Dulu zaman belajar hari-hari mengadap muka kawan yang sama..Hahaha..enjoy jugak.. tapi tahun ni, memang seronok. Dari satu hotel ke satu hotel yang lain..Hancuss diet den..dulik lak..Bukan selalu den dapek makan sodap-sodap. Tapi sesedap mana pun di HOTEL, RESORT even RESTORAN still tak ley challenge masakan mak.. Mak I mishhh u soooo much.

Cerita tentang raya lak, mest sekarang semua orang tengah update baju color apa, kasut color apa.. sytle apa nak pakai shawl pagi raya.. But Anny jujur cakap, Anny belum shopping apa2 pun lagi..Masih di my work station, need to submit inventory report for August. Oh gosh, Anny rindu zaman belajar..Sepanjang bulan puasa, Anny sempat tolong mak dua hari jer kat bazar. Tak dapat nak cari duit lebih bulan ni. Elaun untuk bulan 8 akan masuk 15hb09.. Elaun bulan tujuh dah habis bayar sewa umah, minyak kereta dan belanja.. Eden nak cekau mana duit beli baju raya.. Ada sapa2 yang murah hati nak hulur duit kat saya?? (sambil wat mata kilau-kilau berharap)

Cerita praktikal, tinggal sebulan je lagi Anny bergelar trainee, I.Allah kalau de rezeki mungkin Anny kekal di sini.. Kalau tak de rezeki.. manganggur ke aku ni?? Biar masa menentukan.. Resume belum lagi di edar-edarkan..Ingat kad kawin ke ley guna edar-edarkan..hahahahha..bior ler..Alhamdulillah semuanya kat sini occay..terlalu banyak benda baru yang Anny belajar kat sini..

Cerita chenta.. wah yang ni mesti yang syok-syokkan.. Yang ni biar entry lain.. Terlalu panjang untuk dicoret-coret di sini.. I.Allah di sini jugak nant Anny lepaskan segala-galanya..Yang pasti hati sudah di ketuk.. SENYUM..




P/s: Mata kadang salah melihat. Mulut kadang salah berucap. Hati kadang salah menduga. Maafkan segala kekhilafan. Mohon maaf lahir dan batin. Selamat hari raya Aidil Fitri. Saling bermaaf-maafan kita ya.

Friday, August 19, 2011

There are no perfect fathers.

Assalammualaikum dan salam 1 blogger,

Kamu semua apa khabar?? sihat?? Alhamdulillah Anny masih bernyawa walaupun batuk nak selalu gegarkan jantung ni..Cepat la sihat wahai badan.. ;)

Semalam Anny de post cerita tentnag mak kan?? Ri ni Anny nak share video tentang abah lak.. Cerita ni sedey sangat.. Meh kita uji kental tak hati kita lepas tengok video ini..


P/S: Air mata tak berhenti menangis..Sesungguhnya mak n abah insan yang paling dekat dengan kita, yang mencintai kita tanpa sebarang alasan, yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk kita.. Semoga diri ini sentiasa sedar pengorbanan dan sentiasa ingat jasa mereka.. There are no perfect fathers. But a father will always love perfectly. Ya Allah KAU ampuni la dosa ibu dan bapaku, dan KAU kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihiku ketika kecil..AMIN

Thursday, August 18, 2011

Wajib baca: Mana mak??

Assalammualaikum dan salam 1 blogger,

Mak cik anny penat..penat sangat-sangat..aik ngeluh lak Anny ni kan..macam mana la life kalau dah betul-betul keje.. Baru praktikal pun dah gatal-gatal usha operation malam hari.. Bior ler, saya trainee terbaik bukan???

Ri ni Anny masih nak share email dari seorang sahabat.. Semoga yang baik itu kita jadikan tauladan dan yang buruk itu kita jadikan pengajaran..Amin..

As-Salam…..
Untuk tatapan dan renungan semua anak-anak dan mak-mak….semoga ianya tidak berlaku kepada kita ya………..
"Mana Mak?'

Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
 
Dua puluh tahun kemudian
 
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh  menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
 
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?". Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak. Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.  

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini. Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham. Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi. Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam. Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."

Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.” Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
 
Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya. Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , " Mana mak ?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"    
Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan " Mana Mak? " masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa
. Kata
Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya . Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


Monday, August 15, 2011

Semanis Kurma- muhasabah diri.

Assalamualaikum,

Ri ni Anny just nak share emel dari sahabat.

Dear Anny, free ker??Spend seminit dua baca statistik ni occay..Cuci mata and minda..

