Golongan masyarakat hari ini rata2 tidak mengetahui malah membenci amalan berpantang selepas bersalin.. dgn berbagai alasan.. antaranya ketingalan zaman.. amalan merapu..ada yg mengatakan masyarakat barat tidak berpantang pun.. mereka dgn sombong mengatakan mereka masyarakat moden.. tidak terikat lagi dgn amalan kuno tersebut..cuma yang mereka tidak faham, kebaikan dari amalan tersebut.., dan tubuh moden mereka sebenarnya lebih rapuh/reput dari masyarakat dulu kerana amalan makanan yg berkimia dan berbagai gaya hidup moden yg menghancurkan..dan satu kesilapan masyarakat dahulu adalah kerana hanya menyuruh org berpantang itu dan ini.. tanpa menerangkan kenapa perlu dilakukan begitu.
Marilah kita pesan kepada masyarakat moden tersebut..
Apakah dia amalan berpantang selepas bersalin ini..
Pantang selepas bersalin mengikut tradisi orang Melayu, berpantang bagi ibu selepas bersalin yang paling baiknya adalah 100 hari. Bagi sesetengah orang, 100 hari itu dimaksudkan dengan tempoh berpantang untuk tidak bersama suami, manakala pemakanan harus dikawal secara ketat sehingga 40 hari yang pertama.
Berbengkung
Amalan berbengkung dapat mengempiskan perut selain mengecutkan rahim bengkak selepas bersalin. Bengkung perlu dipakai sekurang-kurangnya lima jam sehari dan jika mampu wanita digalakkan berbengkung semula pada sebelah malambagi membentuk semula tubuh, ibu bersalin perlu memakai bengkung sepanjang tempoh berpantang. Ia juga Sebagai sokongan kepada perut lepas bersalin agar boleh berdiri dengan lurus dan mudah bergerak. Juga untuk mengelakkan dari berasa sakit setiap kali terbatuk atau terbersin. Bantuan kepada tulang belakang buat ibu-ibu yg baru lepas bersalin. Ia juga berkesan untuk menghilangkan sakit belakang yang dialami sewaktu mengandung dan proses kelahiran. Pemakaian bengkung sehingga paras paha lebih digalakkan, kerana ia membentuk semula bahagian badan yang berlemak. Malah, untuk mengembalikan bentuk tubuh asal ibu bersalin digalakkan memakai bengkung selama 44 hari
Bertungku
wanita perlu bertungku bagi mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku yang tertinggal di dalam perut. Tungku yang dilapik dengan kain dibalut bersama daun mengkuang dan pandan. Amalan bertungku juga berkesan untuk membuang lendir angin selain memecahkan lemak degil. Bertungku dilakukan sekurang-kurangnya setengah jam dan bahagian paling dititikberatkan adalah paha dan perut
Berurut
Urutan selepas bersalin penting untuk mengembalikan bentuk tubuh seperti sebelum mengandung, mengurangkan ketegangan akibat kepenatan selepas melahirkan anak,melancarkan peredaran darah, membetulkan urat yang tegang semasa melahirkan anak,menenangkan fikiran, melancarkan pengaliran darah nifas, mengembalikan rahim ke tempat asalnya, membuang angin dan menyihatkan badan:
1) URUTAN SELEPAS BERSALIN
-NAIKKAN PERANAKAN
-NAIKKAN SERI MUKA
-KEMBALIKAN TENAGA
-MEMULIHKAN BADAN
Seelok-eloknya badan diurut sebulan sekali selepas habis pantang terutama di perut kerana angin berkumpul di situ. Kebanyakan penyakit yang datang dalam tempoh berpantang juga berpunca daripada perut.
