Assalammualikum dan salam sejahtera.
Korang apa khabar?sihat x??Ya Allah berhabuk-habuk la blog ni..tak nak cerita panjang-panjang..meh nak share ngan korang adab-adab menyambut hari raya..Jom terjah!!!
Adab-adab ketika menyambut hari raya
1.
Disunatkan mandi dan memakai pakaian yang
paling baru dan cantik
§ Dari
Hassan As Siibth telah berkata : “Rasulullah s.a.w telah memerintahkan kami
pada kedua-dua hari raya supaya kami memakai pakaian yang paling elok daripada
simpanan kami.”
§ Waktu
disunatkan mandi idul Fitri bermula pada malam raya sehingga keluar ke masjid hendak
menunaikan solat raya
§ Disunatkan
juga memotong kuku dan memakai bau-bauan
2.
Disunatkan makan terlebih dahulu sebelum
keluar menunaikan solat sunat idul Fitri
§ Anas
meriwayatkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w tidak keluar (ke masjid) pada idul
Fitri kecuali Baginda memakan beberapa biji buah tamar dengan bilangan ganjil
(3 atau 5 atau 7 biji) Riwayat Bukhari dan Ahmad
3.
Amat digalakkan supaya semua keluar ke
masjid samada perempuan, lelaki dan kanak-kanak.
4.
Berlainan jalan
§ Dari
Abu Hurairah r.a : “Adalah Rasulullah s.a.w apabila Baginda keluar pada hari
raya maka Baginda akan pulang melalui jalan yang lain.”
5.
Disunatkan bertakbir
§ Waktu
takbir pada hari raya idul Fitri, bermula malam raya sehingga imam sembahyang
raya.
§ Disunatkan
bertakbir dengan suara yang nyaring samada di masjid, rumah dan di mana-mana
sahaja.
6.
Cara solat raya
§ Niat
( sahaja aku sembahyang sunat hari raya fitr dua rakaat kerana Allah Taala)
§ Takbir
pada rakaat pertama sebanyak 7 kali selepas membaca doa iftitah dan sebelum membaca
al Fatihah
§ Takbir
pada rakaat kedua sebayak 5 kali selain dari takbir qiyam (bangkit dari
sujud) dan rukuk
§ Hendaklah
diselangi di antara tabir dengan bacaan tasbih
7.
Disunatkan mengucap tahniah
§ Dari
Jabir bin Nufair : “Adalah sahabat-sahabat Nabi s.a.w apabila mereka berjumpa
pada hari raya mereka mengucap tahniah di antara mereka dengan ucapan TAQABBALA
MIN NA WA MIN KA {semuga diterima amalan kami dan amalan kamu}
P/S: Kawan-kawan..Yang kenal or tak,mungkin Anny ada terkasar bahasa or tersalah cakap antara sedar or tak..Anny susun 10 jari memohon maaf. Selamat berhari raya, xmo main mercun k.. Psssttt korang..tahun ni my 1st time berhari raya berdua.. ;)