Saya paparkan statistik berkenaan umat islam di Malaysia utk renungan kita bersama:

1. 50% sahaja umat islam di Malaysia memiliki Al-quran di rumah dan hanya 5% membacanya dan 1% lagi membaca tafsirannya

2. 80% umat islam memliki ASTRO decoder dan hanya 5% menonton ASTRO OASIS

3. 70% umat islam tertarik dengan perkara yg membawa kepada "Karnival" atau unsur yg membawa kepada hiburan

4. 50% menyokong program seperti Akedemi Fantasia, Tomtombak, Mentor dan rancangan yg seumpamanya

5. Hanya 10% umat islam dari satu taman perumahan yg membantu masjid atau surau di sebuah kawasan

6. Hanya 20% yg menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama

7. 80% remaja hari ini tidak reti atau tidak pandai mengaji

8. 90% remaja atau kaum wanita suka berseluar panjang dan memakai T-Shirt

9. 80% pasangan baru yang belum berkahwin akan menonton wayang setiap bulan di panggung wayang

10. 95% umat islam tidak pernah mencari atau pergi ke kelas mengaji untuk mendalami ilmu agama islam itu sendiri

11. 95% wali kepada pengantin perempuan tidak tahu syarat-syarat sah mewalikan anak mereka dan 99% bapa menyerahkan pernikahan anak mereka kepada berwlikan imam

12. 100% anak-anak islam bawah 12 tahun cenderung kepada kartun seperti Ultraman, Mask Rider, Digimon, Pokemon dan banyak lagi kartun seperti ini yang unsurnya merosakkan minda

13. 50% umat islam adalah kaki botol dan minum arak

14. 50% pasangan yg telah berkahwin dan dan mempunyai anak mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain dan mempunyai tabiat melanggan pelacur

15. 90% cenderung kepada keduniaan dengan ingin memliki rumah mewah, kereta mewah dan duit yg banyak

16. Hanya 30% umat islam lelaki menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu

17. 3% umat islam menunaikan solat suboh secara berjemaah di masjid atau surau setiap hari

18. 90% umat islam tidak ambil tahu tentang soal kejiranan atas konsep tidak suka jaga tepi kain orang

19. Hanya 10% umat islam yang akan membantu saudaranya yg lain terutamanya dalam soal duit

20. Dan hanya 1% sahaja umat islam yang mengetahui Sifat 20 dalam ilmu ketuhanan

21. 90% umat islam percaya, faham, berkehendak, terikut-ikut kepada benda yang Tahyul, pelindung diri, pelaris business, tarik duit, seri muka, kebahagiaan rumah tangga, santau, pukau dan semua elemen yg menjuruskan kepada Syirik kepada ALLAH

Saya paparkan semua statistik di atas usaha untuk menyedarkan diri saya sendiri dan saudara saudari tentang betapa kroniknya kefahaman islam di negara kita sendiri hari ini. Dari peratusan yang tinggal berapakah yang boleh digolongkan kepada "orang muqmin" dan berapakah yang boleh digolongkan sebagai "Makhluk"

Sama-samalah kita buat kiraan untuk diri kita sendiri,

Yang paling penting, selepas kiraan dibuat, adakah kiraan itu dapat menyedarkan dan mendekatkan kita dengan ALLAH S.W.T?

Wallahua'alam

P/S: Time dapat emel ni Anny termenung seketika, tak dinafikan ada betulnya..Bila la nak berubah.. ;)

Friday, August 12, 2011

Entry ringkas: Wanita

Assalammualaikum dan salam 1 blogger..

Entry ringkas untuk hari ini..

Al-KHAWARIZMI ---->>

Jika wanita solehah dan beragama = 1 
Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10 
Jika dia kaya; tambah lagi 0 = 100 
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000 
Tetapi jika yang "1" tiada, maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0"


Wanita solehah tidak pernah membisikkan rasa sayu, tidak pernah rasa keresahan jika tidak pernah didambakan oleh mana-mana lelaki. Tetapi hanya mendambakan cinta Ilahi yang diutamakan. Keindahan rupa paras yang mempersona tidak pernah terhakis dengan hasutan Syaitan. Keaiban diri sendiri tidak digayakan. Keindahan susuk tubuhnya ditutupi mengikut syariat, keindahan itu dijaga.

P/S: Sedang mencuba mencari dan menjadi angka 1  ;)

Thursday, August 11, 2011

Surat rasmi versi terengganu

Assalammualaikum dan salam 1 blogger..

Hye kamu..yer kamu.. kamu sihat?? Hari ni Anny nak share gambar atau cerita ringkas..Jom terjah!!!!