Selepas bersalin, kedudukan peranakan wanita sedikit ‘lari’ daripada kedudukan asal. Urutan bertujuan menaikkan rahim dan tidak boleh dilakukan dengan kasar terutama di perut kerana ia dikhuatiri menyebabkan kecederaan dalaman,
Pemakanan Ibu Dalam Pantang Masyarakat Melayu
Pemakanan antara aspek yang diambil berat semasa wanita dalam pantang. Makanan yang boleh memberi kesan baik kepada kesihatan ibu dan bayi elok diamalkan. Sebaliknya pula, makanan yang boleh mengganggu penyembuhan ibu serta kesihatan bayi elok dielakkan.
* Pada minggu awal bersalin eloklah dimakan makanan yang kering bagi tujuan mengecutkan rahim.
* Makan tepat pada masanya untuk mengelakkan perut dan badan masuk angin.
* Nasi atau roti ambil dalam kadar yang sepatutnya. Jangan terlalu banyak.
* Makan biar sedikit tetapi kerap untuk mempercepatkan badan kembali ke bentuk asal.
* Air juga begitu. Minum sedikit-sedikit tetapi kerap.
* Jangan kurangkan pengambilan air kerana badan ibu sangat memerlukan air untuk penyembuhan disamping ia dapat menggalakkan pengeluaran susu ibu.
* Buah terbaik adalah buah oren kerana ia mengandungi banyak vitamin C yang membantu penyembuhan luka disamping fiber untuk melawaskan.
* Ikan terbaik adalah ikan haruan kerana ia mempercepatkan penyembuhan luka. Namun jangan amalkan makan ikan haruan setiap hari. Seminggu maksima 3 kali.
* Ayam – seelok-eloknya ayam kampung dan ayam dara.
* masakan yang dianjurkan adalah sama ada bakar, rebus, kukus atau panggang.
* Makanan yang dimasak elok ditambah rempah-rempah yang memanaskan seperti lada hitam, halia dan bawang putih.
* Kunyit pula bagus kerana khasiat perubatannya selain mengecutkan rahim.
* Perisa lain adalah yang boleh digunakan seperti asam keping/gelugur, asam limau dan asam jawa.
Elakkan
* Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan.
* Makanan yang dilarang antaranya yang bersifat sejuk, berangin, gatal-gatal dan tajam/berbisa.
* Jangan mengambil air teh atau air batu semasa dalam tempoh berpantang.
* Elakkan nenas, rebung, mangga dan jambu batu serta kebanyakan buah-buahan tempatan.
* Elakkan ikan sembilang, ikan keli, ikan kembung dan ikan pari kerana ia berduri.
* Elakkan menggoreng terutamanya dengan minyak banyak.
1. Ikan yg berduri & berbisa (terubuk, pari, parang) – badan bisa & bentan
2. Ikan masin + kering – nifas bau busuk
3. Udang, sotong, kerang, ikan kembung dan beberapa lg seafood – kulit gatal2
4. Sayur menjalar + sejuk + berangin (timun, kankung, petola, kacang panjang, terung, etc) – sakit tulang, sejuk otot, lemah sendi
5. Buah yang sejuk (tembikai, betik, pisang, nangka, jambu, etc) – sakit tulang, sejuk otot, lemah sendi
6. Air sejuk, air gas, air kelapa muda, cincau – sama seperti kesan buah dan sayur yang sejuk
ubatan herba
ibu bersalin juga akan diberi minuman herba iaitu campuran kunyit, asam gelugur, daun sirih dan gula Melaka. Minuman ini berkhasiat mengembalikan tenaga wanita selepas melalui perit melahirkan anak.
Minuman Herba/Rempah
“Selain mengecutkan rahim, minuman ini merangsang aroma badan lebih wangi
amalan mandi 44 jenis air rebusan rempah ratus seperti daun inai, serai wangi, daun pisang kering, bunga kantan dan daun kunyit juga penting bagi membuang bau hanyir darah yang melekat pada badan selain mengembalikan kesegaran.
Faedah
* Memanaskan badan
* Mengurangkan berat
* Mewangi tubuh
* Membuang toksin dalam badan
* Mengecutkan Peranakan
pilis
Pilis ialah campuran ramuan remah-rempah yang disapukan pada dahi untuk mengelakkan rasa pening-pening, sakit kepala atau pitam.
