Mereka kawan saya

Sunday, January 20, 2013

10 INFO TENTANG BAYI


Asalammualaikum dan salam 1 blogger,

Rajin mak cik ni update blog..Ohhh hari ni Anny happy sangat. Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Kejap tadi asben hantar info kat email Anny.. Rasa macam nak share ngan kawan-kawan jer apa yang asben Anny email kan. Mungkin copy and paste dr seseorang, Wallahu-alam

10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel.

P/s: Anny mintak maaf kalau entry-entry anny tentang info-info2 preggy buat ms sekarang and akan datang.. Sebab anny smbil sharing smbil menambahkan ilmu.. Muahhhh syg semua.


Regards,
Anny


Saturday, January 19, 2013

Pengalaman mengandung ~ 1st trimester


Assalamualaikum dan salam 1 blogger,

Ya Allah lamanya la Anny tak update blog.. Last update bila tau Anny bgtau Anny preggy dah..Ni nak masuk 5 bulan dah preggy..Rindu tak kat mak cik yang suka membebel ni??

Alhamdulillah, sejak preggy rezeki mencurah-curah.. Nant-nant anny cerita rezeki yang Anny dapat k.

Wat pengetahuan semua, kandungan Anny dah 19week ++ dah ;) Last Anny scan waktu week 13++, Alhamdulillah doc kata baby sihat, aktif dan size mengikut week preggy. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Setiap orang yang preggy, ada lain-lain pengalamannnya, So hari ini, Anny nak share serba sedikit pengalaman 1st trimester Anny. Jom usha.

2minggu - 4minggu
  • Anny mengalami cerry berry yang sangat teruk, perut Anny sakit sangat,Anny demam. Asben cakap time tu dia dah de feeling yang Anny preggy. Naluri asben kuat sungguh la.
  •  Mak anny ada datang melawat Anny, mak anny memang rajin dalam sebulan sekali mai jenguk anak comel dia..hahaha. Time mak masak tumis lada, Anny rasa loya sangat..pening n nak muntah..Mak terus cuit abah..Tp time tu anny kata xde lah mak, anny baru 2 minggu lepas period. (mcm tak logik la pulak kan awal-awal preggy dah rasa nak muntah). Tapi sekali tu jelah rasa mual.
  •  Di sebabkan perut still sakit2, and disebabkan asben pedih mata Anny asyik telan Pil Chi Ke Taon tu, asben bgtau kat MIL mintak tempah bidan tengok perut anny. Bidan sedap sangat urut perut, bagitau Anny ada medu (Angin) kat perut. Lepas urut,Alhamdulillah xde dah sakit perut and demam.

 4minggu - 8minggu (1-2bulan)
  •  Minggu ke-4,Anny travel g UUM, for my Convocation day. Oh sedap la berjalan ke Kedah, Penang, siap naik Cabel car lagi..dok berlari-lari, berkejar suka-suka ngan adik-adik anny.
  • My period delay 3 hr, asben bising sruh wat UPT, time tu mmg agak dah Anny preggy sbb Anny tak pernah lewat period. Alhamdulillah keputusan sama mcm yang di jangka.
  • Bila dah sah +ve, Anny sangat kerap ke bilik air untuk kencing, Minum air xde la banyak sgt, tp sekejap-sekejap ke tandas.
  • Anny perasan, Anny tido lagi selesa membelakangkan asben. (setiap malam mintak maaf kat asben sebab tido membelakangkan dia)
  • Anny mengalami batuk yang agak hebat (mungkin sebab virus demam hari tu tak habis). Batuk akan hilang bila Anny muntah.

8minggu- 12-minggu (2-3bulan)
  • Alhamdulillah Anny takde alahan yang teruk, selera makan macam biasa, tenaga macam biasa, sebab still gagah keluar masuk yard and warehouse.
  • Pinggang Anny sakit sangat, bila dah start baring jangan harap la boleh bangun secepat sebelum preggy. Selalu bahu asben la tempat berpaut untuk bangun.
  •  Bila tengah-tengah syok berjalan, tiba-tiba rasa ngilu kat pinggang. (kekurangan kalsium kata orang-orang)
  • Bila ke toilet, Anny tak leh terus cangung or terus bangun (paling tak suka guna toilet duduk, sanggup g guna bilik air kat belakang dr guna toilet duduk dlm bilik). Kalau Anny terus bangun, perut akan rasa senak or rasa ngilu. Lama jugak la berdiri nak hilangkan rasa senak, ngilu tu.
  • Perut selalu rasa tegang n kejang.. Selalu rasa keras kat tepi, kat tengah, kadang-kadang kat ari-ari.
  • Anny tak minum susu ibu mengandung (ohhh my tekak sangat memilih), Anny makan Asid folic yang klinik bagi, Anny jadi hantu teh ais, Anny tak leh memasak (bila masuk dapur de feeling macam tak suka), Anny sangat suka dengan jambu batu, kurma(bekal puasa hari tu tak habis lg).
  • Sekali sekala bila Anny gosok gigi Anny akan muntah, tp jarang-jarang la berlaku. Kalau muntah, muntah kuning yang sangat2 pedih sampai ke hulu hati (time ni selalu ingat kat mak..Mak bgtau mak dulu-dulu mengandung alahan teruk)
  • Keputihan mula ada, mula-mula macam pelik, sbb before kawin and dah kawin Anny mmg tak de penyakit keputihan ni, bila google and dapatkan khidmat nasihat doctor, adalah normal ibu mengandung mengalami keputihan. Beberapa kali doctor pesan kat Anny, klu keputihan tu berwarna kuning, gatal n berbau kena bgtau dia. Alhamdulillah keputihan macam biasa. (Orang kata jangan makan benda2 berair contoh macam kobis)
  • Ada sekali Anny mengamuk kat ofis, keje marah orang n maki orang dalam hati (time ni rasanya de orang lain buat salah tapi kat orang lain kena tempiasnya), baby terus senyap. Sepanjang  dan malam, xde pun rasa keras or tegang kat perut. Malam hari siap nangis bgtau kat baby, ummi dia tak pernah marah baby. (cerita kat mak, mak siap tgur lagi, time preggy jgn marah2, jangan stress, mulut jangan lepas). Even mak cakap jangan risau, Anny g jugak klinik, siap scan..Alhamdulillah bila doctor scan, baby bukan main lagi active. Doktor siap cakap galak baby ni.
  • Waktu 1st time buat buku pink, minggu ke11, time tu asben paling sibuk paksa buat sbb dia tak nak Anny kena marah ngan Mici. Orang kata paling lewat kena buat buku adalah minggu ke 12. Alhamdulillah semua ok, HB 13.1 (mungkin berkat makan jambu batu n kurma), tekanan darah ok, gula dalam badan pun ok.


Ok tu lah serba sedikit pengalaman Anny. Mungkin ada yang tertinggal or terlepas padang, Anny dah nak masuk 5 bulan baru nak update cerita. 5 bulan dah berjaya Anny tempuh, ada tinggal 4 bulan lagi, Semoga segalanya di permudahkan, semoga baby sentiasa sihat macam umminya. Abah dah tak sabar sangat nak rasa baby tendang. In sha Allah klu ikut pengalaman-pengalaman orang dulu-dulu 5bulan ++ dah leh rasa baby tendang-tendang. Untuk yang membaca entry ini, doakan kesihatan Anny and baby yer. Kepada yang masih TTC, percayalah suatu hari nant akan tiba masa kalian juga. Allah dah siapkan perancangan yang indah-indah untuk kita. Berpra sangka baik ye kawan-kawan dengan takdir Allah.


Regards,
Anny