P/S: Agak-agak Mamat dapat tak tiang gol baru???



Saturday, August 6, 2011

Follower semakin meningkat

Assalammualaikum dan salam 1 blogger..

Update ringkas dari Anny, 
Terima kasih puterikatek untuk entry terbaru kamu..
Sayang kamu lebey la..
Dan nak bagitau terima kasih buat ibugebu kerana sudi jadi kawan Anny yang ke 200.. 
After berbuka nant Anny review blog ibu gebu occay..
Kamu semua berbuka dengan apa hari ni??
Anny..
Lauk orang bujang jer..
Buat semua Anny ucapkan..

salam ceria menanti waktu berbuka sambil menenung juadah yg menyentap selera di depan mata!!!
 

Friday, August 5, 2011

Ic blogger : Kamu ada??

Assalammualaikum dan salam 1 blogger..


Rajin iler Anny ri ni kan, ri ni jer dah masuk 3 entry Anny post, kalau tak berminggu-minggu tak update.. Sorry bete, Anny kalau minggu koje @ praktikal memang sibuk tambah bulan ramadhan ni, malam makin pendek lak rasa.


Pe yang Anny nak cerita ni, dari tajuk pun mesti ramai yang dah tau kan?? Bunyi macam berlagak pun ada.. Sorry Anny bukan manusia berlagak occay, baik hati tau mak cik ni.. Occay cukup, sila muntah!!!


Baru-baru ni de yang tanya Anny de IC blogger tak, rupa-rupanya ada fenomena IC blogger sekarang, semua orang mahukannya.. Macam twisties hangat di pasaran..


Semua orang kata blogger ni yang bagi,(Tekan blogger tu occay)..Niat di hati nak mintak jugak la IC tu..macam seronok jer ada IC kan.. Then belek-belek nak usha tertekan sini.. fenomena ic blogger then terus ke link siri 1..


Ya Allah, hampir meloncat dan hampir nak menangis kot, Anny tengok entry dari Mar tu..Teka-teka..


Kepada kamu Mar, tima kasey banyak-banyak.. Bangga ase, bukan lama sangat kita kenalkan, baru berkomen2 entry jer.. kamu sudah bagi aku hadiah ni..Mujur tak nangis jer..sebak tu tetap ada..chewah touching-touching la pulak..Bukan nak berbangga, just mau share sama kamu, kamu dan kamu... saya dah de IC blogger..kamu ada?? Jangan jeles yer kawan-kawan.. syayang kamu lebey la..


P/S: Ni pun ley di panggil rezeki ramadhan jugak kan?? Alhamdulillah.. ;)



Kitab untuk hati

Assalammualaikum dan salam 1 blogger.
Kamu semua..apa khabar?? Amacam puasa? Dah masuk puasa ke lima kan..slow2 dah hampir seminggu.. Berapa bayak page Al-quran yang dah kita baca kawan-kawan?? Anny ni dok tanya orang, Anny pun masih terkial-kial nak habiskan Al-baqarah.. Kadang dunia melalaikan..Banyak syafaatnya baca Al-quran ni kawan-kawan.. 
Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam :
"Bacalah Al-Qur'an, karena ia akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafa 'at bagi pembacanya. " (HR. Muslim dari Abu Umamah). 

Dari Ibnu Mas'ud radhiallahu 'anhu, katanya : Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dibalas sepuluh kali lipatnya. Aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf; tetapi alif satu huruf; lam satu huruf dan mim satu huruf. " (HR. At-Tirmidzi, katanya: hadits hasan shahih).
Nampak tak betapa pentingnya dan betapa besarnya rahmatnya. Jadi hari ni Anny nak share ngan kawan-kawan semua cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama-sama kita kongsikan kepada semua.

Jom sama-sama kita mencuba..Sambil menambahkan nilai pahala kita di bulan ramadhan ini..
P/S: tip yang diambil dari seorang sahabat di muka buku..Terima kasih sahabat untuk tip ini..Semoga kita semua manfaatkannya.. ;)

Rezeki ramadhan

Assalamualaikum dan salam 1 blogger,

Alhamdulillah, puasa dah masuk hari ke 5,

dah 2 kali berbuka di luar,

terima kasey sebab sudi belanja Anny,

kurma dah masuk kotak ketiga Anny terima petang kemarin,

Next week buat masa sekarang de 3 jemputan majlis berbuka puasa,

Alhamdulillah rezeki Ramadhan.

Dan tiada gambar untuk entry ini,

;)

p/s: coretan ringkas setelah sudah subuh. Jom sambung tido ;)