Faedah
* Dipercayai boleh mengelakkan berlakunya rabun ketika usia muda.
* Pemakai pilis akan merasa nyaman dan berangin, jadi rasa mengantuk dan letih dapat dielakkan.
Tempel/Tapel
* Tempel atau tapel adalah campuran rempah/herba yang disapu pada perut.
Faedah
* menghangatkan perut supaya tidak ‘masuk angin’
* mengencangkan kembali otot perut ibu selepas bersalin
Seks dalam pantang
Menurut kajian yang telah dilakukan, seks yang dilakukan selepas bersalin (dalam tempoh berpantang) boleh menyebabkan embolisma udara yang menyebabkan kematian. Embolisma udara dalam (tuut) akan berlaku apabila (tuut) dilakukan oleh pasangan anda terhadap anda. Udara yang ditiup masuk ke dalam (tuut) akan masuk ke dalam rahim dan seterusnya masuk ke dalam salur darah. Kesannya boleh membawa kepada KEMATIAN yang pernah dilaporkan terutamanya di negara-negara barat.
Nifas selepas bersalin
Nifas adalah darah yang keluar dari rahim disebabkan melahirkan, baik sebelum, bersamaan atau sesudah melahirkan. Dari Abu Hurairah ra ia berkata bhw Rasulullah saw bersabda, “Hendaknya wanita yg nifas itu menuggu selama 40 hari kecuali melihat kesucian sblm itu. Jika telah melampaui 40 hari dan belum melihat kesucian, maka hendaklah dia mandi.”[HR Ibn Adi]
Lamanya masa nifas itu menurut penelitian rata-rata 40 hari Ada yang hanya satu hari. Ada pula yang sampai 60 hari Jadi paling pendeknya nifas itu sekejab (sebentar saja). Paling lamanya 60 hari. Kalau lebih dari 60 hari dihukumkanlah darah yang masih keluar itu sebagai darah istihadhah.
Apakah itu darah istihadah?
Dari Aisyah ra,” sesungguhnya ia (istihadhah) adalah perdarahan akibat radang mulut rahim (cervix) dan bukan haidh.”[hadis riwayat bukhari]
Darah istihadah ialah darah penyakit yg keluar dari hujung urat yg berada di bawah rahim perempuandiwaktu selain waktu haid dan nifas yang terpanjang, baik darah ini keluar mengiringi darah haid atau tidak.
Dari Fatimah binti Abi Hubaisy, beliau ddatangi darah istihadah, lalu Rasulullah saw bersabda, “Darah haid ialah darah berwarna hitam biasanya dikenali oleh kaum wanita, bila begitu keaaannya, hendaklah anda berhenti dari menunaikan solat. Jika darah tersebut sebaliknya(tidak berwarna hitam), maka hendaklah anda berwudhu' dan menunaikan solat, kerana ia merupakan darah istihadah.”[Hadis riwayat Abu dawud]
P/s: Selamat Berpantang.. :)
Mereka kawan saya
Sunday, March 24, 2013
Kasih ayah - Cerita buatmu ayah
Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.
Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya : “Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?”
Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.
Si ayah menjawab : “Sebab aku lelaki.”
Anak perempuan itu berkata sendirian : “Saya tidak mengerti”.
Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.
Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan : “Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki.”
Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.
Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya : “Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit ?”
Ibunya menjawab : “Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian.”
Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?
Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah- olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.
“Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung.”
“Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting- tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya.”
“Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya”.
“Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih- payahnya.”
“Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya”.
“Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.
Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara.”
“Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya.”
“Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi.”
“Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya.”
“Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga ( seri / penyokong ), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat.”
Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.
“Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah.”
Moral:
Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan tali siratulrahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Tuhan selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya.

Doa Semasa Hamil dan Amalan Semasa Mengandung
Mari kita sama-sama amalkan.
• Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
• Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
• Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
• Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
• Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu
• dan sebagainya.
