Mereka kawan saya

Friday, October 15, 2010

aku n manusia bergelar sahabat (*_*)

sahabat..
aku akui aku sentiasa celupar..
dan aku tau kau mengerti mengapa aku bertindak begitu..
aku akui aku sentiasa berterus terang..
dan kau tahu mengapa aku jujur....
aku akui aku sentiasa ingin di hadapan..
dan kau tau aku tak kan melangkah meninggalkan kau..

sahabat..
semakin kita kenal..
semakin banyak yang terluah..
semakin banyak buruk terserlah...
semakin dalam perasaan muak dan benci..
semakin banyak mulut berbicara...
MENGAPAKAH INI YANG BERLAKU???

sahabat dengarlah..
dunia ini bukan hanya cerita kau dan aku..
aku akan bertemu dunia lain nanti..
begitu juga kau..
bertindaklah sematang usiamu..
jangan jadi seperti lalang...
jangan jadi pak turut..
jangan jadi manusia yang suka bergantung..
jangan bertindak tanpa usul periksa..
dan..
jangan pikir kau boleh hidup sendiri d dunia ini..

sahabat..
ini bukan untuk kau..
malah untuk aku juga...
sekiranya kau rasa aku tiada kepentingannya..
aku juga ingin kau tahu..
kau pun tiada kepentingan untuk ku..

tapi sahabat..
lupakah kau..
pilih lah sahabat..
yang sentiasa ada untukmu..
di kala susah dan senangmu..
untuk apa ada sahabat
yang sentiasa ada bila mengharapkanmu..
dan membuang mu setelah tiada apa yang ingin d hrpkan drmu..
pikir dan buat renungan bersama..

~aku juga hamba Allah yg kadang khilaf~

No comments:

Post a Comment