Doa Semasa Hamil – Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Semasa mengandung juga digalakkan menjaga lidah, menjaga sikap, menjaga perangai, menjaga hati dan sebagainya, agar anak yang dikandung beroleh segala kebaikan dan keberkatan. Malah, termasuk juga si bapa, digalakkan memperbanyakkan amalan sunat, mengaji, bersedekah, bersabar, tenang dan gembira agar proses mengandung dan bersalin berlangsung dengan selamat dan anak yang bakal lahir akan terjaga emosinya dan mendapat rangsangan awal

6 AMALAN MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI
1. AZAN DAN IQAMAT
Sejurus selepas kelahiran anak, si bapa atau walinya disunatkan untuk memperdengarkan bacaan azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri anak.
Ini berdasarkan sepotong hadith riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi menyatakan yang nabi berbuat demikian ketika kelahiran al-Hasan bin Ali.
2. TAHNIK ANAK
Tahnik digalakkan selepas anak itu dilahirkan. Caranya ialah dengan mengunyah tamar, lalu diletakkan tamar yang sudah lumat dikunyah itu ke hujung jari, dimasukkan perlahan-lahan ke mulut anak, dan diratai tamar tadi ke seluruh bahagian dalam mulut anak tadi terutamanya di lelangit. Ketika ketiadaan tamar, bolehlah digantikan dengan apa jua makanan lembut yang manis.
Hikmahnya ialah untuk menguatkan urat mulut bayi serta menggalakkannya untuk minum susu ibu. Digalakkan tahnik itu dilakukan oleh orang yang soleh supaya berlaku aliran barakah. Pengulangan tahnik oleh beberapa orang di masa yang berbeza juga tidak menjadi halangan.
3. MENCUKUR RAMBUT BAYI
Sunat dicukurkan rambut bayi secara licin pada hari ketujuh kelahirannya. Kemudian ditimbang rambut tersebut dan disedekahkan nilai beratnya berbanding perak kepada faqir miskin. Ada dua hikmah galakan mencukur rambut bayi. Pertamanya, untuk menguatkan kepala si anak, dengan cara membuat lubang rambutnya dan sekaligus mengukuhkan panca indera berhampiran. Keduanya, ialah hikmah sosial iaitu bersedekah dan saling bantu-membantu kepada yang memerlukan.
Satu perkara yang perlu diberi perhatian ketika menggunting rambut anak ialah larangan qaza’. Qaza’ bermaksud mencukur atau memendekkan sebahagian rambut dan membiarkan sebahagian yang lain panjang. Contoh qaza’ ialah rambut punk.
4. MEMBERIKAN NAMA ANAK
Ibu dan bapa disunatkan memberikan nama anak sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh.
Digalakkan untuk memberikan nama anak dengan makna yang baik. Antara cadangannya ialah berdasarkan hadith riwayat Abu Daud:
Berikanlah nama anak dengan nama para nabi. Sebaik nama di sisi Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman. Yang bagus ialah Harith (حارث) dan Hammam (همام) manakala yang buruk ialah Harb dan Murrah.
Diharamkan memberi nama anak dengan nama hamba selain Allah, seperti Abdul Nabiy. Haram juga memberikan nama Allah tanpa didahulukan Abdul sebelumnya. Begitu juga memberikan nama yang buruk maknanya. Dimakruhkan memberi nama anak sempena orang Islam terkenal yang fasiq.
5. AQIQAH
Majoriti ulamak termasuk mazhab Shafie menggalakkannya (sunat). Majoriti ulamak menyatakan untuk anak lelaki, dua ekor kambing, sementara anak perempuan seekor kambing.
Masa untuk aqiqah disunatkan pada hari ketujuh. Akan tetapi boleh dilanjutkan sehingga mampu. Sunat hukumnya aqiqah ini tertakluk kepada kemampuan. Sekiranya kemampuan itu sampai ketika usia dewasa, maka pahala galakan aqiqah akan tetap diperolehi.
6. KHITAN / SUNAT
Di dalam mazhab Shafie, Hanbali dan Maliki, hukumnya adalah wajib bagi anak lelaki. Imam Ahmad turut mewajibkannya untuk anak perempuan. Mengenai waktu berkhitan, digalakkan untuk melakukannya sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh kelahiran. Akan tetapi ianya boleh dilaksanakan sehinggalah ke umur mukallaf. Berkhitan mempunya hikmah yang pelbagai, antaranya ialah sebagai tanda keseriusan Islam terhadap kesucian anak.

Pengalaman mengandung ~ 2nd trimester
Assalamualaikum
dan salam 1 blogger,
Ok, update blog hanya sebagai picisan dalam aktiviti Anny..Hahahaha..sekadar update untuk menjadi sumber ingatan Anny..Mana la tau nant-nanti Anny hilang ingatan ke, Asben leh tunjuk balik blog ni kat Anny.. Ohhhhhh kau ni Anny pikir benda pelik-pelik la..
Kalau
ikutkan baby bump (android application), Anny tinggal 80hari lagi untuk
menimang cahaya mata.. Ya Allah semoga segalanya dipermudahkan.
Jadi
seperti tajuk diatas, Anny nak share serba sedikit pengalaman 2nd trimester
Anny. Jom layan.
13minggu - 16minggu (4 bulan)
- Waaa dah masuk 4 bulan kan..time ni pergelangan tangan Anny sengal-sengal.. Setiap malam asben urut.tp memang tak hilang-hilang la rasa sengal tu. Mak kata itu pembawakan budak.
- Makan macam biasa., Anny dari awal pregnant memang xde mengidam apa-apa.. Alhamdulillah.
- Berat badan still tak naik-naik.. Kat buku merah sentiasa merah..nurse selalu bunyi pasal berat badan yang naik turun ni..nak wat macam mn..Makan memang teratur dah.
17minggu - 20minggu (5 bulan)
- Anny g beli kasut, waaaa terkejut mak nak..Kaki yang dari size 7 tiba-tiba tak muat..Size 9 baru muat..Ijah siap perli lagi..akak lepas bersalin kasut-kasut akak ni bagi kat ijah kan..
- Anny dah start pakai baju preggy.. Uniform dah tak muat..Button tak leh nak kacing dah kat bawah. Asben beli 5 pasang kemeja preggy..Bosan tengok sbb kena ulang pakai baju yang sama setiap minggu (pelik, bila pkai uniform keje tak penah lak kenal erti bosan)
- Perut dah mula menunjukkan diri..Ramai dah yang cakap tahniah n perasan akan kemunculan baby.
- Minggu ni g wat check-up kat KK Bukit Kuang, memang mak cik terkejut gila..Selain Kadar gula n Kadar darah biru..yang lain semua merah..HB yang mula-mula cantik 13, turun 12.8 n now jadi 10.8.. Mungkin sebab kegilaan minum teh ais.. Ubat yang di bekalkan oleh kakak nurse sangat la banyak ok. Banyak jugak nasihat dia..Anny tak ingat la pulak..nant Anny check balik buku merah.. yang pasti caffeine memang x elok untuk ibu mengandung.
- Anny dah minum susu ibu mengandung.. Atas nasihat kakak nurse, sbb berat badan still turun naik. Anny minum susu EnfaMama.. sedap la susu ni..Anny sengaja xmo beli Anmum..Testimoni banyak yang mengatakan susu Anmum wat berat badan naik n baby besar. EnfaMama best.
- Anny dah rasa geli-geli kat perut.. Rasa macam geletek2 dari dalam perut.. Tapi time ni mmg x rasa baby gerak..Bila g KK, kakak nurse akan tanya, ada rasa jentik-jentik tak..Anny akan jawab xde..sbb mana nak tau rasa geli-geli macam kena geletek tu sama maksud ngan rasa jentik-jentik..
- Anny selalu kena simpul biawak or orang ganu panggil setak karung. ohhhhh sakit sampai Anny menangis tau..Sakit sangat urat kat kaki tu..lepas kena malam, esok nak jalan mula la rasa keras je kat kaki. Anny perasan bila tido pasang air-cond Anny akan kena simpul biawak ni.
21minggu-
24minggu (6 bulan)
- Anny dah start pakai baju jubah preggy.waaa perut dah mencanak naik..Anny suka..
- Anny dah tak larat nak jalan jauh-jauh.. Selalu lepas 15minit jalan Anny akan stop kejap..Tarik nafas..Semput..
- Anny scan baby, alhamdulillah baby sihat..haaaa pasti nak tau jantina baby ni..Baby Anny nyorok..malu asenya..Selalu kalau malu-malu or tak nampak lagi ni, orang kata perempuan.. Kalau iye Alhamdulillah, kalau lelaki pun Anny tak kisah.. Janji baby sihat.
- Anny dah start cari nama baby, standby nama lelaki satu, nama perempuan satu. Anny cari asben tukang approve. Ohhhhh asben ku yang cerewet bab nama anak.
- Anny g wat checkup kat KK, Alhamdulillah hasil minum susu ibu mengandung, ubat dari KK, semua dalam buku merah berdakwatkan pen biru. Berat, kadar gula, tekanan darah, HB, tinggi rahim semua elok je. Hasilnya tak yah dah g KK 2 minggu sekali..Seronok2.
- Selepas 6 bulan mengandung, berat badan kena naik 2kg setiap bulan. Hasil ternakan lemak semasa mengandung, berat badan Anny telah berjaya naik sebanyak,3.5kg dari berat badan asal..Rasa macam tak percaya pun ada..sikit sangat naiknya..hahahahaha
- Ulang alik ke toilet itu perkara biasa.
- Anny dah beli barang-barang baby. Ada masa anny wat checklist barang baby.. Seronok shopping barang baby. Tapi xdapat beli semua barang, sbb Manjaku kat kemaman xde la banyak sangat barang.
- Anny dah ase baby tendang..ohhh istilah perut berombak-ombak tu la maksud baby tendang..Anny selalu pk baby tendang akan rasa mcam kena kick2 gitu la..tp upenya perut timbul tengelam tu la yang dinamakan baby kick..hahahaha..mak cik yang lurus bendul.
- Baby gerak bukan setiap masa.. Perut berombak around kul 8 pagi. kul 10 pagi, then kadang-kadang kul 3ptg..Lepas maghrib selalu n kul 11malam.. Bila 1st time asben tengok perut berombak, tangan asben asyik dok kat perut je..
- Anny selalu zikir Hasbi Rabbi, baby macam suka sangat zikir tu..Bila Anny zikir, perut berombak-ombak macam baby sedang menari. Anny selalu cakap ngan baby.. Baby macam faham kadang-kadang.
- Baby tak suka kalau Anny bangun tido terus g mandi..bila Anny wat gitu, Baby akan wat keras and perut anny akan naik tinggi-tinggi..Marah agaknya..Ohhh anak ummi tak tahan sejuk ye.
Dah tak tau nak tulis apa..hahahaha..Bior le.. Anny harap semoga
segalanya di permudahkan, semoga baby sentiasa sihat macam umminya. Abah dah tak sabar nak tengok baby.. Abah selalu cakap biar baby ikut muka abah..jangan ikut muka Anny.. Sbb Anny tak cantik. Hahahahaha..Elleh kalau tak cantik tak kan abah kenan kat ummi dulukan sayang.
Retype: Untuk yang membaca
entry ini, doakan kesihatan Anny and baby yer. Kepada yang masih TTC,
percayalah suatu hari nant akan tiba masa kalian juga. Allah dah siapkan
perancangan yang indah-indah untuk kita. Berpra sangka baik ye kawan-kawan
dengan takdir Allah.
Regards,
Anny
Subscribe to:
Posts (Atom)